ade satu ust tu cakap sujud sahwi tu hanya terdapat dlm mazhab syafiee
sahaja.dan bacaan semasa sujud sahwi tu tdk sabit dr nabi .
soalan, adakah sujud sahwi pernah di lakukan oleh nabi dan kalau pernah ape bacaan nya.
Sumber Rujukan Islam Anda..
SJ-05-0143 : SUJUD SAHWI???
Primary tabs
Fri, 02/06/2006 - 11:28am
#1
SJ-05-0143 : SUJUD SAHWI???
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr Islam4all dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.
Adalah silap mengatakan bahawa sujud sahw hanya ada pada mazhab al-syafie sahaja. Sujud Sahw ini terdapat pada semua mazhab-mazhab muktabar, cuma ulama' ini berselisih pandangan mengenai :-
a. Bilakah digalakkan melakukan sujud sahw? Selepas salam atau sebelum salam.
b. Apakah perlu dilakukan sujud sahw jika ada penambahan atau pengurangan rakaat? [Kitab Solah : Bab sujud sahw. Mausuu'ah masaail al-Jumhur fi al-fiqh al-islaamii. Dr Muhd Naim Haani Saa'ii, 1/192].
c. Perkara2 lain yang menyebabkan sujud sahw. Diantaranya : menurut Mazhab Syafie - meninggalkan dengan sengaja Tashahud awal dan do'a qunut dengan sengaja. [Bab Sujud Sahw, al-Mughni Ibn Qudamah, 2/195].
d. Apakah hukumnya : wajib (Sahih dikalangan Mazhab Hanafi) atau sunat (Mazhab yang lain) ? [al-Fiqh al-Islami, 2/88].
Diantara dalil sujud sahw :- Dari Abu Saed al-Khudr ra. berkata, telah bersabda Nabi :saw :
Tidak ada hadith spesifik yang membicarakan mengenai bacaan semasa sujud sahw. Fatwa dari al-Lajnah al-Daaimah menyatakan bahawa :
Mengenai bacaan : Subhaana man la yas-hu wa laa yanaam - ÓÈÍÇä ãä áÇ íÓåæ æáÇ íäÇã (Maha Suci bagi sesiapa yang tidak lupa dan tidak), ulama mengatakan tidak ada dalil sahih mengenainya. Menurut al-Hafiz ibn Hajar didalam al-Talkhis (2/12) bahawa dia tidak berjumpa asalnya (áã ÃÌÏ áå ÃÕáÇð).
Sekian, wassalam
خيرالأمين