SJ-07-0203 : Pelbagai Selawat

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-07-0203 : Pelbagai Selawat

:salam

Pada masa ini terdapat beberapa jenis selawat seperti syifa', ummiyi etc. Maka ia menjadi kekeliruan kepada ummat kerana sebahagian menerima dan sebahagian menolaknya

soalannya

1) adakah memuji nabi dikira selawat secara umum?
2) selawat manakah yang betul2 terdapat dalam hadis yang sahih?.... minta diberikan lafaznya agar senang dibuat rujukan
3) apakah status selawat2 yg lain yang selalu diamalkan seperti tafrijiyyah, syifa' , ummi dll ?
4) sampai tahap bid'ahkah kalau menambah sayyidina dalam selawat kerana setahu saya ... sayyidina dalam selawat tidak terdapat dalam hadis

jawapan daripada panel al-ahkam amatlah dihargai

terima kasih.

Re: Pelbagai Selawat

Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan ini dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.

Isu selawat keatas Nabi :saw ini acap kali ditimbul persoalannya, apakah selawat-selawat yang masyhor seperti Selawat Syifa’, Tafjiriyyah, dsb boleh diamalkan ataupun tidak? Polemik selawat ini selalu dikaitkan dengan amalan bid’ah hasanah. Mereka yang mengamalkan selawat ini pun bukanlah sebarangan orang, malah mereka terdiri dari pada ulama’-ulama’ yang terkenal dizaman mereka. Apabila terdapatnya 2 kumpulan yang menerima dan yang menolak selawat-selawat ini, maka kita tidak boleh mudah-mudah membid’ahkan amalan tersebut.

Pokok perbincangan berkisar kepada, apakah selawat ini boleh di reka atau ditambah oleh manusia? Bagi yang menolaknya akan berkata, selawat adalah ibadat, maka ibadat itu harus mendapat petunjuk ataupun dalil dari Nabi :saw. Bagi mereka yang membolehkan berkata, selawat yang bukan didalam solat, boleh ditambah sebagaimana yang dilakukan oleh para ulama’, yang biasanya terdapat didalam muqaddimah buku penulisan mereka. Bagi mereka, usul ada menyebut meninggalkan sesuatu bukan dalil pengharamannya, dengan maksud, walaupun Nabi tidak melakukan, tidak semestinya baginda melarang.

Al-Hafiz Ibnu Hajar didalam komentar beliau terdapat penambahan ‘saidina’ didalam selawat, beliau mengatakan tidak boleh menambah kepada kalimat yang ma’thur (yang mempunyai dalil) . Dengan erti kata lain, selain dari selawat yang ma’thur sepertimana yang di ajar didalam tashahud, wujud juga selawat yang tidak ma’thur (yang tidak berdasarkan dalil) menurut pandangan mereka.

Terdapat juga didalam kitab Tahzib al-Athar menceritakan bahawa Ali bin Abu Thalib ra. pernah mengajar mereka mengenai selawat keatas Nabi :saw yang agak panjang. Begitu juga kisah yang menyebut bahawa Imam al-Syafie rh. mempunyai selawatnya sendiri dengan lafaz :-

اللهم صل على محمد كلما ذكره الذاكرون
“Ya Allah, berilah rahmat kepada Nabi Muhammad selama mereka yang berzikir mengingatinya”

Kisah ini ada diriwayatkan oleh Ibn Asaakir didalam Tarikh Dimashq (51/437) dan Ibn Jauzi dialam Al-Muntazam fi Tarikh. Rujukan ini bukan untuk dijadikan dalil, akan tetapi menjelaskan akan fakta sejarah kewujudan selawat-selawat seperti ini yang diamalkan oleh ulama.

Perkara yang boleh di kompromi adalah :-

a. Tidak berlakunya penambahan didalam selawat yang ma’thur, seperti selawat Ibrahimiyyah
b. Selawat yang tidak ma’thur itu hendaklah dilihat kepada kandungan agar tiada unsur syirik.

Q1 : Selawat adalah jama’ kepada perkataan solat dan dari segi bahasa ia bermaksud do’a. Dalam konteks ini, selawat bermaksud membesar dan mengagungkan junjungan kita Muhammad :saw dengan menggunakan sighah-sighah tertentu. Selawat merupakan ibadat sebagaimana firman Allah swt :-

“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya selawat kepada Nabi. Hai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya” [Surah al-Ahzab : 56].

Q2 : Selawat yang terdapat didalam hadith adalah sebagaimana yang dibaca didalam solat sewaktu tashahud.

كيف نصلي عليك ؟ قال: " قولوا : اللهم صل على محمد وعلى آل محمد، كما صليت على إبراهيم وعلى آل إبراهيم إنك حميد مجيد ". .
"Bagaimanakah cara kami berselawat keatas kamu? Kata baginda : Kamu katakanlah : Allahumma shalli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad, Kama Shallaita 'ala Ibrahim wa 'ala ali Ibrahim Innaka Hamidu Majid." [Hadith Sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Q3 : Status selawat2 ini hendaklah dilihat pada isi kandungannya. Status selawat Syifa’ dan Tafjiriyyah telah dijawab oleh Dato’ Dr Haron Din. Sila lihat tautan dibawah :-

http://www.darussyifa.org/audio/PenjelasanTentangSelawatSyifa&Tafrijiyah.rm

http://www.darussyifa.org/audio/PenjelasanTentangSelawatSyifa&Tafrijiyah.zip

http://www.darussyifa.net/Audio/PenjelasanTentangSelawatSyifa&Tafrijiyah.rm

http://www.darussyifa.org/modules.php?name=News&file=article&sid=18

Q4 : Sebagaimana pendapat Al-Hafiz Ibnu Hajar, didalam selawat yang ma’thur usah ditambah kalimat ‘saidina’, lebih-lebih lagi didalam solat. Pandangan ini dapat mengeluarkan kita dari khilaf. Lakukan selawat sebagaimana hadith Bukhari dan Muslim (sebagaimana dlm Q2).

Sekian, wassalam

خيرالأمين