salam,
apakah maksud apabila selesai berjemaah fardu Isyak, jemaah berpindah tempat sembahyang (yakni samada ke kiri, ke kanan, ke belakang atau ke depan saf) untuk menunaikan solat sunat Isyak?
musykil. terima kasih
Sumber Rujukan Islam Anda..
salam,
apakah maksud apabila selesai berjemaah fardu Isyak, jemaah berpindah tempat sembahyang (yakni samada ke kiri, ke kanan, ke belakang atau ke depan saf) untuk menunaikan solat sunat Isyak?
musykil. terima kasih
بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد
Di dalam Fatwa Lajnah Daemah, KSA, "Apabila seseorang Muslim mahu melakukan solat sunat selepas sembahyang fardhu, tidak ada masalah jika dia lakukannya di tempatnya (tempat dia solat fardhu), atau dia beralih tempat lain di masjid. Kalau dia bersolat di rumahnya, ia lebih afdhal". (no: 11002).
Di dalam fatwa no: 6505, jawapan bagi soalan no: 25 menyebut, "Tidak sabit hadis tentang perbuatan itu (berpindah tempat untuk melakukan solat sunat) daripada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam -setakat yang kami ketahui- dan perkara ini terbuka luas (boleh beralih tempat atau tidak beralih). Dan Ibn Umar r.a melakukannya.
Sebahagian ulama yang mengatakan sunat beralih tempat berdalilkan dengan hadis Muawiyah r.a:
فإن رسول الله صلى الله عليه و سلم أمرنا بذك أن لا توصل صلاة بصلاة حتى نتكلم أو نخرج
Maksudnya: "Sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alahi Wasallam memerintahkan kami melakukannya, iaitu tidak menyambung satu solat dengan solat yang lain sehingga kami bercakap atau keluar". Direkod oleh Muslim (no: 883).
Wallahu A'lam.
http://abuumair1.wordpress.com