assalamualaikum ustad,
1. bagaimanakah caranya wuduk bagi orang yang sakit iaitu yang tidak dapat bangun atau berjalan? apakah yang patut dilakukan sekiranya orang itu bersendirian?
2. bagaimana pula jika orang yang seperti diatas itu berpenyakit hadas yang tak tus?
Soalan 1:
Orang yang uzur yg bersangatan sehingga ia tidak mampu berwudhu’ atau bertayamum apabila tiba waktu solat, mengikut qaul yg masyhur terdapat 3:
1. Mengikut pendapat jumhur, dia wajib mengerjakan sembahyang walaupun tanpa wudhu’ dan wajib mengulanginya (syafi’iyyah dan hanafiyyah)
2. Tidak wajib mengulanginya (hanabilah)
3. gugur kewajipan solat (malikiyyah)
Perincian hukum Mengikut Fuqaha Mazhab
Pendapat yg pertama: mengikut qaul jadid imam as-syafie, hendaklah ia melakukan solat sbg menghormati waktu. Tidak diperbolehkan ia bersolat sunat dan hanya diperbolehkan melakukan solat fardhu sahaja. Mengikut pendapat yg rajih di kalangan fuqaha syafie, sembahyang dilakukan seperti biasa dan hendaklah diulangi. Sekiranya orang itu berada di dlm keadaan junub, dia hanya disyaratkan membaca surah al-fatihah shj. (Al-muhazzab, Al-Durr Al-Mukhtar)
Pendapat kedua: Ini disandarkan kepada bbrp dalil antaranya dlm hadith ada menyebut, “Apabila aku menyuruh kamu melakukan sesuatu, hendaklah kamu melakukan menurut kemampuan kamu.”
Keuzuran/kelemahan tidak menjadi syarat utk meninggalkan yg wajib. Kedudukan ini sama seperti seseorang yg tidak berupaya menutup aurat dan tidak berupaya mengadap qiblat. Walaubagaimanapun, ia tidak wajib mengulanginya. Ini disandarkan kepada riwayat dari Aisyah R.A bahawa beliau telah meminjamkan kalung pada Asma’, lalu rantai itu tercicir. Rasulullah S.A.W menghantar bbrp orang utk mencari kalung itu. Setelah mereka menjumpai kalung itu, lalu waktu solat telah masuk tetapi mereka tidak mempunyai air. Lalu ditunaikan solat tanpa ada wudhu’. Selepas itu, mereka memberitahu baginda S.A.W, maka Allah S.W.T menurunkan ayat mengenai tayamum. Rasulullah tidak memerintahkan mereka mengulangi solat itu. (Muttafaq alaih)
Mengikut kaifiyyat solat, mereka hanya dibenarkan membaca surah al-fatihah sahaja, bertasbih sekali shj, memendekkan tama’ninah, rukuk, sujud, duduk di antara dua sujud, tasyahud awal dan akhir, kmdn hendaklah ia terus memberi salam.
Pendapat ketiga: gugur kewajipan solat itu samada tunai ataupun qadha’. Kedudukannya sama seperti perempuan yg dlm keadaan haid. Ini kerana air dan tanah adalah menjadi syarat wajib pelaksanaan solat, sedangkan dlm kes keuzuran/kelemahan syarat itu tiada.
Rujukan:
Fiqh Islami, Wahbah Zuhaili
Soalan 2:
Soalan ulangan, rujuk dlm archive.
http://www.zayed.com
Sekadar menambah. Menurut pentahqiq, pendapat yg rajih bekaitan persoalan yg pertama adalah pendapat yg kedua iaitu pendapat Hanbaliah. Ini kerana tidak terdapat dalil yg mengatakan adanya solat hormat waktu itu.
Rukhsoh utk tidak berwudhu' utk mengerjakan solat bukanlah ringan syarat yg membolehkannya. Org yg tak dapat berdiri/berjalan wajib mencari jalan utk memperolehi air. Cth caranya ialah menyuruh org yg datang spt nurse mengambilkan air dan diletakkan ke dlm botol. Sediakan beberapa botol khas utk air wudhu'. Sekiranya itupun tidak mampu(Hmmm....) bertayyamumlah. Sekiranya tak juga mampu mncari debu(Parah tu utk di M'sia),barulah boleh bersolat tanpaberwudhu sptmana diterangkan oleh Ust Zayed.
WA.
:wassalam
Himpunan Isu2 Feqah Terpilih
Ust Basri Ibrahim
Ditulis/Disusun oleh
g@y@t
http://Al-Ahkam.net
http://www.eashoppingcentre.com
http://membelahlautan.