SU – 00106 : BOLEHKAH DIGUNAKAN WANG HARAM ?

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SU – 00106 : BOLEHKAH DIGUNAKAN WANG HARAM ?

:salam kepada semua

Ada 1 soalan yg ingin diutarakan di sini mengenai penggunaan wang dari sumber haram. Sebagaimana yg diketahui, dividen ASB dihukumkan haram oleh kebanyakan orang. Jadi, ibu saya menghadapi satu masalah utk menggunakan wang itu. Menurut beliau, beliau mahu wang itu dibelanjakan utk membeli tempat memandikan mayat dan seterusnya diwakafkan di salah satu surau yg berdekatan dengan rumahnya. Persoalannya, bolehkah wang itu dibelanjakan utk tujuan tersebut? beserta dalil dr 4 sumber hukum utama dlm islam. Harap mendapat respon dari saudara/i semua.... :wassalam

Re: Hukum penggunaan wang haram

Assalamualaikum warahmatullah,

Ke mana boleh kita belanjakan wang dari sumber haram.

Wang haram itu bukanlah haram kerana zatnya tetapi kerana sebab penggunaannya. Wang haram tidak boleh dibelanjakan untuk diri sendiri.

Mengikut sesetengah pendapat ulamak salaf, wang haram itu mesti dimusnahkan. Tetapi pendapat ini disanggah oleh Imam Al-Ghazali Rh dalam Ihyaa Ulumuddin kerana kita tidak sepatutnya memusnah harta kita.

Pendapat yang lainnya harta dari sumber haram boleh digunakan untuk tujuan kemasyarakatan seperti pembinaan longkang, tandas etc.

Ini bersandarkan kepada hadith yang diriwayatkan oleh imam Ahmad dari seorang lelaki ansar pada suatu ketika Rasulullah S.A.W keluar untuk mengiringi jenazah, lalu terserempak dengan pengembala kambing kaum quraisy. Lalu ia berkata kepada Rasulullah S.A.W, "si folan telah menjemput kalian menghadiri jamuan." Dikatakan seketul daging kambing dalam jamuan itu diambil tanpa pengetahuan tuannya. Lalu baginda S.A.W bersabda: "berikanlah makanan itu kepada tahanan." (Al-hafiz iraqi mengatakan hadith ini sanadnya jayyid (baik)).

Walaubagaimanapun, orang yang mendermakan sumber wang haram kepada mereka yang patut menerimanya TIDAK DIBERI PAHALA SEDEKAH seperti yang terkandung dalam hadith (sesungguhnya amalan anak adam terputus kecuali 3 perkara: 1. sedekah jariah....). Ini kerana wang yang haram itu bukan miliknya. Kita hanya akan beroleh pahala sedekah apabila kita memilikinya. Namun demikian, si pemberi menerima pahala di atas asbab:
1. Menyucikan hartanya dari sumber harta yang haram
2. Menjadi orang tengah dalam menyampaikan wang haram itu kepada pemilik yang sebenarnya.

Wallahua'lam.

Rujukan: Fatwa Muasirah, Yusuf Al-Qardhawi

Re: SU – 00106 : BOLEHKAH DIGUNAKAN WANG HARAM ?


æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí

***********************
SU – 00106 : BOLEHKAH DIGUNAKAN WANG HARAM ?

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih di atas soalan yang diajukan oleh Saudara Salafi_Khalafi dan Ribu-Ribuan Terima Kasih kepada saudara kami , Al-Fadhil Syeikh Zayed yang telah membawakan jawapan yang bernas dan munasabah . :yess

Soalan seperti ini telahpun kami jawab sebelum ini , oleh itu sebagai ringkasan bagi SU ( Soalan Ulangan ) ini maka berikut ini adalah jawapannya dengan taufiq dan hidayah daripada Allah Ta’ala :

Niat ibu saudara itu adalah TERPUJI . Dan TIDAKLAH MENGAPA BAHKAN WAJIB dia menyalurkan wang haram itu demi kegunaan ( sebagai bantuan ) kepada umat Islam , khasnya di dalam menyediakan kelengkapan pengurusan jenazah .

Ibu saudara tidak boleh meniatkannnya sebagai SEDEKAH kerana sedekah HANYALAH daripada WANG YANG HALAL . Tetapi , sebagai NIAT MEMBANTU sesama umat Islam , maka ianya tidaklah mengapa .

Memanfaatkannya untuk kepentingan sendiri ataupun untuk nafkah keluarga adalah HARAM .

Memanfaatkannya untuk kepentingan umat Islam dan kepentingan awam adalah HALAL .

Insya-Allah walaupun wang haram itu tidak menyebabkan kita boleh mendapat pahala sedekah , akan tetapi kita tetap akan mendapat pahala kerana :

1 – Menahan diri daripada menggunakannya demi kepentingan peribadi dan keluarga . Dan tidak syak lagi menahan diri daripada memberi nafkah kepada diri sendiri dan keluarga daripada duit haram adalah berpahala di sisi Allah Ta’ala .

2 – Menyekat pihak yang bermusuh dengan umat Islam daripada menggunakan wang hasil daripada modal umat Islam sendiri untuk sebarang usaha menghancurkan sendi-sendi kekuatan umat Islam .

3 – Menjadi “ orang tengah “ yang menyalurkan bantuan – sumbangan itu kepada pihak yang sepatutnya menerimanya .

Sila rujuk kembali jawapan kami mengenai :

SJ – 2342 : WANG HARAM : KE MANAKAH PATUT DISALURKANNYA ?
Di URL berikut : http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=11229

Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad


æ Õáøì Çááå Úáì ÓíøÏäÇ ãÍãøÏ æ Úáì ÂÇáå æ ÕÍÈå æ Óáøã æÇáÍãÏ ááå ÑøÈ ÇáÚÇáãíä


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
02 / Jumadi Tsani / 1424 H
01 / Ogos / 2003 M

JUMAAT ~ Bandaraya Kaherah

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum