assalamualaikum....
selamat berpuasa...
ada beberapa masalah nak di kemukakan di sini dan mintak pendapat.....
masalah di bawah mungkin ada kaitan...
1) pada hari jumaat yang lepas rakyat malaysia telah mula berpuasa. Pada hari sabtu adalah 2 ramadhan. Saya telah bermusafir ke pakistan dari waktu malaysia 12 thari 2 ramadhan dan sampai di pakistan 4petang 1 ramadhan dan saya telah berbuka mengikut waktu tempatan 6petang (9malam waktu malaysia)-
soalan
a- bagaimana menjumlah puasa saya?? 2 hari atau 1 hari???
b-bolehkah saya berbuka mengikut waktu malaysia (7mlm) bila sampai di pakistan (4petang)??
2) masih berkisar dengan masalah yang agak sama... saya ingin bermusafir ke eropah kerana kerja...bertolak pada malam hari pukul 12 mlm waktu malaysia dan akan sampai pukul 10pagi waktu tempatan (6petang waktu malaysia)
bagaimana saya hendak tentukan bermulanya (imsak) dan berakhir (iftar) puasa saya?? ikut waktu malaysia.... atau...
saya amatlah berharap ada jawapan segera.....
SEMOGA ALLAH MENGAMPUNKAN DOSA KITA DAN MERAHMATI KITA DI BULAN YANG MULIA INI
Salam Ramadan
Alzarq (ni bukan alzarqawi)
wa'alaikumussalam. Ramadhan Karim
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr alzarq dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.
Kita berbalik kepada definasi puasa apabila mengira waktu berpuasa tanpa mengira berapa lama / jam kita telah berpuasa. Seorang musafir kemungkinan ia akan berpuasa lama (lebih dari 15 jam) dan mungkin berpuasa didalam waktu yang singkat. Yang penting ialah ia akan mula berpuasa/Imsak apabila masuk waktu fajar dimana sahaja ia berada, dan berbuka apabila matahari terbenam, ditempat mana dia berada. Berkata ulama Lembaga Fatwa Arab Saudi :
Didalam fatwa yang lain pula ia mengatakan :
Berdasarkan prinsip ini, kita cuba jawab soalan sdr :-
1a. Jumlah puasa anda tetap 1 hari, cuma masa puasa yang panjang sedikit.
1b. Anda tidak boleh berbuka mengikut waktu Malaysia. Waktu berbuka ialah waktu pada tempat anda berada. Maka selagi matahari tidak terbenam ditempat yang ada berada, misalnya Pakistan, anda kena berbuka mengikut waktu tempatan
2. Penentuan waktu Imsak ialah waktu tempatan dikawasan mana kapal terbang itu berada. Ia sama dengan waktu subuh diatas kapal terbang. Biasanya, pilot kapal terbang boleh membantu anda menentukan waktu-waktu solat didalam kapal terbang. Waktu berbuka juga akan bersamaan dengan waktu tempatan. Jika anda berada di dalam kepala terbang pada waktu Magrib, disitu anda akan berbuka. Andai kata anda berada di London pada pagi tersebut, anda wajib menunggu waktu terbenam matahari di London untuk berbuka. WA.
wassalam
==============
1. Al-Lajnah al-Daa’imah li'l-Buhooth al-'Ilmiyyah wa al-Ifta' - 10. Cetakan ke 3. Riyad : Dar Al-Mu'ayyad, 2000
خيرالأمين