:salam
Moga kita dirahmati Allah,
Untuk fidyah kerana tinggal puasa yg masih belum diganti adalah satu cupak beras...jika 30 hari tinggal poser...yakni 30 cupak beras
30 cupak tersebut kepada 30 orang fakir miskin atau bleh 30 cupak tu hanya diberi kepada sorang jer fakir dan miskin????
Pohon penjelasan
Permasalahan tidak qadha' puasa sehingga masuk ramadhan yg lain. adakah kena bayar fidyah? ada khilaf;
1) Mazhab Malik, syafie, Ahmad: kena bayar fidyah.
2) mazhab Abu Hanifah: Tidak dikenakan fidyah.
rujukan: Majmuk 6/366, al-Mughni 4/400.
Pendapat Mazhab Hanafi iaitu tidak dikenakan fidyah dipilih oleh Imam Bukhari dalam kitab sahihnya.
Imam Bukhari menukilkan kalam setengah sahabat Ibn Abbas dan Abu Hurairah yg mengenakan fidyah jika lewat qadhak hingga masuk ramadhan lain. kemudian Bukhari berkata: "Dan Allah tidak menyebut tentang fidyah".
Syeikh Uthaimin juga mentarjihkan pandangan ini, kerana tidak ada dalil dari Quran dan Sunnah yg mewajibkan fidyah. Yang ada hanya pendapat sebahagian sahabat. Dan perkataan sahabat sekiranya bersalahan dengan zahir Quran, maka ia bukan hujjah.
Oleh itu kalam Abu hurairah dan Ibn Abbas ditafsirkan dengan makna: sunat beri fidyah.
(syarah mumti' oleh uthaimin 6/451)
Tetapi,
jika anda memilih pandangan yg mewajibkan fidyah, maka boleh diberikan keseluruhannya kepada seorang fakir miskin, sebagaimana fatwa sesetengah ulama. lagipun, tiada dalil khas berkaitan dengan masalah ini.
http://abuumair1.wordpress.com