:salam
Ada lelaki meninggal dunia di kawasan saya baru-baru ini.
Salah seorang AJK surau memberitahu hal itu melalui corong pembesar suara yang berada di surau. Kemudian beliau memasang kaset mengumandangkan bacaan al-quran melalui corong pembesar suara di surau. Saya tidak tahu apa sebabnya beliau berbuat demikian. Jenazah diuruskan di dalam surau. Orang ramai duduk-duduk, berbual-bual dan hisap rokok sambil menunggu jenazah diurus.
Pertanyaan, sepanjang yang tuan tahu:
1. Adakah memberitahu tentang sesuatu kematian melalui pembesar suara seperti itu dibolehkan oleh agama?
2. Adakah mengumandangkan bacaan al-quran melalui pembesar suara seperti itu dibolehkan oleh agama?
3. Adakah duduk-duduk ngombrol seperti itu dibolehkan oleh agama?
4. Antara pelbagai aktiviti di atas (memberitahu tentang kematian, memasang kaset untuk mengumandangkan bacaan al-quraan, duduk-duduk ngombol, mengurusi jenzah sambil berbual)... golongan yang mana satukah yang aktivitinya tidak memperoleh dosa?
Mohon bantuan dan huraian. T.kasih
:wassalam
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah, kami akan cuba menjawab soalan Tuan Jawana dengan kemampuan yang terbatas, insyaallah.
Scenario seperti yang Tuan sebutkan diatas, telah menjadi satu fenomena didalam kehidupan masyarakat seharian. Kadangkala berlakunya semacam percampuran diantara baik dan buruk, halal dan haram (ustaz Ismail Kamus panggil 'hailam'). Untuk tidak memanjangkan cerita, kita akan cuba menjawab soalan yang dipaparkan oleh Tuan Jawana menurut urutannya.
1. Adakah memberitahu tentang sesuatu kematian melalui pembesar suara
seperti itu dibolehkan oleh agama?
Memberitahu tentang sesuatu kematian itu merupakan sunnah Rasulullah saw. Ini berfungsi sebagai mengajak orang Islam melakukan solat janazah keatas orang yang mati. Kita dapat lihat didalam Hadith yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari (no:1337) dan Muslim (no:956),
Hadith ini mendatangkan 2 hukum penting, memberitahu akan kematian dan menawarkan solat jenazah kepada simati walaupun sudah dikebumikan.
Diriwayatkan juga oleh al-Bukhari dan Muslim (no:1333) dan Muslim (no:951), dari Abu Hurairah bahawa Nabis saw mengumumkan kematian al-Najaasi dihari beliau mati [="#ff00000" size="3"]{åÑíÑÉ Ãä ÑÓæá Çááå Õáì Çááå Úáíå æÓáã äÚì ÇáäÌÇÔí Ýí Çáíæã ÇáÐí ãÇÊ Ýíå}, dan bersama-sama jemaah ke musalla, membariskan saf dan bertakbir sebanyak 4 kali Takbir (Solat Jenazah).
Load speaker hanyalah alat menyampaikan pengumuman tersebut, dan tidaklah dikatakan menyalahi agama perbuatan tersebut.
2. Adakah mengumandangkan bacaan al-quran melalui pembesar suara seperti itu
dibolehkan oleh agama?
Mendengarkan bacaan al-quran itu adalah satu amalan yang baik, akan tetapi apabila dikaitkan amalan ini dengan sesuatu amalan yang lain, yang mana tidak ada nas dah dalil jelas, perbuatan itu sudah dikira sebagai amalan yang baru, iaitu bid'ah. Sheikh Nasyiruddin Al-Albani didalam buku Hajjatu Al-Nabi (Haji Nabi saw, ms 101) memberi contoh seperti membaca Azan sebelum Solat Eid atau Azan sebelum kafan mayat merupakan perbuatan yang perlu ditinggalkan.
Pesoalan mengumandangkan bacaan Al-Quran secara kuat didalam masjid telah dijelaskan oleh ulama' al-Lajnah al-Daaimah (2/353) didalam fatwanya :
Sheikh Al-Albani juga menyenaraikan didalam buku Ahkaam al-Janaa’iz (ms. 308) bahawa salah satu bid'ah setelah mati seseorang ialah :
Ini termasuklah kata Al-Albani perbuatan-perbuatan seperti membaca tujuh surah (no:92,ms 318), membaca al-Fatihah dikepala mayat (no:93, ms318), dsb adalah bid'ah.
3. Adakah duduk-duduk ngombrol seperti itu dibolehkan oleh agama?
Ngombrol, bercakap kuat, menangis. mmbaca zikir dengan kuat disisi mayat adalah perbuatan bid'ah.. Qays ibn 'Abbaad berkata :
Seelok-eloknya hendaklah berdiam sahaja semasa menghadiri majlis kematian ini. Dr Syed Sabiq didalam buku Fiqh Al-Sunnah (1/410):
"Berkata Al-Nawawi : ketahuilah bahawa cara yang paling baik berada disisi jenazah ialah berada dialam keadaan diam sebagaimana perbuatan salaf. Seseorang tidak dibenarkan menaikkan suara dengan membaca (al-Quran), dn berzikir atau yang lain-lainnya. Sesungguhnya berdiam diri itu lebih baik dan membantu didalam tumpuan seseorang itu didalam upacara jenazah, yang dikehendaki disetiap masa"
Mengucapkan Ta'ziah [="#0000ff" size="5"](ÇáÊÚÒíÉ ) kepada keluarga si mati dibolehkan. Ini adalah sebahagian memberi kekuatan dan pertolongan agar keluarga si mati dapat bersabar. Boleh diucapkan sebagaimana yang diucapkan oleh Nabi saw atau pun berkata dengan perkataan-perkataan yang baik-baik. Diriwayatkan bahawa Nabi saw bersabda :
4. Soalan ini telah terjawab, sudah tentu soalan no:2 dan 3 itu adalah perkara yang tidak elok dilakukan. Manakala no:1 atau mengumumkan sesuatu kematian, adalah digalakkan agar ia dapat mengajak ramai-ramai orang bersolatkan keatas janazah tersebut. Apa yang penting, ialah mendo'akan agar Allah swt mengampunkan si mati tersebut, telah diriwayatkan bahawa Nabi saw penah berdiri ditepi kubur dan berkata :
wallahu 'alam
-wassalam-
-------
Rujukan :
1. Fataawa al-Lajnah al-Daa’imah li’l-Buhooth al-‘Ilmiyyah wa’l-Ifta - vol 2 dan 9. Riyad : Dar Al-Mu'ayad, 2000.
2. Sheikh Nasyiruddin Al-Albani. Hajjatu Al-Nabi saw. cetakan ke 7. Beirut : Al-Maktab Al-Islami, 1985.
3. Sheikh Nasyiruddin Al-Albani Ahkaam Al-Jana'iz wa bida'uhaa. cetakan baru. Riyad : Maktabah Al-Ma'arif, 1993.
4. Sheikh Sayed Sabiq. Fiqh Al-Sunnah cetakan khas. Kansas city : Manaar Al-Dauliyah, 1995.
خيرالأمين