SJ-05-0078 : hadis cara solat wanita

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0078 : hadis cara solat wanita

Assalamualaikum
::?: Disini ana ingin tanyakan sesuatu mengenai hadis tentang solat khususnya utk kaum muslimah...kalau buleh, biarlah detail hadis tersebut(matannya,statusnye,sanadnya) supaya ana bbuleh jadikan bahan rujukan..sekian terima kasih..
Wsalam

SJ-05-0078 : hadis cara solat wanita

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr zulk21 dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Hadith2 yang membezakan diantara solat seorang wanita dengan lelaki kebanyakkannya mempunyai kecacatannya. Contohnya, ada dikalangan ulama' yang mengatakan bahawa kaum wanita tidak boleh duduk sebagaimana kaum lelaki duduk, dan mereka menyandarkan kepada 2 hadith dha'if ini sebagai dalil. al-Baihaqi memaparkan 2 hadith yang telah mereka ambil sebagai dalil :-

1. Hadith dari 'Ata' ibn al-'Ajlaan dari Abu Nadrah al-'Abdi, dari Abu Sa'ed al-Khudri, sahabat Rasulullah :saw, dari Rasulullah :saw :

Ãäå ßÇä íÃãÑ ÇáÑÌÇá Ãä íÊÌÇÝæÇ Ýí ÓÌæÏåã ¡ æíÃãÑ ÇáäÓÇÁ íäÎÝÖä Ýí ÓÌæÏåä ¡ æßÇä íÃãÑ ÇáÑÌÇá Ãä íÝÑÔæÇ ÇáíÓÑì æíäÕÈæÇ Çáíãäí Ýí ÇáÊÔåÏ ¡ æíÃãÑ ÇáäÓÇÁ Ãä íÊÑÈÚä
"Sesungguhnya dia mengarahkan lelaki agar meluaskan lengan mereka ketika sujud, dan baginda mengarahkan kaum wanita menutupi/merapat lengan mereka disebelah tepi mereka ketika sujud, dia [juga] mengarahkan kaum lelaki agar meluaskan kaki kiri di lantai (& duduk diatasnya) dan meletakkan kaki kanan menegak didalam tashahud, dan memerintahkan wanita duduk diatas kaki" - al-Baihaqi berkata :"Hadith ini munkar".

2. Hadith dari Abu Mutee' al-Hakam ibn Abdullah al-Balkhi, dari Umar ibn Zarr, dari Mujaahid, dari Abdullah ibn Umar, berkata : telah berkata Rasulullah :saw :-

ÅÐÇ ÌáÓÊ ÇáãÑÃÉ Ýí ÇáÕáÇÉ æÖÚÊ ÝÎÐåÇ Úáì ÝÎÐåÇ ÇáÃÎÑì æÅÐÇ ÓÌÏÊ ÃáÕÞÊ ÈØäåÇ Ýí ÝÎÐíåÇ ßÃÓÊÑ ãÇ íßæä áåÇ æÅä Çááå ÊÚÇáì íäÙÑ ÅáíåÇ æíÞæá íÇ ãáÇÆßÊí ÃÔåÏßã Ãäí ÞÏ ÛÝÑÊ áåÇ
"Apabila seorang wanita duduk didalam solat, dia akan meletakkan satu peha bertindih dengan yang lain, dan ketika sujud dia akan menekan perut dengan pehanya, memampatkan dirinya didalam keadaan yang tertutup rapat, maka Allah akan melihat kepadanya dan berkata : Wahai MalaikatKu, Aku menjadikan kami sebagai aksi bahawa aku telah mengampukan dosanya" - [Sunan Baihaqi al-Kubra, 2/222]. - Hadith ini dha'if.

Dengan ini, hadith2 yang menerangkan kaifiat solat untuk kaum lelaki, digunakan juga untuk kaum wanita. al-Khattaabi mengatakan bahawa : apa yang kita faham adalah, jika sesuatu dikatakan didalam bentuk muzakar ("maskulin"), ia juga ditujukan kepada wanita, melainkan didalam keadaan2 yang didatangkan dalil yang khusus hanya kepada wanita. Syeikh al-Utsaimin didalam Al-Sharh al-Mumti’ ( 3/303-304) menyatakan bahawa pandangan yang paling benar adalah, solat wanita sama sahaja dengan solat kaum lelaki.

Syeikh Nasyiruddin al-Albani didalam bahagian akhir (al-Khaatimah) bukunya yang berjudul Sifat Solat Nabi :saw menyebut :-

ßá ãÇ ÊÞÏã ãä ÕÝÉ ÕáÇÊå Õáì Çááå Úáíå æÓáã íÓÊæí Ýíå ÇáÑÌÇá æÇáäÓÇÁ æáã íÑÏ Ýí ÇáÓäÉ ãÇ íÞÊÖí ÇÓÊËäÇÁ ÇáäÓÇÁ ãä ÈÚÖ Ðáß ¡ Èá Åä Úãæã Þæáå Õáì Çááå Úáíå æ Óáã : " ÕáæÇ ßãÇ ÑÃíÊãæäí ÃÕáí " íÔãáåä .
"Kesemua apa yang telah kami nyatakan didalam Sifat Solatnya Nabi :saw, sama sahaja diantara kaum lelaki dan wanita, tidak diriwayatkan dari sunnahagar wanita dikecualikan dari mana perkara begitu, bahkan ia umum maksud sabda Nabi :saw 'Bersolatlah sebagaimana kamu melihat aku bersolat', termasuk juga wanita." [ms 189].

Kesimpulannya, hadith2 yang membezakan solat wanita dan lelaki mempunyai kecacatannya. Ada diantara hadith sahih contohnya hadith riwayat al-Bukhari didalam al-Taarikh al-Syaghir, ms 95, dengan sanad Sahih dari Umm al-Dardaa' menyatakan bahawa : "sesungguhnya dia (Ummu al-Dardaa') duduk didalam solatnya sebagaimana duduknya lelaki, padahal beliau seorang ahli fiqh wanita". Sebagaimana umum maksud hadith :'Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersolat', menunjukkan hadith2 yang mengajar kaifiat bersolat kepada lelaki, ditujukan juga kepada kaum wanita. WA.

wassalam
=======
Rujukan

1. Sunan al-Baihaqi. URL : http://www.islamweb.net/ver2/archive/showHsAbwab.php?KNo=3&BkNO=21

2. Syiekh Nasyiruddin al-Albani. Sifatu Shalaati an-Nabiyyi :saw. cet. baru. Riyad : Maktabah al-Ma'aarif, 1996.

خيرالأمين