Assalamu’alaikum,
Apakah yg perlu dilakukan oleh seseorang itu jika dia terlupa satu ayat dalam surah selepas membaca Al-Fatihah. Dia hanya teringat yg dia tersilap (tertinggal membaca satu ayat) selepas memberi salam.
1) Adakah dia perlu mengulangi solatnya.
2) Jika dia menjadi imam dan tiada siapa menegur kesilapannya, adakah makmum juga perlu mengulangi solatnya?
Jwb:
Bacaan selepas alFatihah itu statusnya sunat (Ijma'), jadi solat Imam dan makmum adalah sah dan semua orang tak payah ulang. Kekurangan dan kecacatan solat fardhu hendaklah ditampung dgn solat2 sunat. WaLlahu a'alam