SJ-13-0428 : hukum sms calon artis pujaan

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0428 : hukum sms calon artis pujaan

:salam

mohon pandangan panel sekelian tentang undian sms akademi fantasia yg mengundi calon bukannya mengundi merebut sesuatu hadiah. Adakah sama seperti pengharaman perjudian undian hadiah bersms ?

syukran...

SJ-13-0428 : hukum sms calon artis pujaan

Bismillahi wal hamdulillah ,

Al-Jawab :

Hukumnya adalah ditegah , berdasarkan firman Allah swt dalam surah al-Maidah ayat : 2

æÊÚÇæäæÇ Úáì ÇáÈÑ æÇáÊÞæì æáÇ ÊÚÇæäæÇ Úáì ÇáÅËã æÇáÚÏæÇä æÇÊÞæÇ Çááå Åä Çááå ÔÏíÏ ÇáÚÞÇÈ

“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya.”

Ayat di atas jelas memberitahu kita bahawa , mengundi calon Akademi Fantasi yang menjadi penyumbang kepada perbuatan maksiat adalah dikatakan sebagai menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran kepada Allah swt.Ini kerana program tersebut jelas telah menyimpang daripada landasan yang dibenarkan syarak.Sungguhpun perkara nyanyian adalah perkara yangdiperselisihkan hukumnya dikalangan Ulama , namun kaedah dan cara program tersebut dikendalikan adalah sebab utama yang menyumbang kepada hukum haramnya program tersebut.

Setiap perbuatan atau perlakuan yang menyumbang kepada perluasan dan penyebaran perkara-perkara yang ditegah dalam agama , maka hukum melakukannya juga adalah dilarang sama sekali.

WA

الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com