Apakah seseorang itu dikira murtad seandainya dia berkata jika dia buat atau tidak buat sesuatu... nescaya dia akan jatuh murtad.. sedangkan hati dia beriman pada allah
sebagai contoh... seseorang itu bernazar jika dia gagal didalam peperiksaan.. da akan jatuh murtad sekiranya dia meninggalkan sembahyang.. sedangkan pada hakikatnya dia masih islam... adakah hukum murtad jatuh ke atasnya sisebabkan nazarnya itu..?
Bismillah, Walhamdulillah...Amma Ba'd :
Gagal atau lulus dalam peperiksaan adalah bergantung kepada usaha dan takdir Allah Taala. Anda tidak perlu bernazar atau berniat seperti di atas. Kata-kata kufur bukan satu mainan.
Manakala kes kedua, berkenaan solat. Sebagaimana kita semua tahu solat adalah tiang agama, saudara tidak boleh meninggalkan solat. Hukum meninggalkan solat amat berat dan berlaku khilaf panjang di kalangan ulama berkenaan masalah ini.
Sekiranya dia meninggalkan solat (selepas bernazar seperti di atas) mudah-mudahan dia tidak akan menjadi kafir kerana tujuan asal bernazar begitu sebenarnya adalah untuk menghindari diri dari melakukan maksiat tersebut (maksiat meninggalkan solat).
Namun wajib anda membayar kaffarah sumpah atau nazar sama ada memberi makan 10 orang miskin, atau memberi pakaian kepada mereka, atau membebaskan hamba. Jika tidak dapat lakukan, maka hendaklah berpuasa.
Nasihat saya, saudara hendaklah menjaga lidah dari membuat nazar dengan kufur. Kerana ia sangat berbahaya. Saudara hendaklah bertaubat kepada Allah Taala. Jagalah sembahyang kerana sembahyang merupakan rukun Islam. Wallahualam
Sila rujuk
(http://www.islamtoday.net/fatawa/quesshow-60-38794.htm)
(http://www.islamtoday.net/fatawa/quesshow-60-16097.htm)