Al-Syama'il: Bab 32. Cara Rasulullah s.a.w. Minum (10 Hadis)

Primary tabs

 

No

Tajuk

الموضوع

BAB

32

Cara Rasulullah s.a.w. Minum (10 Hadis)

بَابُ مَا جَاءَ فِي صِفَةِ شُرْبِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

207

1. Ibnu Abbas berkata:

Rasulullah pemah meminum air zamzam sambil berdiri. (Diriwayatkan oleh Tirmizi, Bukhari dan Muslim)

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ: «أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ شَرِبَ مِنْ زَمْزَمَ وَهُوَ قَائِمٌ»

208

2. Abdullah bin Amr bin Ash berkata:

Aku pemah melihat Rasulullah minum sambil berdiri dan duduk. (Diriwayatkan oleh Tirmizi)

عَنْ عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ جَدِّهِ قَالَ: «رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَشْرَبُ قَائِمًا وَقَاعِدًا»

209

3. Ibnu Abbas berkata:

Aku menuangkan air zam zam untuk Rasulullah, Baginda minum sambil berdiri.(Diriwayatkan oleh Tirmizi, Bukhari dan Muslim)

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ: «سَقَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ زَمْزَمَ فَشَرِبَ وَهُوَ قَائِمٌ»

210

4. Nazral bin Sabrah berkata:

Semasa berada di Rahbah, Ali diberi segayung minuman. Beliau mencedok air itu dengan tangannya, lalu mencuci kedua-dua tangannya, berkumur-kumur, memasukkan air ke hidung, menyapu ke wajah. kedua belah tangan sampai ke siku dan kepalanya. Kemudian, beliau meminum air itu sambil berdiri. Sesudah itu, beliau berkata, “Ini adalah cara wuduk bagi orang yang tidak berhadas. Aku melihat Rasulullah melakukannya begitu.” (Diriwayatkan oleh Tirmizi, Bukhari dan Abu Daud)

عَنِ النَّزَّالِ بْنِ سَبْرَةَ قَالَ: «أَتَى عَلِيٌّ، بِكُوزٍ مِنْ مَاءٍ وَهُوَ فِي الرَّحْبَةِ فَأَخَذَ مِنْهُ كَفًّا  فَغَسَلَ يَدَيْهِ وَمَضْمَضَ وَاسْتَنْشَقَ وَمَسَحَ وَجْهَهُ وَذِرَاعَيْهِ وَرَأْسَهُ، ثُمَّ شَرِبَ وَهُوَ قَائِمٌ» ، ثُمَّ قَالَ: «هَذَا وُضُوءُ مَنْ لَمْ يُحْدِثْ، هَكَذَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَعَلَ»

211

5. Anas bin Malik berkata:

Rasulullah menarik nafas sebanyak tiga kali di luar bekas minumannya semasa minum. Baginda berkata, “Cara ini lebih menyihatkan dan memuaskan.” (Diriwayatkan oleh Tirmizi, Muslim dan Abu Daud)

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: كَانَ يَتَنَفَّسُ فِي الْإِنَاءِ ثَلَاثًا إِذَا شَرِبَ، وَيَقُولُ: «هُوَ أَمْرَأُ وَأَرْوَى»

212

6. Ibnu Abbas berkata:

Semasa Rasulullah minum, Baginda menarik nafas sebanyak dua kali (dua kali tegukan). (Diriwayatkan oleh Tirmidzi dan Ibnu Majah)

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ: «أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا شَرِبَ تَنَفَّسَ مَرَّتَيْنِ»

213

7. Kabsyah berkata:

Rasulullah masuk ke dalam rumahku lalu minum dari qirbah sambil berdiri. Selepas itu, aku bangun dan memotongnya. (Diriwayatkan oleh Tirmizi dan Ibnu Majah)

نْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي عَمْرَةَ، عَنْ جَدَّتِهِ كَبْشَةِ، قَالَتْ: «دَخَلَ عَلَيَّ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَشَرِبَ مِنْ قِرْبَةٍ مُعَلَّقَةٍ قَائِمًا، فَقُمْتُ إِلَى فِيهَا فَقَطَعْتُهُ»

214

8. Tsumamah bin Abdullah berkata:

Anas bin Malik menarik nafas tiga kali pada bekas minumannya. Beliau yakin Rasulullah juga menarik nafas sebanyak tiga kali pada bekas minumannya.(Diriwayatkan oleh Tirmizi dan Bukhari)

عَنْ ثُمَامَةَ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ: كَانَ أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ، يَتَنَفَّسُ فِي الْإِنَاءِ ثَلَاثًا، وَزَعَمَ أَنَسٌ، «أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَتَنَفَّسُ فِي الْإِنَاءِ ثَلَاثًا»

215

9. Anas bin Malik berkata:

Rasulullah masuk ke dalam rumah Ummu Sulaim. Ada qirbah yang tergantung di rumah itu. Rasulullah pun minum dari qirbah itu sambil berdiri. Selepas itu, Ummu Sulaim memegang hujung qirbah itu dan memotongnya. (Diriwayatkan oleh Tirmizi, Ahmad dan Tabrani)

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ: «أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَخَلَ عَلَى أُمِّ سُلَيْمٍ وَقِرْبَةٌ مُعَلَّقَةٌ فَشَرِبَ مِنْ فَمِ الْقِرْبَةِ وَهُوَ قَائِمٌ، فَقَامَتْ أُمُّ سُلَيْمٍ إِلَى رَأْسِ الْقِرْبَةِ فَقَطَعَتْهَا»

216

10. Sa’ad bin Abi Waqqash berkata:

Rasulullah pernah minum sambil berdiri. (Diriwayatkan oleh Tirmizi dan Tabrani)

عَنْ عَائِشَةَ بِنْتِ سَعْدِ بْنِ أَبِي وَقَّاصٍ، عَنِ أَبِيهَا، «أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَشْرَبُ قَائِمًا»

 

Disediakan oleh: al-ahkam.net 2014