apa kah sars tergolong daripada wabak di mana di larang sesiapa daripada keluar/masuk ke tempat yang terjejas. sebagai contoh; s'pura, yang ada kes sars, sedangkan ramai pekerja/pengunjung dari m'sia berulang alik ke s'pura dan sebaliknya. apa kah pandangan islam mengenai penyakit sars ini, apa kah di bolehkan berulang alik ke s'pura atau tidak.
Sumber Rujukan Islam Anda..
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawabnya dengan seberapa yang kadar yang mampu. Sebelum itu, saya rasa eloklah sdr/i yang bertanya ini mendaftarkan diri sebagai ahli diskusi di al-ahkam, kan lebih mesra nanti bagi kami meng'address' sdr/i.
SARS atau Severe Acute Respiratory Syndrome merupakan virus pembunuh yang sedang merebak di negara-negara kawasan Asia Tenggara. Pertubuhani Kesihatan seDunia (WHO) telah mengeluarkan amaran kesihatan yang pertama setelah beratus-ratus tahun. Malah ada pakar yang mengatakan bahawa SARS boleh disamakan dengan epidemik deman padatahun 1918 yang telah membunuh 50 juta manusia, atau penyakit dunia kini seperti HIV dan Ebola[1].
Sebagaimana yang sdr Anonymous (yang tidak bernama) nyatakan diatas, Islam memang memandang serius mengenai kaedah-kaedah pencegahan wabak-wabak tersebut. Disini kita cuba memetik beberapa pandangan ulama-ulama mutakhir berkenaan dengan wabak yang menular ini, dan bagaimana sikap dan kaedah yang diambil oleh Islam.
Menurut Sheikh Abdul Sattaar Al-Sa'ed, Professor Ulum Al-Quran Universiti Al-Azhar[2]:
Ini merupakan konsep fundamental quarantine yang nyatakan oleh Nabi saw kepada seluruh dunia semenjak beratus tahun dahulu.
Sheikh Dr. Yusuf al-Qardhawi menyatakan bahawa Islam amat perihatin dan banyak membincangkan pasal isu-isu wabak-wabak yang menular. Malah kata Al-Qardhawi [3]:
"Qurantine merupakan cara dan kaedah yang terpenting bagi membendung merebaknya wabak tersebut. Pada masa period tersebut kenderaan, manusia atau bahan-bahan yang disyakki membawa penyakit yang merbahaya akan ditahan di tempat kemasukkan dibawah penguatkuasaan 'pengasingan' (isolation) bahawa menghalang penyakit ini dari memasuki negara.
Malah penduduk dikawasan tempat penyakit merbahaya menular tidak dibenarkan keluar dan bercampur dengan orang-orang yang sihat. Mereka akan ditahan samada mereka dijangkiti atau tidak. Dalam masa yang sama, orang-orang yang sihat akan dihalang memasuki tempat yang didapati wabaknya sedang merebak.
Nabi saw mengumumkan perintah demikian didalam banyak hadith-hadithnya. Dia (saw) melarang orang dari memasuki negara dimana wabak taun sedang merebak, dan juga melarang orang dari keluar dari negaranya. Beliau menjelaskan bahawa dengan melakukan perkara tersebut bagaikan melarikan diri dari berperang dengan orang Kufar, dan ia merupakan satu dosa yang besar. Nabi saw mengumumkan bahawa barangsiapa yang bersabar dan bertahan dengan tribulasi yang berlaku, akan mendapat derajat syahid."
Dr Ismail Radwan, Pensyarah Hadith di Universiti Islam Gaza berkata :
Kesimpulannya ialah keadah isolation dan quarantine yang diambil keatas suspek SARS dan pesakitnya merupakan satu kaedah yang telah diapplikasikan oleh Islam sekian lama dulu oleh nabi Muhammad saw. Ini telah ditunjukkan dialam banyak hadith-hadith Nabi saw. Bak kata pepatah "Prevention is better than cure" (Pencegahan lebih baik dari pengubatan). Kebijaksanaan Nabi saw mengatasi ancaman Taun, telah membongkar keajaiban pengajaran Islam itu sendiri dimana konsep quaratine telah diamalkan. Pihak Malaysia boleh melakukan pemeriksaan, quarantine dan isolation terhadap mereka yang keluar masuk dari Singapura dan negara-negara yang diumumkan masih dilandar wabak SARS (eg: Canada, China, Hong Kong etc). Umat Islam digalakkan tidak pergi kepada negara-negara berikut agar wabak tersebut dapat dibendung daripada menular.
wallahu 'alam
wassalam
=============
Rujukan :
1. SARS: New Global Plague url : http://islamweb.net/pls/iweb/misc1.Article?vArticle=38832&WORD=sars&thelang=E
2. Fatwa secara langsung. sumber : http://www.islamonline.net/livefatwa/arabic/Browse.asp?hGuestID=XBTkk5
3. Fatwa bank. Fatwa melarikan diri dari SARS. url : http://www.islamonline.net/fatwa/english/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=97778
4. Fatwa Bank. Ketakutan untuk menunaikan Umrah sebab SARS. url : http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=98044
خيرالأمين