:salam
Maaf ustaz ana dah cuba cari dalam arkib tapi tidak bertemu jawabannya.
Mengenai salam makmum di akhir solat:
1. Kebiasaan di tempat kita makmum akan terus memberi salam ke sebelah kanan sebaik sahja Imam memulakan salam ke dua ke sebelah kiri (Imam belum menghabiskan salam kedua).
2. Ana lihat solat jemaah di Masjidil haram makmum memulakan salam selepas Imam selasai memberi kedua-dua salam.
Soalan ana:-
Adakah yang No. 1 dianggap mendahului Imam.
Adakah perbezaan ini juga satu perkara khilaf?
Apakah dalil yang jelas untuk diikuti.
JKK
:wassalam
ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ
Imam Nawawi menukilkan kesepakatan bahawa dibolehkan makmum memberi salam selepas imam selesai memberi salam yang pertama.
Cuma khilaf pada yang mana lebih utama; memberi salam selepas imam selesai memberi salam pertama, atau selepas imam selesai memberi salam kedua. (Majmuk 3/483).
Maka, kedua-dua kaifiyat adalah harus.
Dan permasalahan ini juga sama dengan makmum yang masbuq, adakah afdhal bangun selepas imam memberi salam pertama, atau selepas salam kedua.
Wallahu A'lam
http://abuumair1.wordpress.com