SU-00159: Menadah tangan berdoa

Primary tabs

5 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SU-00159: Menadah tangan berdoa

Assallamuailaikum..terima kasih kerana menjawab soalan saya yg lepas..amatlah saya hargai..sebelum itu saya ingin memberi sedikit penjelasan terhadap soalan saya..sekrg saya tinggl di australia with my converted husband.Alhamdullilah..my husband start to pray bit by bit even he cant fully say anything in pray but atleast he show initiative to do it.Got up inthemorning for subur and we went jammah inthe mosque..he can read Al-fatihah a week after the convert..dia boleh baca bacaan rukuk,sujud dan sebagainya..tahiyat..i just ask him to say the the syahadah only for this time being.

Saya sebenrnaypun bukan pandai sangat dlm bab2 agama ni so kdg2 saya refer ke kawan say disini...soalan pertama saya:Kawan saya kata its ok to lift the index finger for the whole time when we say the tahiyat..sebab dia kata masa dia pergi haji dulu..dia tengok dan tanya org mengenai hal ini.
Disebabkan disini ramai muslim tapi mereka dari berbilang negeri:india ,bangladesh,spore even australian...kdg2 tu saya tgk diaorg menmusing2 jari telujuk..tapi saya tak tanyalah kenapa.

Soalan no.2:setahu saya aurat wanita hanya muka dan kedua tapak tangan..tapi disini..adatu wanita ni pakai pakaian biasa..namapak kaki,namapak rambut..kdg2 dlm sembahyang membetul2 kan tudung..saya tak tegur sebab saya taktahu nak cakap apa.

Soalan ke.3..saya pergi kemasjid kerana menemankan suami saya berjemaah..moral support..bila kami tak pergi kami sembahyang dirumah..saya berdiri sebelah dia dan baca dgn supaya dia boleh dgr..sebab suami saya belum boleh sepenuhnya mengimankan saya..selepas sembahyang..selapas wird subahanallah,alhamdullilah dan allah hu akbar..saya suruhlah suami saya membaca al-fatihah..saya menadah tangan dan menyapu kemuka..tapi dia kata dia tgk org dimasjid takdepun org berdoa tadah tangan...saya tanya kawan ni..diapun cakap begitu...dia takdelah cakap menadah tgn sebagai bidaah..dia ckp cukuplah kita berdoa semasa sujud, tapi dia cakap certain2 doa je yg menadah tgn..seprti hujan lebat ke..mcmtulah...

Jadi..harapan saya boleh kiranya saudara memberi nasihat dan panduan apa yg sepatutnya saya lakukan...bersertakan hadis2 sebagai rujukan saya disini.Saya harus mempunyai jawapan yg kuat utk suami dan juga utk diri saya..inshaallah..sebenarnya saya mempunyai byk soalan tapi cukuplah utk kali ini..Assallamuailaikum

ibnu_osman (not verified)
Re: Menadah tangan berdoa

:salam

Bismillahi Rahma Nirrahiim,

Tentang Soalan ke.3, ini lah sekadar yang saya mampu berkongsi bersama :

Dalil Hadis-hadis
==================

[="black"] [/] Dari Salman. Ia berkata : Telah bersabda Rasulullah s.a.w : "Sesungguhnya Tuhan-mu itu Pemalu. Pemurah yang malu terhadap hamba-Nya apabila (hamba) itu angkat tangan kepada-Nya akan menolaknya dengan hampa".
(Dikeluarkan dia oleh EMPAT, kecuali Nasai dan dishahkan dia oleh Hakim).

Tentang hadis ini :
--------------------
Hadis ini dikatakan bahwa Imam Al-Hakim mengesahkannya, sebenarnya Hadis ini tidak sah, kerana dalam sanadnya ada seorang lemah bernama JA'FAR BIN MAIMUN.

Kata Muhadissin :
-----------------
Imam Ahmad berkata : " Dia bukan orang yang kuat tentang Hadis".
Ibnu Ma'ien pernah juga berkata : " Dia tidak kepercayaan".
Imam Bukhari berkata : " Dia bukan apa-apa".

=========================================================================

Dari Umar. Ia berkata : "Adalah Rasulullah s.a.w apabila menghulurkan dua tangannya dalam berdoa tidak ia kembalikan keduanya hingga ia sapukan keduanya dia mukanya".
(Dikeluarkan dia oleh Tirmidzi dan ada baginya beberapa syahid dari hadis Ibnu Abbas di sisi Abu Dawud dan lainnya, dan sejumlahnya menunjukkan bahwa ia itu Hadis Hasan).

Tentang hadis ini :
--------------------
Hadis ini pun tidak sah, kerana dalam sanadnya ada seorang rawi lemah, namanya HAMMAD BIN 'ISSA.

Kata Muhadissin :
-----------------
Kata Abu Hatim : "Orang yang lemah hadisnya".
Dia dilemahkan oleh Imam Daruquthni.

Dari hadis-hadis tersebut, ia menunjukkan hadis ini lemah lagi tidak sah. Ada yang berpendapat kita tidak boleh beriman kepada sesuatu yang lemah bila sudah ada nash-nash(bukti-bukti) yang nyata lagi sah. Nash-Nash yang sah tentang soalan Saudari Manis237 boleh didapati di lelaman web ahkam sendiri. Perkara ini adalah isu khilafiah(ulama-ulama berbeza pendapat), jadi perkara khilafiah tidak payah lah di gembar-gemburkan atau menjadi konflik di antara insan. Kita berlapang dada & istiqomah. Jikalau suami Saudari Manis237 berpendapat tidak perlu angkat tangan dan Saudari Manis237 hendak mengikut, jadilah perkara selepas ini menjadi BAB MENTAATI SUAMI :sumo :ahaks Asalkan kita jangan menjadi seorang yang mencari ilmu secara 'Pak Torot' atau 'Monkey See, Monkey Do' dan tidak ber :p

"Dan janganlah kamu mengikuti apa yang tidak kamu ketahui, kerana sesungguhnya pendengaran dan penglihatan dan hati, semuanya itu akan ditanya". (Surah Al-Israa, ayat 36)

Saudari Manis237 boleh juga rujuk kepada pihak panel ahkam yang lebih ariff tentang hal ini di URL :

Sila klick di sini -----> http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=17800&Forum=UBB8&Words=doa%20angkat%20tangan&Match=Or&Searchpage=0&Limit=25&Old=allposts&Main=17154&Search=true

Wallahu'alam. :nari

Sekian. Terima Kasih.

[="purple"] [/] Rujukan : Bulughul Maram oleh Ibnu Hajar Al 'Asqalani

Manis237 (not verified)
Re: Menadah tangan berdoa

Assallamuailaikum..terima kasih atas jawapan saudara,amat saya hargai..saya masih belajar dan cuba mendapatkan yang terbaik untuk saya dan keluaraga saya,Alhamdullilah. :necoraman

ibnu_osman (not verified)
Re: Menadah tangan berdoa

soalan pertama saya:Kawan saya kata its ok to lift the index finger for the whole time when we say the tahiyat..sebab dia kata masa dia pergi haji dulu..dia tengok dan tanya org mengenai hal ini.
Disebabkan disini ramai muslim tapi mereka dari berbilang negeri:india ,bangladesh,spore even australian...kdg2 tu saya tgk diaorg menmusing2 jari telujuk..tapi saya tak tanyalah kenapa.

Dalil dari Hadis
=================
Nabi s.a.w menggerak-gerakkan jari telunjuknya sambil membaca doa.(ketika duduk tasyahud awal dan akhir).

(HR Abu Dawud, Nasa'i, Ibnu Jarud dalam Al-Muntaqa (208), Ibnu Khuzaimah

Ulama Muhammad Nashiruddin Al-Albani berkata :

"Menggerakkan jari telunjuk dalam tasyahhud merupakan perbuatan yang sah dari Nabi s.a.w., dilakukan oleh Imam Ahmad dan Imam-imam ahli Hadis lainnya. Oleh kerana itu, hendaklah takut kepada Allah orang yang beranggapan bahwa perbuatan ini sia-sia, tidak patut dilakukan dalam shalat.Kerana anggapannya itu mereka tidak mahu menggerakkan telunjuknya dalam shalat, padahal mereka tahu riwayatnya sah. Mereka mencari-cari alasan untuk menakwilnya dengan menyalahi kententuan bahasa arab dan pengertian yang difahami para imam.

------------------------------------------------------------------------

Dalil dari Hadis :

Telah berkata Ibnu Zubair : Adalah Rasulullah s.a.w apabila ia duduk berdoa(At-tahiyat, ia letakkan tangannya yang kanan di atas pahanya yang kanan, dan tangannya yang kiri di atas pahanya yang kiri dan isyarat dengan telunjuknya. (H.R Muslim)

Hadis yang bersanad shahih, ia menunjukkan bahwa Ibnu Zubair cuma melihat Nabi s.a.w mengisyarat dengan telunjuknya dengan tiada gerakkan. Jadi tidak dapat disalahkan orang yang tidak menggoyang-goyangkannya.

Isu ini juga dalam isu khilafiah seperti post untuk soalan ke 3 di atas. Ulama-ulama berbeza pendapat. Dan jika ada orang yang mengatakan bahwa tidak boleh mengerakkan jari telunjuk semasa bertasyahud kerana hendak menjaga tuma'ninah dah gerak kan di dalam shalat, Imam An-nawawi berkata: “Fuqaha bersepakat bahawa perbuatan yang banyak akan membatalkan solat sekiranya dilakukan secara berturut2 dan berterusan. Sekiranya, ia memisahkan perbuatan itu dgn melangkah, kmdn berhenti seketika, kemudian mengambil langkah lagi, kemudian diam, kemudian mengambil langkah, maka ia tidak akan membatalkan solat. Menggerakan jari ketika tasyahud ataupun menggaru, tidak membatalkan solat walaupun dilakukan berturut-berturut tetapi ia adalah makruh.”

Adapun perbuatan yang lain, dikira sebagai pergerakan/perbuatan yang banyak (sbg contoh: berjalan beberapa langkah berturut2), ini akan membatalkan solat.

:nari

Rujukan :

1) Bulughul Maram - Ibnu Hajar Al-Asqalani

2) Sifat Shalat Nabi - Muhammad Nashiruddin Al-Albani

3) Pengajaran Shalat - A.Hassan

:nari :nari

Re: SU-00159: Menadah tangan berdoa

:salam

Terima kasih sdr Ibn Osman dgn jawapan2nya. Kesemua soalan adalah soalan ulangan. Saya akan berikan URL utk setiap persoalan sdr.

Soalan 1

Studi berkaitan jari telunjuk ketika Tasyahud

Soalan 2

SJ-2541 : Nampak rambut ketika bersolat

soalan 3

jawapan ibn Osman memadai. Saya lampirkan semula URL tersebut:
SJ - 2912: [Z] Tertib dan kaifiat doa

Sekian. WA.

:wassalam