:salam
Boleh tak pastikan sumber kenyataan nih:
Info Fiqh - Diriwayatkan oleh Abu Daud "Nabi SAW melihat seorang
lelaki menunaikan sembahyang dua rakaat setelah menunaikan sembahyang
subuh. Lalu Nabi SAW menegur dengan sabdanya: Sembahyang subuh (hanya)
dua rakaat sahaja. Lelaki itu berkata: Saya belum lagi sembahyang dua
rakaat (yang disunatkan) sebelum sembahyang subuh, maka saya
melakukannya sekarang, lalu Rasulullah saw mendiamkan diri" .........
Diamnya Rasulullah saw ini dianggap satu iqrar (pengakuan) drpd
Baginda saw bahawa sembahyang sunat qabliyah adalah disyariatkan yakni
dibernarkan dilakukan selepas sembahyang subuh bagi mereka yang tidak
sempat menunaikannya sebelum menunaikan sembahyang subuh. (Petikan
dari Kitab Fikah Mazhab Syafie, Jilid 1,Pustaka Salam 2005. M/S 19)
Sebab saya dah rujuk 2 link pasal solat sunat lepas subuh dalam al-ahkam punye forum dan kedua2 link dibawah menyebut tidak ada solat sunat lepas subuh.
Jadinya kitab di atas tu salah atau tidak wujud sebenarnya atau macam mana? Harap boleh bantu.
Jazakumullah.
Wassalam
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan hambaMu dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.
Waktu selepas subuh itu (sebelum matahari naik) tidak dibenarkan solat-sola sunat, kecuali Solat sunat yang mendatang; seperti Solat Tahiyatul Masjid, Solat Gerhana, Solat Jenazah, Solat Qada' dsb. Solat Dhuha hanya boleh dilakukan apabila matahari telah naik, kira2 20minit selepas waktu Syuruq.
Kami petik kembali hadit yang enta kemukakan :-
Ibn Qudamah rh didalam komentarnya mengatakan bahawa disebabkan Nabi mendiamkan diri maka qadha' solat sunat pada waktu yang ditegah dibenarkan. [al-Mughni. 2/532]. Solat sebelum Subuh ini mempunyai fadhilat yang besar, dan Nabi :saw walaupun didalam permusafiran tidak pernah meninggalkan Solat Sunat sebelum Fajar. Bagi mereka yang terlepas Solat Sunat sebelum Fajar, dibenarkan Qadha' solat tersebut sebaik-baiknya selepas Solat Subuh. Secara umumnya, Imam Syafie juga membenarkan mengqada' mana-mana solat pada waktu yang diharamkan bersolat.
Kesimpulannya, solat yang dilakukan didalam hadith diatas adalah solat sunat sebelum subuh, akan tetapi lelaki tersebut tidak sempat melakukannya, lalu ia mengqada'kan solat tersebut selepas solat subuh. Hadith ini juga menunjukkan bahawa Solat Sunat boleh di qada' pada waktu yang diharamkan bersolat (satu pengecualian). WA.
Sekian, wassalam.
خيرالأمين