(Ringkasan Sirah) 11. Kehidupan Baginda s.a.w. Sebelum Risalah

Primary tabs

Khulasah Nurul Yaqin Oleh Umar Abdul Jabbar | Terjemahan Zainudin bin Yusro (zain y.s)

11. Kehidupan Baginda s.a.w. Sebelum Risalah

  1. Ketika usia baginda s.a.w. menghampiri 40 tahun, baginda s.a.w. gemar menjauhkan diri dari orang ramai dan gemar beribadah.
  2. Untuk beribadah, baginda memilih tempat di gua Hira’, iaitu gua yang berada di sebuah bukit di jalan Mekah.
  3. Baginda s.a.w. membawa bekalan bersamanya. Apabila habis, baginda s.a.w. pulang kepada isterinya saiyidah Khadijah untuk mengambil bekalannya yang lain.
  4. Baginda s.a.w. beribadah menurut agama datuknya Ibrahim a.s., tempohnya dari sepuluh hingga sebulan.

Soalan-soalan

  • Sejak bila baginda s.a.w. gemar menjauhkan diri dari orang ramai?
  • Di manakah baginda s.a.w. beribadah?
  • Dari mana baginda s.a.w. memperolehi makanannya?
  • Baginda s.a.w. beribadah menurut agama mana?
  • Berapakah tempoh baginda s.a.w. beribadah?

Ringkasan

  • Ketika usia baginda s.a.w. menghampiri 40 tahun, baginda s.a.w. gemar beruzlah.
  • Baginda s.a.w. beribadah di gua Hira’ menurut agama nabi Ibrahim a.s.