:salam
Sila klik:
1. http://www.anamuslim.com.my
2. http://www.alwancomics.com/
Itu dua contoh Komik Islamik yang saya pernah jumpa.
Terdapat hadith shahih Bukhari berkenaan larangan melukis gambar mahkluk bernyawa. Bagaimana sebenarnya cara membolehkan gambar mahkluk bernyawa dilukis? Jika melukis sebahagian saja contohnya kepala hingga paras dada, tidak sempurna hingga ke kaki, adakah ia juga dilarang?
Syukran.
:wassalam
hadith2 sahih memberi petunjuk bahawa larangan adalah berkaitan ukiran atau membuat patung yang berjasad dan berbayang.
maka melukis adalah perkara yang berasingan dan ia pelru dilihat dalam sudut lain iaitu : adakah di dalamnya ada gambar yang bermesej atau gambar yg mnyalahi syariat.
wallahu a'lam.
Assalamu'alaikum. Sedikit tambahan.
Syiekh Dr Yusuf al-Qardhawi didalam fatwanya mengatakan bahawa penggunaan lukisan kartun adalah diperbolehkan melebihi gambar fotografi biasa. Berikut adalah penjelasan beliau :-
Ringkasan fatwa :-
"1. Kartun yang dilukis adalah khas bentuknya; bentuknya tidak menyerupai semua objek penghiduoan sebenar.
2. Kartun di gunakan untuk tujuan dakwah, pelajaran dan kebudayaan, lebih-lebih lagi kanak-kanak sangat tertarik kepadanya dan selalu menonton program (kartun) tersebut.
3. Dunia barat telah lama menggunakan kaedah ini didalam menerapkan budaya kedalam minda semua kanak-kanak didunia Islam, dimana sudah sampai tahap tidak boleh merenggangkan kanak-kanak dari menonton program kartun.
Bagi menghadapi pencerobohan budaya ini, kita hendaklah menyediakan alternatif lain bagi kanak-kanak Islam dengan siri yang mempunyai unsur-unsur tarikan dan juga unsur-unsur pendidikan. Kita hendaklah menggunakan metod-metod yang sesuai untuk kanak-kanak dan remaja didalam mengajar nilai akhlak dan membentuk prinsip-prinsip and aqidah Islam didalam jiwa mereka.
Malah, saya melihat dengan semua alasan ini, kita hendaklah memasuki peperangan media ini dengan menggunakan senjata penzahiran agama, budaya dan tradisi kita. Adalah menjadi Fardu Kifayah bagi masyarakat kita untuk terjun dan menguasai bidang seni kreatif ini. Artis Muslim yang komited yang specialise didalam bidang ini hendaklah digembelingkan tenaga mereka bagi mengeluarkan program-program yang berfaedah dan terbitan bersiri seperti ini. Pihak-pihak berkuasa dan dermawan Islam hendaklah membantu mereka didalam menyampaikan mesej yang berguna dan wajib ini. Moga-moga Allh memberkati sumbangan mereka didalam kerja mulia ini"
Demikian pandangan Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi yang menekankan betapa perlunya memperbanyakkan siri-siri kartun Islam yang berbentuk mendidik akhlak, budaya dan agama didalam minda kanak-kanak kita. Disebabkan fenomena kartun ini tidak dapat dielakkan, umat Islam hendaklah mengambil peluang dan kaedah ini bagi menarik minat kanak-kanak kepada Islam.
Sekian, wassalam
خيرالأمين