:salam
Dahulu dimasa kecil selalu saya lihat bila seseorang secara tak sengaja menjatuhkan al-quran, beliau akan mengambilnya lalu menjunjungnya(dahi, kucup dan dada). Adakah perkara ini satu sunnah atau amalan biasa orang Melayu? Jika ia bukan sunnah, bagaimana cara sebenar yang perlu dilakukan bila perkara ini terjadi?
Terima kasih...
:salam
amalan seperti yg dinyatakan oleh sdr tidak berasal dari Nabi saw. Tidak terdapat sebarang nas berkaitannya. Ia telah diwartakan bid'ah oleh Lajnah Daimah Kerajaan Arab Saudi. Walaupun begitu tidaklah bermakna kita boleh meperlakukan al-quran sepertimana buku2 cerita. Ia perlu juga dihormati dgn cara tidak meletakkannya ditempat yg hina. Dan hendaklah dijauhkan ia dari capaian kanak2 kerana bimbang ia akan dicampak atau dikoyak-koyakkan. Jika terjatuh maka angkatlah al-quran tersebutr dgn cepat agar ia tidak dipijak oleh org lain. tidak terdapat sebarang kaedah yg khusus mengenainya. WA.
SJ-1898: Tayammum dan Cium alQur'an
:wassalam
Ditulis/Disusun oleh
g@y@t
http://Al-Ahkam.net
http://www.eashoppingcentre.com
http://membelahlautan.