SJ-2331: Slogan Perniagaan: Customer is always right!

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2331: Slogan Perniagaan: Customer is always right!

Assalamualaikum...

Bagaimanakah pandangan Islam terhadap konsep "Customer Is Always Right" ?

Re: SJ-2231: Slogan Perniagaan: Customer is always right!

:wassalam
Jawab:
Slogan di atas berasal dari program CRM (Customer Relation Management atau Pengurusan Hubungan Pelanggan):
Customers are always right; Para pelanggan selalunya benar
Customers are never wrong; Para pelanggan tidak pernah salah
Customers are the experts; Pelanggan adalah pakar
Customers are the Kings; pelanggan adalah Raja.

Itu adalah slogan2 dalam program CRM terutama dalam syarikat yg berorientasikan servis (perkhidmatan) spt pelancungan, perhotelan, aviation, restoren, dsbnya.

Sebelum kita melihat pandangan Islam, slogan kemutlakan pelanggan ini tidak diterima sepenuhnya oleh ahli2 perniagaan di Barat maupun Eropah atau Jepun. Slogan Pelangan sentiasa di pihak yg benar ditolak oleh sebahagian ahli perniagaan Barat atas empat sebab:
a. Habitual (sifat tabi'iy segelintir manusia atau pelanggan) memang suka komplen dan tidak pernah ada sifat cukup atau puas. Sentiasa komplen itu memang sifat dia.
b. Intentional (Unsur kesengajaan) pelanggan dalam membuat komplen kerana ada motif yg buruk. Cthnya mereka membubuh rambut dalam sup yg dihidangkan kerana tidak mahu membayar bil.
c. Fun/false Alarm (ada segelintir pelanggan yg sengaja membuat aduan pelanggan) kerana ada sifat ingin menimbulkan keributan pada organisasi itu. Cth: aduan palsu pada talian 999
d. pelanggan yg genuine atau benar2 ingin mengadu mengenai aduan pelanggan hanyalah 5% saja dari jumlah pelanggan.
(Ron Kaufman, Ups Your Service, 2002)

Pandangan Islam: memberi yg terbaik kepada pelanggan adalah sebahagian dari sifat IHSAN (profesionalisme) yg dianjurkan oleh Islam. HR Muslim (Sahih: 3/1508 # 1955) " Allah menyuruh bersikap ihsan (profesional) dalam semua perkara." Semua ini dilakukan dengan ihsan bukan dgn melampaui batas. Sikap melampau ini ditegah oleh alQur'an:
" janganlah kamu melampaui batas, kerana Allah sesungguhnya tidak suka kpd orang2 yg melampaui batas." AQ 2: 190;
Pada ayat 195 surah yg sama:
"..dan berbuat ihsanlah (profesional) kerana sesunguhnya Allah menyukai orang2 yg berbuat ihsan." (2:195)

Adapun sikap bisnessman dan pengguna/customer dalam Islam ialah sebagaimana kata Hujjatul Islam alGhazali ra (Ihya: 2/72) yg memetik hadis Bukhari dari Jabir ra," semuga Allah merahmati orang yg mudah dalam menjual, mudah dalam membeli, mudah dalam menunaikan kwajiban dan mudah dalam menuntut hak."
Rumusan: Slogan "customers are always right" adalah slogan yg berasal dari program CRM Barat yg mana ethos kerja mereka ialah mengalahkan pesaing2 mereka dan membolot pelanggan. Slogan ini mendapat kritikan dari sebahagian mereka sendiri dan Islam melihat memberi yg terbaik kpd pelanggan itu adala sebahagian dari sifat ihsan, tapi ia dilakukan dgn neraca Islam yakni tidak melampaui batas. WA