SU-00138: Najis Mughallazoh.

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SU-00138: Najis Mughallazoh.

Assalamulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh!
jika seseorang itu telah memegang najis mughallazoh yakni anjing dan babi tanpa menyamaknya, lalu menyentuh benda2 lain seperti pakaian dan sebagainya, apakah hukum pada benda-benda yg disentuhnya itu?
sekian wassalam.

Re: SU-00138: Najis Mughallazoh.

:salam

Soalan ulangan. Najis secara umum mmg boleh berpindah-randah. Saya lampikan jawapan Sheikh THTL:

Najis yg berada di atas bumi, jika terpijak akan berpindah randah. Misalnya kita terpijak najis kucing dan masuk ke dalam kereta, bila kita buka aircond, terbau najis kucing, kerana najis kucing itu sudah berpindah dari atas rumput ke dalam kereta (atas carpet kereta). Ini kerana najis ada ain dan zatnya, maka perpindahan najis dikenali dgn bau dan zatnya. Jika kelihatan dan ada bau, maka hendaklah dibersihkan dengan air dan detergen. Mudah aje. bagi yg tidak tahu dan tidak melihat najis atau terhidu bau, maka tidak ada hukm atasnya.
SJ-2261: MACAM-MACAM MENGENAI NAJIS

Adapun mengenai anjing dan babi, berikut jawapan sheikh THTL juga secara spesifik isu ini:

Mengenai apa yg anda musykilkan itu termasuk memberat-beratkan diri dalam urusan yg tidak diperincikan oleh agama. Akhirnya ia menyusahkan kita dan menyulitkan kerana seseorang itu kemudian akan sentiasa mengintai-ngintai bekas anjing semasa dijalanan. Hendaklah kita imbangi was-was kita itu dengan pendapat Madzhab Maliki yg tidak menajiskan anjing kecuali jilatannya sahaja. Inilah penda[at yg rajih. Hukum yg bersangkutan anjing ialah jilatan anjing kepada bejana (perkakasan dapur spt pinggan mangkuk dan periuk , jika dijilat anjing hendaklah dibasuh tujuh kali) Inilah pendapat Ibn Qayyim alJauzea dalam kitabnya Makaid asSyayathin fil Was was (Tipuhelah Syaitan dalam meniupkan was-was)

SJ-1462: keliru (2): najis anjing

sekian. WA.

:wassalam