SJ-15-0018 : penerimaan nas..

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-15-0018 : penerimaan nas..

:salam

soalan saya berdasarkan dua keadaan di bwh:

1) kita sedia maklum, hanya mazhab syafie berpendapat batalnya wudhu' bila tersentuh wanita tanpa lapik berdasarkan pemahaman para fuqaha' syafie kpd dalil AQ..sedangkan di sana ada hadis nabi cium isteri sebelum solat tanpa berwudhu semula dan bbrp nas dalil sokongan..

2) pembahagian air musta'mal juga berdasarkan pendapat mazhab syafie sedangkan setahu saya ada hadis2 nabi berwudhu' dgn hanya menggunakan bekas kecil dan begitu juga dengan kata2 sahabat yang menerangkan bagaimana nabi berwudhu'..

soalannya: adakah hadis dan dalil yang disebutkan yang kontra kepada pendapat syafie tidak sampai kepada para ulama syafie atau pun ulama syafie tidak berhujah dgn hadis tersebut?? mohon penjelasan..
sekian :wassalam

SJ-15-0018 : penerimaan nas..

íÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

Apabila berlaku perselisihan yang muktabar di kalangan ulama dalam suatu masalah, contohnya ada 2 atau 3 pendapat, kita meyakini bahawa kebenaran hanya terletak pada salah satu pandangan sahaja. Yang lain adalah kesilapan sesetengah mujtahidin.

Berlaku kesilapan ulama dalam ijtihad mereka disebabkan banyak faktor; yg dibahas dalam 'Asbab Khilaf'. Antaranya:

- Seseorang alim itu tidak sampai kepadanya dalil.
- Dalil telah sampai kepadanya, tetapi dia tidak menganggapnya sahih
- Dalil sampai kepadanya, tetapi ketika fatwanya dia melupai dalil itu.
- Dalil sampai kepadanya, dan dia mengakui kesahihan dalil itu, tetapi kefahamannya atau tafsirannya berbeza dengan kehendak sebenar dalil.
- Dalil sampai kepadanya, tetapi dia iktikad dalil itu berlawanan dengan dalil lain yg lebih kuat.
- Dia berdalilkan dengan hadis yang dhaif, atau dalil yang sahih tetapi cara istidlal yang dhaif.

Banyak lagi faktor2 lain yang menyumbang kepada berlaku perselisihan antara mujtahidin.

Dalam contoh yg anda berikan, iaitu masalah batal wudhu', perselisihan antara Syafie dan jumhur juga disebabkan faktor2 di atas. Iaitu:
- Tafsiran Imam Syafie terhadap ayat Wudhu' Ãæ áÇãÓÊã ÇáäÓÇÁ berbeza dengan tafsiran jumhur. Jumhur menafsirkannya dengan jimak, tetapi Syafie menafsirkan dengan sentuhan kulit.
- Manakala hadis Nabi SAW cium Aisyah, ulama syafieyyah menafsirkan sebagai ciuman berlapik.

RUjukan:
- AlKhilaf Bainal Ulama. Syeikh Uthaimeen 9-27
- Asbab Ikhtilaf al-Fuqaha. Dr Hamd al-Shaa3idi

Wallahu A'lam.