Soaljawab Islam

SJ-07-0027 : Dalil amalan hari / malam Jumaat

:salam
Assalamualaikum tuan moderator,

Saya ingin meminta penjelasan berserta dalil yang berkaitan dengan amalan yang baik dilakukan pada hari / malam jumaat. Contohnya bacaan surah-surah tertentu dari al-quran seperti Yasin, surah al-kahfi, at-taubah dan al-waqiah.

Saya perlukan kepastian agar amalan kita tidak sekadar ikut-ikutan sahaja dan tidak berdasarkan ilmu.

Sekian terima kasih.

SJ-12-0110 : Persoalan haid

:salam

Sedikit persoalan tentang haid yang saya btul2 belum yakini

SJ-05-0112 : Tambahan ttg solat

:salam

Sedikit tambahan persoalan tentang solat

1) Adakah boleh seseorg yang solat jama' dan qasar solat berimam dengan imam solat fardhu sahaja?contohnya jama' dan qasar zhor dan asar dan maghrib dgn isya'.Dan adakah boleh ma'mum yang solat fardhu biasa berimamkan imam yang solat jama' dan qasar?

SJ-05-0116 : Tentang Solat

:salam

Di sini saya nak tanya soalan tentang solat dan solat jemaah

SJ-06-0026 : Persoalan solat jama' dan qasar

:salam

Di sini saya ada beberapa persoalan yang saya kurang pasti..harap ust dapat membantu saya..

SJ-05-0117 : Tertinggal rakaat sembahyang berjemaah.

:salam ,

Bila kita tertinggal rakaat dalam sembahyang berjemaah, apabila imam beri salam kita akan bangun untuk sambung rakaat yang tertinggal.

Saya perhati ada 2 gaya yang bangun sambung rakaat itu:

Kumpulan 1: Sebaik saja imam beri salam yang pertama, merekapun bangun.

Kumpulan 2: Mereka tunggu imam habiskan salam yang kedua baru mereka bangun.

Soalan saya, mana satukah yang sah dan patut dibuat? Adakah kedua-dua cara itu sah? Minta beri dalil.

Shukran.

SJ-13-0158 : Surat Imam ibn Wahhab

akom,

bolehkah ahl panel berikan surat kesetiaan imam ibn wahhab kpd khalifah uthmania di sini serta referencenya.

SJ-05-0111 : sembahyang ganti

assalamualaikum

maafkan sy jika ini adalah soalan yang berulang. mungkin sy bertanya diatas dasar kejahilan tapi mungkin ia dapat menambah ilmu dan keyakinan sesiapa saya terutama diri saya sendiri.
1) adakah dibolehkan sembahyang ganti selepas sembahyang fardhu asar?

sekian terima kasih
wslm

SJ-05-0110 : solat di dalam gereja

:salam

apakah hukum solat di dalam gereja? (sama ada yg terdapat gambar atau tidak)

-(kes terjadi ketika meeting untuk interfaith community).

SJ-13-0153 : Teori Darwin

Assalamua'laikum syeikh-syeikh sekalian

Saya ingin bertanya:

Apakah pandangan agama terhadap pendapat yang menyatakan telah wujud manusia sebelum Nabi Adam?

Pendapat itu adalah daripada buku ini:
"dari buku keluaran dewan bahasa dan pustaka yang bertajuk 'surat anbiyak'

SJ-12-0109 : zihar

:salam
suatu hari saya berjalan berdua bersama ibu kandung saya, ibu kandung saya mengatakan bahawa kakinya pendek dan terpaksa melangkah dengan pantas ketika berjalan dengan saya. kemudian saya mengatakan pada ibu, "samalah macam Jannah (isteri saya), ketika berjalan bersama dia akan menyuruh saya berjalan perlahan". Soalan saya disini, adakah saya dikira menziharkan isteri saya sedangkan saya tiada berniat apa-apa tetapi hanya sekadar untuk berbual-bual dengan ibu?
::(

SJ-05-0109 : solat sunat ketika azan

assalamualaikum ustaz.
Ketika baru sampai di masjid azan berkumandang. Kena tunggu selesai azan dulu atau terus sembahyang sunat?

wassalam.

SJ-05-0108 : Cara Al-Fatihah dalam sembahyang.

:salam ,

1) Dalam solat, samada sendirian atau berjemaah, di rakaat yang dibaca kuat atau perlahan, adakah kita mesti sentiasa sebut "Amiin" selepas "......waladdhoolliin"?

2) Adakah "Amiin" adalah sebahagaian dari Al-Fatihah?

3) Atau adakah ianya walaupun bukan sebahagian dari Al-Fatihah, ianya boleh dibaca, yakni hukumnya mubah, pada mana-mana rakaat sembahyang, berjemaah atau sendirian?

Boleh sesiapa beri keterangan lanjut?

Terimakasih.

SJ-01-0057 : tinggal bida'h sebab kebencian

Assalamu'laikum ustaz.

Perlukah saya tinggalkan majlis yg berunsur bida'h sedangkan orang kampung mula membenci saya.

Wassalam.

SJ-05-0107 :mana lebih afdal ikut Imam atau amal hadis sahih

Assalamulaikum...
Manakah lebih baik kita niat ikut imam doa qunut atau amal berdasarkan hadis sahih? Bagaimana pula kenyataan “Diangkatnya Imam itu ialah untuk diikuti jika dia bertakbir maka takbirlah…” (hadith sahih riwayat Muslim no. 404,Abu Daud dan Nasaie).
Bahkan menjaga perpaduan dalam umat Islam merupakan kewajipan serta dalam solat adalah lebih-lebih lagi dan ini terbukti dari perintah menyamakan soff barisan solat, menuruti Imam dan lain-lain.
Harap ustaz bantu.

Wassalam.