:salam ,
1) Dalam solat, samada sendirian atau berjemaah, di rakaat yang dibaca kuat atau perlahan, adakah kita mesti sentiasa sebut "Amiin" selepas "......waladdhoolliin"?
2) Adakah "Amiin" adalah sebahagaian dari Al-Fatihah?
3) Atau adakah ianya walaupun bukan sebahagian dari Al-Fatihah, ianya boleh dibaca, yakni hukumnya mubah, pada mana-mana rakaat sembahyang, berjemaah atau sendirian?
Boleh sesiapa beri keterangan lanjut?
Terimakasih.
:wassalam
alJawab:
1) Hadith dalil ialah: HR alJama'ah dari Abu Hurairah ra:
" Jika Imam membaca `Aamiin', maka bacalah aamiin juga." [alFath/2/262]
Menurut ahli tahqiq spt alhafidz alSyaukani, hukum membaca amiin bagi Imam dan orang yg solat sendirian setiap kali baca alFatihah adalah sunat (Nayl 2/187), juga oleh alHafidz Asqolani. Juga Ibn Hazm (alMuhalla, 2/262). Ibn Kathir pula (tafsir surah alfatihah), sunat jika diluar solat, sunat mu'akkad bg Imam dan makmum.
Bagi makmum, wajib hukumnya berdasarkan hadith Abu Hurayrah itu (ibn Hazm, al-Syaukani dan al-Albani).
2) Amiin bukan sebahagian dari alFatihah. Demikian kata Syaikhul Islam Muhammad Abdul Wahab, Tafsir surah alFatihah. Menurut Dr Zulkifli alBakri, UNITI, Tafsir Utusan, amin bukan dari surah al-Fatihah adalah merupakan ijma' (kesepakatan mufassir)
3) Bacaan aamin itu sunnah di baca bila-bila masa menurut Ibn Kathir dalam tafsirnya baik mana-mana raka'at, solat berjama'ah atau sendirian.
sekian