SJ-13-0168 : Siri al kuliyyah TV 3 - Bida'ah

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0168 : Siri al kuliyyah TV 3 - Bida'ah

Assalamualaikum. Sekadar ingin komentar dari pihak al ahkam. ana baru sahaja meonoton siri alkuliyah (tarikh tidak tahu..) dari ceramahislam.com. http://www.ceramahislam.com/video/Al-Kuliyyah/bidaah.html (20 minit je)

Antara perkara yg dibincangkan adalah berkaitan pembacaan Quran kepada si mati dan lain2. Menurut panel forum, beliau menyertakan beberapa pendapat Imam Nawawi dari syarh sahih Muslim bahawa beliau turut mempersetujui bacaan Quran di atas kubur, kerana ia lebih afdhal dari perbuaatan nabi yg meletakkan ranting di atas kubur. (Hadith dari fathul bari)

Menurutnya lagi, Syarh Al Muhazzab, Imam Nawawi mengatakan bahawa sunat org yg menziarahi kubur membacakan Quran kepada si mati dan membacakan doa kepada si mati. Dari kitab yg same, Imam Nawawi rh mengatakan bahawa afdhal untuk sekiranya mereka mengkhatamkan Quran di atas kubur.

Dalam kitab Al Azkar, adalah sunat membaca Quran di atas kubur dan sekiranya mereka mengkhatamkan Quran adalah lebih afdhal.

Hujah2 tersebut bukanlah ana merujuk sendiri, tetapi hanyalah menukilkan dari panel2. Wallahua'lam

SJ-13-0168 : Siri al kuliyyah TV 3 - Bida'ah

:wassalam

alJawab (ringkas)

Kecelaruan dalam memetik pendapat alhafidz alNawawi itu sebenarnya adalah suatu kesalahan fatal kerana mereka memetik pendapat alNawawi secara sembrono dan tanpa melakukan ketelitian. Ia tidak lebih dari percubaan mengelirukan pembaca yang tidak memiliki kitab asal dalam bahasa arab. Walau apa pun percubaan mereka menggunakan nama alNawawi, namun pendapat yang paling kuat dalam madzhab Syafi'iy ialah tidak kesampaian pahala membawa alQur:an kepada si mayyit. Puak-puak tsb telah melakukan jenayah ilmiyah terhadap kitab2 anNawawi.