SJ-05-0134 : S1 - Ajar hal niat pada anak-anak ( urgent )

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0134 : S1 - Ajar hal niat pada anak-anak ( urgent )

Assalammualaikum,
1. Apakah cara yang terbaik utk ajar anak2 mengenai niat & cara berniat?Setakat ini saya terangkan utk solat, just diri tegak & terus sebut Allahuakbar. About niat wudhu dan solat, saya jelaskan yg mrk nak ke toilet nak ambil wudhu, means b4 that, dah ada keinginan/plan utk berwudhu dan solat,itu dah dikira niat, berdsrkan jawapan SJ-3229:(G)Beza lafaz dlm hati& niat. Correct me sekiranya penjelasan kpd anak2 itu salah.

2. Berdsrkan SJ-2798:Niat solat. Antaranya:
...Sebmana yg disepakati, niat terletak di dlm hati,& bukan pd lafaznya.
...Kesimpulannya, niat solat adalah perbuatan hati. Ia sgt mudah,memadai dgn lintasan hati.

Macamana yg dikatakan lintasan hati? Dr jwpn2 yg dibaca, tak perlu pun sebut 4 rakaat, tunai etc & tak perlu lafaz. Adakah sebut simple begini:
a. Aku solat krn Allah
b. Aku mandi wajib krn Allah
c. Aku berpuasa krn Allah
di dlm hati dikira lintasan hati? atau itu dikira bid'ah? atau cara dlm soalan 1 sudah cukup?

Harap ustaz beri jawapan secepat mungkin. Terima kasih.

SJ-05-0134 : S1 - Ajar hal niat pada anak-anak ( urgent )

:wassalam
alJawab:

1) Cara terbaik utk ajar anak berniat ialah Niat yang asli tidak memerlukan Lafadz-lafadz. Penambahan lafadz niat dengan lisan itu tidak pernah dikenali oleh kaum salaf kerana dalam bahasa arab, niat itu bukan lafadz tapi qasad. Oleh kerana umur mereka masih muda dan mereka hidup di zaman bid'ah, maka jelaskan lafadz Niat itu bukanlah wajib atau sunnat. Apa yang anda ajarkan itu betul.

2) Lintasan hati yang demikian sudah cukup walaupun sedikit. yang penting Niat itu ialah kita membulatkan keikhlasan kerana ALlah dan kita lakukan dengan SENGAJA. Perbuatan yang disengajakan itu adalah niat dengan sendirinya. Maksud sengaja ialah kita sedar bukan dalam keadaan tidak sedar, latah, atau mengigau atau khayal.
Cth: kita dengar azan Zuhur, maka kita pun pakai baju, pakai kain, ambil kopiah, start motor dan menuju ke mesjid dgn sengaja, sedar dan tahu itu waktu zuhur, maka itulah maksud Niat.

Orang melayu salahfaham maksud sengaja, maka dilafadzkan:
" Sengaja aku solat zuhur, empat raka'at tunai, mengikut imam, kerana Allah Ta'ala". Kalau ikutkan lafadz ni tak lengkap..tapi hendaklah dilengkapi dgn lafadz: " pada jam 1:34 tghhari, haribulan 24 rabi'iul awal 1427 hijriyah kerana Allah Ta'ala...."

Maka nampak jelaslah lafadz ini kerana kita jahil bahasa Arab, buta sunnah kaum salaf, tak belajar hadith, dan merupakan petanda kebodohan seseorang. sekian