SJ-13-0219 : Hukum mengasingkan diri.

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0219 : Hukum mengasingkan diri.

:salam
Dalam hidup ini, kadang-kadang saya berasa putus asa kerana menghadapi bermacam-macam masalah yang berpunca daripada pelbagai kerenah manusia tak kira daripada muslim atau non-muslims. Saya terfikir untuk menjauhkan diri daripada manusia dengan meninggalkan mereka dan bersendiri untuk mengelakkan mereka. Soalan saya; bolehkah saya berbuat demikian? Saya tidak mahu mendengar pandangan manusia lagi kerana mendengar pandangan-pandangan merekalah yang membuat saya merasa sakit hati dan putus asa. Saya hanya mahu mengetahui hukum Allah dalam hal ini. (Saya fikir saya hanya akan bercampur dengan orang ramai dalam ibadah fardhu sahaja. Berkenaan ibadah yang lain, saya akan buat sendiri.)

SJ-13-0219 : Hukum mengasingkan diri.

wa'alaikumusalam.

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr azismail dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Tidak mungkin kita dapat membicarakan persoalan psikologi melalui media ini, tanpa menggunakan metod "face to face".

Jawapan awal dari kami adalah "Jangan kecewa, jangan bersedih" dan "setiap yang berlaku itu ada hikmahnya". Dugaan-dugaan yang diturunkan Allah mempunyai banyak hikmahnya. Diantaranya :-

a. Dugaan ini menguji kesabaran manusia. Lagi banyak sabar seseorang, lagi tinggi martabatnya disisi Allah swt. Firman Allah swt :-

Ãóãú ÍóÓöÈúÊõãú Ãóäú ÊóÏúÎõáõæÇ ÇáúÌóäøóÉó æóáóãøóÇ íóÃúÊößõãú ãóËóáõ ÇáøóÐöíäó ÎóáóæúÇ ãöäú ÞóÈúáößõãú ãóÓøóÊúåõãõ ÇáúÈóÃúÓóÇÁõ æóÇáÖøóÑøóÇÁõ æóÒõáúÒöáõæÇ ÍóÊøóì íóÞõæáó ÇáÑøóÓõæáõ æóÇáøóÐöíäó ÂãóäõæÇ ãóÚóåõ ãóÊóì äóÕúÑõ Çááøóåö ÃóáóÇ Åöäøó äóÕúÑó Çááøóåö ÞóÑöíÈñ
dir="ltr">"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). " [Surah al-Baqarah : 214]

b. Ketahuilah bahawa setiap dugaan itu dibalas dengan pengampunan dosa-dosa kita. Kita harus redha dengan apa yang telah berlaku. Nabi :saw bersabda :-

ãÇ ãä ÔíÁ íÕíÈ ÇáãÄãä ÍÊì ÇáÔæßÉ ÊÕíÈå ÅáÇ ßÊÈ Çááå áå ÈåÇ ÍÓäÉ ¡ Ãæ ÍØøÊ Úäå ÈåÇ ÎØíÆÉ
dir="ltr">"Tidak terlepas apa-apa bagi orang Mukmin walaupun dicucuk duri, melainkan Allah swt menulis keatasnya satu kebajikan, atau menghilangkan satu balasan buruk darinya" [hadith Riwayat Muslim : 2572].

c. Dugaan kepada manusia itu bagi menunjukkan bahawa manusia ini lemah. Kita sebenarnya amat bergantung kepada Allah swt. Selama-mana kita berada didunia ini, tidak ada manusia yang dapat lari dari diuji oleh Allah swt :-Dari Abu Hurairah ra :-

ãóÇ íóÒóÇáõ ÇáúÈóáóÇÁõ ÈöÇáúãõÄúãöäö æóÇáúãõÄúãöäóÉö Ýöí äóÝúÓöåö æóæóáóÏöåö æóãóÇáöåö ÍóÊøóì íóáúÞóì Çááøóåó æóãóÇ Úóáóíúåö ÎóØöíÆóÉñ
dir="ltr">"Dugaan (Bala) akan terus menimpa kepada orang mukmin dan mukminah, baik keatas diri mereka, anak-anaknya, harta-hartanya, sehinggalah mereka bertemu oleh tanpa ada dosa bersama/keatas mereka" [Hadith Riwayat al-Tirmudzi #2399].

d. Dugaan-dugaan ini juga ada kalanya berbentuk amaran dari Allah swt. Orang yang diduga menandakan Allah memberi perhatian kepadanya. Dugaan2 ini seolah-olah mengejutkan manusia dari kelalaian atau tersilap dalam pekerjaan hariannya, baik hubungan dengan manusia dan juga hubungan dengan Allah swt. Ini adalah satu peluang kita melakukan muhasabah diri; mengkoreksi diri sendiri.

Ingat. Kalau kita benar-benar seorang mukmin, Allah swt tidak akan meninggalkan kita berseorangan. Firman Allah swt :-

ãóÇ ßóÇäó Çááøóåõ áöíóÐóÑó ÇáúãõÄúãöäöíäó Úóáóì ãóÇ ÃóäúÊõãú Úóáóíúåö ÍóÊøóì íóãöíÒó ÇáúÎóÈöíËó ãöäó ÇáØøóíøöÈö æóãóÇ ßóÇäó Çááøóåõ áöíõØúáöÚóßõãú Úóáóì ÇáúÛóíúÈö æóáóßöäøó Çááøóåó íóÌúÊóÈöí ãöäú ÑõÓõáöåö ãóäú íóÔóÇÁõ ÝóÂãöäõæÇ ÈöÇááøóåö æóÑõÓõáöåö æóÅöäú ÊõÄúãöäõæÇ æóÊóÊøóÞõæÇ Ýóáóßõãú ÃóÌúÑñ ÚóÙöíãñ
dir="ltr">"Allah tidak sekali-kali akan membiarkan orang-orang yang beriman dalam keadaan yang kamu ada sekarang (bercampur aduk mukmin dan munafik, bahkan Dia tetap menguji kamu) sehingga Dia memisahkan yang buruk (munafik) daripada yang baik (beriman) dan Allah tidak sekali-kali akan memperlihatkan kepada kamu perkara-perkara yang ghaib akan tetapi Allah memilih dari RasulNya sesiapa yang dikehendakiNya (untuk memperlihatkan kepadanya perkara-perkara yang Ghaib itu). Oleh itu berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasulNya dan jika kamu beriman dan bertakwa, maka kamu akan beroleh pahala yang besar. " [surah Aali-Imran : 179].

Beberapa cara yang boleh kita lakukan :-

a. Banyak2 bersabar. Sentiasa ingat bahawa Allah sentiasa bersama orang yang sabar

b. Bercakap apabila perlu sahaja. Elakkan dari bercakap perkara yang tidak ada kena mengena.

c. Banyakkan beritstigfar kepada Allah. Selalu pesan kepada diri sendiri bahawa Allah swt akan mengampunkan dosa-dosa orang-orang yang di diduganya.

d. Redha dengan tekanan-tekanan yang berlaku. Berbanyakkan berzikir kepada Allah. Tekanan2 atau dugaan2 itu menandakan Allah mahukan kita sentiasa mengingati dia.

e. Banyak melakukan amalan sunat - eg: solat, berpuasa, bersedekah.

f. Meluangkan diri dengan kerja-kerja amal; seperti berdakwah, majlis ilmu dsb. Aktiviti ini akan mengelakkan kita dari berbicara perkara yang menyakitkan kita. Contohnya : cuba melupai masalah di pejabat.

g. Bersahabat dengan orang yang baik-baik, wara', berilmu dsb. Pastikan persahabatan ini benar2 ikhlas. Bersama-sama mereka ini akan mengurangkan kesengsaraan kita.

Mengasingkan diri dari mengelakkan pertentangan/pergaduhan tidak ada salahnya didalam Islam. Contohnya: kita hanya bercakap bila perlu sahaja. Kita tidak boleh mengasingkan diri secara mutlak : terus lari dari masyarakat. Kita memerlukan masyarakat. Disana kita bertemu untuk memperolehi ilmu, kawan2 dan sebagainya. Pengasingan disini adalah dengan tujuan menggelak dari melakukan dosa, sakit hati dsb.

Syiekh Abdul Kareem al-Khudayr pernah ditanya mengenai seseorang itu ingin menumpukan perhatiannya kepada melakukan ibadat2 sunat semata-mata dirumah. Beliau mengatakan, jika perbelanjaan anak-isteri tertanggung, tidak mengabaikan tugas harian sebagai pekerja, bapa dsb, maka ia dibenarkan menumpu perhatian kepada amalan2 sunat dirumah. Namum ia tidak boleh mengabaikan amalan2 solat berjemaah dan menghadiri majlis ilmu. WA.

Sekian, wassalam

خيرالأمين