assalam mualaikum wrt
nak tanya beberapa masalah yang merunsingkan dengan berdasarkan alquran dan hadis.
boleh tak saya susukan anak angkat kepada kakak saya? macam mana aurat dia bila dah besar nanti antara keluarga saya dan bolehkah suami saya menjadi wali bila dia nak kahwin nanti? dan macam mana hubungan dengan adik beradik saya?
sebab kakak saya tak boleh susukan anak angkat dia itu.
sekian jazakaAllahu khairan kathiran.
:salam
ÈÓã Çááå¡ æ ÇáÍãÏ ááå¡ æ ÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå¡ æÈÚÏ:
Anak susuan adalah sama dengan anak kandung dan terbatas kepada persoalan aurat , haram dinikahi , dan pergaulan sahaja.Ada pun dalam hal-hal perwarisan dan perwalian dalam pernikahan , ianya tidak dibolehkan.Wali pernikahannya mestilah terdiri dari orang yang mempunyai hubungan nasab dengan anak tersebut seperti ayah kandungnya , datuknya dan sebagainya .Ini kerana hubungan nasab adalah lebih kuat daripada hubungan persusuan.
Jelasnya , anak susuan adalah setaraf dengan anak kandung dari sudut kemahramannya sahaja.Iaitu boleh memandang kepada auratnya , bergaul seperti adik beradik kandung , dan haram dinikahi seperti mana hadis Rasulullah saw :
íÍÑã ãä ÇáÑÖÇÚÉ ãÇ íÍÑã ãä ÇáäÓÈ
“Haram hukumnya (saudara susuan) sebagaimana haramnya (saudara) senasab.
(HR Imam Bukhari : 2645 , Iman Muslim : 1447)
Berdasarkan kepada hadis di atas , maka hubungan anak susuan dengan saudara mara ibu susuannya adalah sama dengan anak kandung kepada ibu susuannya itu.Begitu juga hubungannya dengan saudara mara suami kepada ibu susuannya.
WA
الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com