assalamualaikum..kalau letak bunga atas tugu dan tabik hormat padanya dihukum haram kan?sila jelaskan boleh tak..?
bagaimana dengan menabbur,meletak bunga atas pusara atau kubur pula..adakah haram?..
Sumber Rujukan Islam Anda..
assalamualaikum..kalau letak bunga atas tugu dan tabik hormat padanya dihukum haram kan?sila jelaskan boleh tak..?
bagaimana dengan menabbur,meletak bunga atas pusara atau kubur pula..adakah haram?..
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba membantu dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.
Berikut adalah beberapa fatwa yang dikeluarkan oleh beberapa negeri di Malaysia.
sumber : http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_prosearch.asp?search=tugu
خيرالأمين
Ada yang cuba mengaitkan amalan menabur bunga atau meletakkan bunga dikubur merupakan amalan yang pernah dilakukan oleh Nabi :saw. Didalam sebuah hadith sahih meriwayatlan bahawa Ibn Abbas ra menjelaskan bahawa Nabi :saw melalui 2 kubur dan berkata - mereka sedang diseksa. Salah seorang dari mereka tidak prihatin dengan air kencing yang terkena pada pakaian dia. Dan seorang lagi pula suka menyebarkan gossip. Kemudian sambung Ibn Abbas ra :-
Alasan beberapa pandangan adalah pelepah tamar yang masih segar itu bertasbih membesarkan Allah swt. Imam Nawawi mengatakan bahawa ada dikalangan ahli tafsir menjelaskan firman Allah didalam surah al-Isra', ayat 44 ("dan tiada sesuatupun melainkan bang ertasbih dengan memujiNya"). Dikalangan mereka berpendapat bahawa setiap benda yang masih segar seperti pokok, bunga dsb, selama-mana ia tidak kering akan bertsabi kepada Allah.
Al-Khattaabi telah mengkritik perbuatan orang lain yang meletakkan daun segar atau seumpamanya diatas kubur diatas alasan mengikuti hadith tersebut. Apa yang terpenting adalah pohon do'a kepada Allah swt agar diringankan dosa-dosa mereka.
al-Lajnah al-Daaimah menjelaskan bahawa hadith tersebut khusus bagi Nabi :saw, kerana beliau diberi pengetahuan tentang azab yang dihadapi oleh mayat didalam kubur tersebut. Ini adalah kelebihan yang Allah berikan kepada Nabi :saw. Para sahabat pun tidak diriwayatkan melakukan perbuatan tersebut! Syiekh Abdul Aziz bin Baaz rh. mengatakan tidak dibenarkan sesiapa yang meletakkan bunga diatas kubur. [Majallat al-Buhuth al-Islamiyyah, 68/50]
Kesimpulannya adalah amalan meletakkan bunga diatas kubur itu bukanlah amalan yang sunatkan. Amalan ini tidak boleh dikaikan dengan hadith Nabi :saw yang meletakkan pelepah tamar diatas kubur kerana perbuatan tersebut adalah dikhususkan kepada Nabi :saw sahaja. WA.
Sekian, wassalam.
خيرالأمين