Assalamualaikum wbt
soalan saya, apakah konsep yg digunakan oleh Bank Islam dalam personal finance? Saya baca Bank Islam website, utk personal finance hingga 50,000, maka yg kita kena bayar balik adalh fixed rate 5-6% gitu. Apa yg saya faham, kalau kita pinjam something, maka kita bayar bayar balik dgn nilai yg sama. Sebab bende ni semestinya diapprove oleh majlis syariah bank islam, saya nak tahu apa konsep yg digunakannya.
Ini berbeza dgn konsep beli kereta/rumah, di mana bank islam guna konsep dia beli kereta/rumah tu, dan jual balik kpd kita dgn harga yg lebih tinggi, mengambil kira harganya lepas kita habis bayar, which is 20 years afterward.
terima kasih.
assalamualaikum.
Pasal personal finance tu, saya dah baca pasal jawapan thtl dan uzar dalam salah satu soal jawab. sangat berpuas hati dan clear. Rumusannya, saya perlu berhati hati dalam menggunak pinjaman personal loan yg menggunakan konsep Bai Al-Inah. Lebih elok saya menggunakan personal loan yg diberitahu tujuannya (spt anjuran UZAR). Maaf, saya tak dapat delete soalan saya tersebut, ataupun mengeditnya.
Mengikut laman web HSBC amanah, mereka menggunakan konsep tawaruq (reverse murabahah), di mana kita beli barang drp mereka (metal = rm50,000). KIta bayar balik ikut ansuran (rm56,000 in total). In the mean time, diorang jual metal tu kat org lain bagi pihak kita dgn harga rm50,000. Hasil jualan tu dimasukkan dalam akaun kita. hasil akhir: kita ada duit dalam bank kita rm50,000, dan kita kena bayar balik rm56,000. Diorang memang guna metal betul utk urusan jual beli ni ker? ataupun itu urusan atas angin yg mementingkan hasil akhirnya sahaja?
terima kasih.
:wassalam
al-Jawab:
Oleh kerana anda telahpun jelas akan konsep Bai' al-Inah yang diamalkan oleh perbankan syari'ah Malaysia, anda bertanyakan pula mengenai Jualan al-Tawaruq. Menurut syara', pembeli tawarruq hendaklah benar-benar memiliki metal tersebut, maksudnya ada bukti pembelian dan dia melihat keujudan metal tersebut. Jika urusan pembelian dan penjualan metal tersebut tidak jelas, maka ia jatuh syubhah. Kami tidak pernah mencuba skim jualan tawarruq ini dari mana-mana perbankan syari'ah termasuk dari bank HongKong seperti yang anda nyatakan, maka kami tidak dapat buktikan bentuk transaksi jual-beli metal tersebut. WA