SJ-14-0020 : Ini Hadis ke Apa?

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-14-0020 : Ini Hadis ke Apa?

Assalamualaikum. Boleh tolong saya carikan petikan di bawah samada dari hadis atau mana2 riwayat.

"Doa Malaikat Jibril Menjelang Ramadhan

"Ya Allah tolong abaikan puasa umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami istri;
* Tidak berma'afan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali."

Sekain. Terima kasih.

SJ-14-0020 : Ini Hadis ke Apa?

:wassalam

alJawab:

Kami yakini ianya palsu. kami akan berusaha menjejakinya dan jika ditemui, InsyaAllah akan dikhabarkan kemudian (KIV). kenapa kami berani berkata ia palsu? Kerana sekiranya meminta ma'af kepada ibubapa, suami-isteri dan penduduk sekitar itu benar dan syarat memasuki bulan Ramadhan, sudah tentu kita akan temui dalam kitab-kitab feqah, walhal tidak pernah dibincangkan. sekian

SJ-14-0020 : Ini Hadis ke Apa?

Assalamu'alaikum. Alhamdulillah.

Sekadar tambahan, Kemungkinan hadith yang hampir kepada hadith diatas adalah seperti berikut :

Dari Abu Hurairah ra. berkata :-

Ãä ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã ÑÞì ÇáãäÈÑ ÝÞÇá : Âãíä ¡ Âãíä ¡ Âãíä Þíá áå : íÇ ÑÓæá Çááå ¡ ãÇ ßäÊ ÊÕäÚ åÐÇ ¿ ÝÞÇá : ÞÇá áí ÌÈÑíá : ÑÛã ÃäÝ ÚÈÏ ÃÏÑß ÃÈæíå Ãæ ÃÍÏåãÇ áã íÏÎáå ÇáÌäÉ ¡ ÞáÊ : Âãíä ¡ Ëã ÞÇá : ÑÛã ÃäÝ ÚÈÏ ÏÎá Úáíå ÑãÖÇä áã íÛÝÑ áå ¡ ÝÞáÊ : Âãíä ¡ Ëã ÞÇá : ÑÛã ÃäÝ ÇãÑÆ ÐßÑÊ ÚäÏå Ýáã íÕá Úáíß ¡ ÝÞáÊ : Âãíä
dir="ltr">"Sesungguhnya Nabi :saw telah naik ke mimbar dan berkata : Amin, Amin, Amin. Seorang bertanya kepada dia : Ya Rasulullah, Apa yang engkau lakukan ini? Baginda menjawab : Telah berkata Jibril kepadaku : Hambanya yang sombong, sempat bersama ibu-bapanya atau salah seorang darinya, tidak akan masuk syurga (kerana kesombongan terhadap mereka), Aku berkata : Amin, kemudian berkata malaikat: hambanya yang sombong apabila masuk Ramadhan tidak akan diampun dosanya (oleh Allah), Maka Aku berkata : Amin. Kemudian malaikat berkata : Seseorang yang sombong dimana nama engkau (Nabi :saw) disebut kepadanya akan tetapi dia tidak berselawat kepada engkau, maka aku berkata : Amin." [Hadith Riwayat al-Bukahri didalam Adabul Mufrad. Syiekh al-Albani menilai hadith ini sebagai Hasan Sahih (Sahih Adabul Mufrad LiImam Bukhari, #503/646)].

Hadith ini memberi amaran dan pengajaran agar :-

a. berbuat baik kepada kedua ibu-bapa semasa mereka masih hidup

b. lakukan amalan-amalan yang baik dan mohon banyak2 agar Allah mengampunkan dosa2 kita didalam bulan Ramadhan dengan melakukan ibadat dengan ikhlas, jangan sombong.

c. seseorang yang apabila disebut Nabi :saw kepadanya. langsung tidak berselawat kepada baginda; maka inilah dikatakan orang yang berhidung tinggi/sombong!!

Sekian, wassalam

خيرالأمين