Saya ingin mendapatkan apakah kadar pendapatan yang wajib dizakat? Dulu semasa di sekolah saya ada belajar sekiranya ada kambing ada jumlah minimim yang seharusnya kena zakat. Tetapi dalam zakat pendapatan tidak terjumpa pulak jumlah minimim pendapatan (kadar pendapatan minimum) di mana seharusnya pendapatan selepas itu bahurulah dikenakan zakat.
Adakah kadar minimum ini adalah Khilaf sahaja atau ianya ditiadakan bagi memberi keuntungan kepada setengah2 pihak.
Terima kasih
Sumber Rujukan Islam Anda..
SJ-1953: Kadar zakat
Primary tabs
Tue, 29/10/2002 - 4:23pm
#1
SJ-1953: Kadar zakat
Jawab:
Zakat al Mal al Mustafad (zakat gaji dan upah) adalah zakat yg baru diperkenalkan dan dibahaskan secara serius di abad kita dan akhirnya barulah ia mula diterima oleh umat Islam. Antara tokoh mujtahid yg secara serius mengemukan kewajipan zakat ini ialah Prof Qardhawi (Fiqh Zakat) dan syaikh Muhammad Abu Zahrah. Malaysia memperkenalkan zakat gaji pada pindaan Akta Cukai Pendapatan 1967 Seksen 6A (3).
Kadar minimum gaji itu tidak ada, tapi jika gaji itu melebihi nisab 20 gm emas atau 20 dinar, maka ia dikenakan zakat 2.5%. Dalilnya: HR Ahmad, Abu Daud, Baihaqee, disahkan menurut syarat Bukhari dan hasan menurut Hafidz) "jika milikmu sudah sampai 20 dinar dan cukup satu tahun, maka zakatnya setengah dinar". 20 dinar itu menyamai 85gm emas dan jika satu gm emas bernilai semasa RM 36.00, maka kadar minima zakat ialah pendapatan melebihi RM 3060. WaLlahu a'alam