salam...
ana mempunyai kemusykilan tentang solat jamak....
bolehkan solat jamak dilakukan dirumah sama ada sebelum memulakan perjalanan atau selepas pulang dari perjalanan...
jika boleh dilakukan...bolehkah disertakan dengan dalil yg sahih..
perkara ini sgt penting terutama bagi ana yg tempat belajar yg sgt jauh dari rumah.... sbb kdg2 bas tak berhenti utk solat..
Wa’alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.
Persoalan ini telah banyak diperbincangkan didalam soal-jawab yang lepas, ‘alakulli hal, kami akan cuba menjawabnya lagi.
Solat Jama’ (tanpa Qasar / tanda memendikkan) di perbolehkan apabila wujudnya kesukaran; contohnya seperti sukar mencari tempat solat semasa didalam perjalanan. Dalilnya sebagaimana yang umum ketahui, Sabda Nabi :saw diriwayatkan dari Ibn 'Abbas ra : berkata :
Firman Allah swt :
Didalam kes saudara diatas, kesukaran untuk bersolat didalam perjalanan juga boleh menyebabkan solat dijama'kan. Syeikh Mohammad Salih al-Munajjid juga pernah menyatakan hal ini :-
Menurut Syiekh Ibn Utsaimin rh :-
Solat Jama’ sebelum perjalanan diperbolehkan jika terdapat kesukaran untuk bersolat semasa didalam perjalanan. Solat Jama’ ini dilakukan tanpa menqasarkan (memendikkan) solat tersebut, kerana permusafiran belum dimulakan lagi. Begitulah juga keadaan seseorang yang pulang dari permusafiran yang tidak dapat menunaikan solat, maka diperbolehkan menjama’kan solat tanpa mengqasarkannya. WA.
Sekian, wassalam
خيرالأمين