assalamualaikum,
saya ada satu soalan kepada panel al ahkam.dalam harakah keluaran terbaru,Tuan guru nik abdul aziz ada membincangkan tentang kasyaf yang dimiliki oleh para wali Allah(ruangan artikel bertajuk Mauidzah).dalam artikel tersebut, beliau mendakwa sesiapa yang tidak mempercayai kasyaf seolah-olah dia menolak konsep nubuwwah itu sendiri.dalam artikel tersebut juga.beliau menceritakan tentang kelebihan para wali Allah yang mendapat keramat daripada Allah seperti dapat pergi ke Mekah pergi dan balik dalam masa satu hari dan beberapa contoh lain yang di luar akal manusia.
persoalannya,adakah kasyaf memang wujud dan memang adakah manusia yang mendapat kasyaf?
saya memohon jawapan daripada panel al ahkam.sekian,terima kasih.
Wa’alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.
Kasyaf wujud didalam pelbagai bentuk. Menurut Syiekh al-Islam Ibn Taimiyyah, terdapat 3 jenis Kasyaf (al-Safadiyyah, ms 187) :-
a. Kasyaf yang berlaku samada didalam sedar ataupun didalam mimpi. Ia berlaku apabila jiwa berjauhan sedikit dengan badan, samada akibat latihan rohani atau sebaliknya, Kasyaf ini dinamakan Kasyaf Psikologi. Ibn Qayyim menyifatkan Kasyaf ini sebagai kasyaf Juz’I, yang boleh dilakukan oleh orang Islam dan bukan islam.
b. Kasyaf yang kedua adalah khabaran yang diterima dari Jin atau Syaitan.
c. Kasyaf yang ketika merupakan yang dibawa oleh Malaikat. Ini merupakan tahap kasyaf yang tertinggi, Ia juga dikatakan Karaamah. Kasyaf jenis ini dikurniakan kepada hamba-hamba yang Allah kasihi.
Contohnya : Abu Bakr ra. pernah memberihau A’isyah bahawa isterinya mengandung anak perempuan. Begitu juga dengan peristiwa Umar ra. ketika didalam satu khutbah pada hari Jumaat, mengarahkan Saariyah menuju kearah bukit. Maka mereka dapati Saariyah telah pergi kearahbukit walaupun jarak diantara Umar dan Saariyah adalah 1 bulan perjalanan. (Madaarij al-Salikin, 3/227).
Bukti-bukti ini jelas menunjukkan ada dikalangan manusia yang Allah berikan kasyaf yang diilhamkan kepada mereka yang benar2 beriman dan bertaqwa, terutama dikalangan wali-walinya. Firman Allah swt :-
Kasyaf itu adalah kurniaan Allah swt, dan bukanlah barang yang boleh dicari. Manusia yang dikurniakan kasyaf merupakan mereka yang mantap rohani dan ilmu syariahnya, sebagaimana Abu Bakr ra dan Umar ra. Bak kata sebuah syair :-
æáã íÞÝ Úáì ÍÏæÏ ÇáÔÑÚö ÝÅäå ãõÓÊóÏÑÌ æÈÏÚÜÜí .
“Jika kamu melihat seorang lelaki terbang,
atau berjalan diatas air laut,
Akan tetapi tidak mematuhi\ dengan hudud dan syara’,
Maka sesungguhnya dia menuju kesesatan dan dia seorang pelaku bid’ah.”
Didalam syair lain pula yang pernah dinukil oleh Imam Syafie:-
Sekian, wassalam.
خيرالأمين