SJ-07-0039 : Hukum mengaminkan doa masa khutbah..

Primary tabs

5 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-07-0039 : Hukum mengaminkan doa masa khutbah..

:salam

Saya ade kekeliruan disini mengenai hukum mengaminkan bacaan doa Imam dengan kuat semasa khutbah ke2, adekah perlu menangkat tangan dan mengaminkan dengan kuat?

Syukran

SJ-07-0039 : Hukum mengaminkan doa masa khutbah..

:wassalam
alJawab:

Tidak perlu baik bagi khatib atau makmum. Dalilnya: Dari Anas ra,
bahawa RasuluLlah saw tidak pernah mengangkat kedua tangannya dalam suatu do'apun kecuali solat istisqa'." (Bukhari-Muslim)

Hukum makmum dan Imam mengangkat tangan adalah makruh menurut Syaikhul Islam Ibn Taymiyah (alIkhtiyarat/48), tidak sunnah menurut Imam Nawawi (syarh Sahih Muslim 6/411; dianggap bid'ah oleh al-Albani (ahkam alJumu'ah wa bid'ihaa), dan Abu Syamah (alBa'iths/63)

mujahid (not verified)
SJ-07-0039 : Hukum mengaminkan doa masa khutbah..

aslm wbt

bgmana dgn mengaminkan?

wkt antara 2 khutbah adakah makmum boleh berdoa dgn perlahan tanpa mengangkat tgn?

dan doa di khutbah kedua sblm tamat khutbah, adakah makmum perlu aminkan doa imam tanpa mengangkat tgn

SJ-07-0039 : Hukum mengaminkan doa masa khutbah..

wsm,

aljawab:

1. mengaminkan do'a khutbah adalah sunnah menurut empat madzhab (Syaikh Bakar Abu Zayd, tashhih adDhu'aa/216)

2. berdo'a antara dua khutbah adalah dituntut bahkan ia terbuka sa'at Imam berkhutbah hingga waktu Asar. Kalau dia nak angkat tangan pun boleh sebab itu doa peribadinya.

3. makmum sepatutnya mengaminkan do;a khatib secara perlahan. mengikut Hanafiah kena aminkan dalam hati.

sekian

shahnor77 (not verified)
SJ-07-0039 : Hukum mengaminkan doa masa khutbah..

Assalamu alaikum...

thtl wrote:
:wassalam
alJawab:

Tidak perlu baik bagi khatib atau makmum. Dalilnya: Dari Anas ra,
bahawa RasuluLlah saw tidak pernah mengangkat kedua tangannya dalam suatu do'apun kecuali solat istisqa'." (Bukhari-Muslim)

Hukum makmum dan Imam mengangkat tangan adalah makruh menurut Syaikhul Islam Ibn Taymiyah (alIkhtiyarat/48), tidak sunnah menurut Imam Nawawi (syarh Sahih Muslim 6/411; dianggap bid'ah oleh al-Albani (ahkam alJumu'ah wa bid'ihaa), dan Abu Syamah (alBa'iths/63)

Kalau doa naik kenderaan, makan, masuk tandas dll biasalah berdoa tanpa angkat tangan. Tapi kalau lepas solat dan berdoa di majlis umum dah biasa sangat angkat tangan berdoa. InsyaAllah, akan cuba utk mempraktikkan nasihat ini jika ia lebih dekat dengan sunnah rasul sallAllahu alaihi wasallam...terima kasih

waAllahu a'lam.