Ana ada benda nak tanya ni...
Dalam dunia serba moden dan maju hari ni... cukup mudah untuk kita berdakwah kepada masyarakat umum... cthnya menerusi internet.... radio... tv...dsb... tetapi... mungkin kurang ramai yang memanfaatkannya kerana tidak berminat dll... Jadi... ana selaku salah seorang manusia yg bergelar muslim dan menyedari akan tanggungjawab seorang yg bergelar muslim itu, mempunyai impian dan cita-cita untuk ....menerbitkan/mencipta/menghasilkan rancangan/ filem yang berkonsepkan dakwah semenarik yg mungkin... Dan impian ana... agak sukar untuk dilaksanakan kerana jikalau filem drama dsb... ana kena jadi pengarah ler maksudnya... dah tu... kena cari pelakon pulak... nak tak ndak kena ambik pelakon pompuan sama.... ha... tu dah lari dari matlamat ana.... jadi... baru-baru ini...dgn izin Allah... terdetik di hati ana untuk menghasilkan filem/drama dalam bentuk animasi... ala... KARTUN la tu...sebab... ana ni ada ler sedikit sebanyak kemahiran dalam peranimasian ni...dan ana pun memang ler minat... Jadi... walaupun ia tak menjadi karier ana yang utama... ana berhasrat nak jadikan ia sebagai karier sampingan ler...
(kalau boleh ler....- Insya-Allah)
Tapi kan... bukan ke animasi tu... ada unsur-unsur yang tidak dibenarkan dalam Islam... sebab nak cuipta animasi tu... lebih kurang sama dengan melukis lerr...Dan bukanke melukis tu tak boleh?
Atau... apa pendapat pihak al-Ahkam?.... Kalau memang tak boleh ler... nak buat camner kan... ana kena cari inisiatif lain lerr untuk berdakwah nampak gayanya....
Wallahua'lam
:salam
Alhamdulillah kerana saudara ingin menegakkan syiar Islam. Kami sentiasa menyokong sebarang usaha yang memberi pulangan kpd Islam tidak kira apa cara sekalipun. Hukum haram dalam melukis sebenarnya ditujukan kepada pelukis dan pengukir sejak zaman silam yg melukis dan mengukir untuk menandingi ciptaan Allah atau untuk dikuduskan (disucikan). Manakala niat saudara adalah untuk berdakwah. Sudah pasti saudara bukanlah dimaksudkan dengan pelukis yg dilaknat kerana ingin menandingi ciptaan Allah swt. Sikap dan niat saudara itu amatlah dipuji. (Qardhawi, bayyinat alhal alIslami, Halal dan Haram; Ali Asysyabuni, Tafsir ayat ahkam, Jld 2; Dr Nasih Ulwan, Fi Wasa'il al_I'lam)
:wassalam
rujukan
SJ-1380: Hukum melukis benda-benda hidup
Ditulis/Disusun oleh
g@y@t
http://Al-Ahkam.net
http://www.eashoppingcentre.com
http://membelahlautan.