SJ - 3038: [G] Merujuk Semula Kpd SJ - 3002: Qada' solat

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 3038: [G] Merujuk Semula Kpd SJ - 3002: Qada' solat

assalamualaikum,

Bolehkah ustaz berikan dalil atau hadis berkenaan qadho solat bagi orang yg haid bagi ulama' mazhab syafie serta hujah dari mazhab Hanafi yg tidak mewajibkan qado' solat tersebut. Ini hanya untuk menambahkan pengetahuan saya.

Sekian Terima Kasih.

Re: Merujuk Semula Kpd SJ - 3002: [G] Qada' solat

:salam

Jumhur ulama' termasuk syafi'iyyah mewajibkan solat diqadha sekiranya haid itu bermula apabila seseorang itu sempat melengkapkan solatnya. Cth:

jam skrang pukul 2 ptg. Zuhur dah masuk 45 minit. Apabila aminah nak bersolat, sekali aminah uzur. Sedangkan zuhur telahpun masuk 45 minit. Maka dgn itu wajib utk aminah mengqadha'kan solat zuhurnya setelah suci nanti. Lihat Mughni al-Muhtaj dan al-Majmu'.

Alasan diwajibkan qadha':
Awal waktu itu menjadi sebab bagi wajib sembahyang berdasarkan perintah Allah dalam surah al-Isra' ayat 78 yg bermaksud:
"Dirikanlah oleh kamu sembahyang apabila gelincirnya matahari...."

Manakala ulama' Hanafiah mengatakan tidak wajib utk qadha solat tersebut. Mereka mengatakan wajibnya solat fardhu itu adalah di antara masuknya waktu hinggalah akhir waktu. Sedangkan seseorang itu boleh melakukan solat pada bila2 masa asalkan waktu masih ada. Sepertimana hadis Nabi saw yg bermaksud:
"Waktu sembahyang ialah antara dua ini..."

BErdasarkan penelitian saya, perkara ini merupakan ijithad ulama'. Adalah lebih baik sekiranya kita berpegang pada pendapat jumhur termasuk syafi'iyyah sptmana kata Sheikh Salih Uthaimeen bahawa adalah lebih selamat sekiranya kita berpegang kpd pendapat jumhur krn pada kebiasaannya kesepakatan itu lebih terbukti melalui kesamaan. Wlbgmp, harus diingat, tidaklah semestinya jumhur itu pasti benar.

Sekian. WA.

:wassalam

Re: SJ - 3038: [G] Merujuk Semula Kpd SJ - 3002: Qada' solat

:wassalam

Jawapan telah diTas-hihkan