SU-00029 TERKENA LIQUID PAPER

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SU-00029 TERKENA LIQUID PAPER

Assalamualaikum…

Ana ada sedikit kemusykilan…

Apakah hukumnya jikalau seseorang itu mendapati di tangannya ada kesan “liquid paper” (correction liquid) setelah selesai dia menunaikan solat? Adakah bergantung kepada jumlahnya? Atau sememangnya dia perlu menunaikan solatnya semula…. Seringkali orang bertanya kepada saya ttg masalah ini menyebabkan saya tidak dapat memberikan jawapan yang sebenar…. Diharap pihak al-ahkam dapat menjelaskannya…WA

Re: TERKENA LIQUID PAPER

:salam

Soalan seperti ini pernah di jawab oleh sheikh pendekar kita dgn baik(seperti biasa). Sila lihat SJ-1645 : Sahkah Solat ?.
Nescaya saudara akan dapat menjawab si penyoal kelak. Insya Allah. Namun begitu kami tetap akan menjawab soalan anda disini secara ringkasan sahaja.

Dlm urusan berwudhu', kita mesti memastikan bahawa air mengenai setiap tempat/kawasan yang wajib, Sekiranya tidak rata, maka tidak sah. Maka kalau diyakini liquid paper itu tidak menyebabkan anggota wudhuk kena air sembahyang , maka hendaklah diulangi solat anda.

:wassalam