SJ – 2342 : WANG HARAM : KE MANAKAH PATUT DISALURKANNYA ?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ – 2342 : WANG HARAM : KE MANAKAH PATUT DISALURKANNYA ?

assalamualaiukum ustad,

di sini saya ada satu kemusykilan.apakah yang perlu dilakukan oleh seseorang yang telah memenangi sejumlah wang hasil loteri, kemudian dier menyesal di atas perbuatannnya itu.dier belum sempat menggunakan walau satu sen pun duit itu.ke manakah duit itu perlu disalurkan.sekian .

wassalam.

Re: SJ – 2342 : WANG HARAM : KE MANAKAH PATUT DISALURKANNYA


æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************
SJ – 2342 : WANG HARAM : KE MANAKAH PATUT DISALURKANNYA ? .

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada Saudari mawar_berduri di atas soalan yang diajukan . Kami mengucapkan tahniah di atas keprihatinan saudari terhadap masalah-masalah yang amat diambil berat oleh Islam .

AMARAN : Jawapan ini pasti akan menyebabkan sebahagian umat Islam TERKEJUT . Oleh itu anda semua dinasihati membacanya satu persatu dan dengan teliti dan cermat ! . Jangan tergopoh-gapah ye ! .

:grin:

DUIT LOTERI :

Loteri adalah salah satu bentuk perjudian yang sangat ditegah di dalam Islam . Tidak kiralah apa pun namanya hata jika diberi nama “ Loteri Kebajikan Masyarakat “ maka nama itu sama-sekali tidak boleh “ mensucikan “ loteri itu daripada sifatnya sebagai permainan yang haram dan sumber duit haram .

Allah Ta’ala berfirman di dalam ayat 90 – 91 Surah al-Maidah :


íóÇ ÃóíøõåóÇ ÇáøóÐöíäó ÂãóäõæÇú ÅöäøóãóÇ ÇáúÎóãúÑõ æóÇáúãóíúÓöÑõ æóÇáÃóäÕóÇÈõ æóÇáÃóÒúáÇóãõ ÑöÌúÓñ ãøöäú Úóãóáö ÇáÔøóíúØóÇäö ÝóÇÌúÊóäöÈõæåõ áóÚóáøóßõãú ÊõÝúáöÍõæäó

Ertinya : “Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar ( minuman yang memabukkan ) , berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah , adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. “ .


ÅöäøóãóÇ íõÑöíÏõ ÇáÔøóíúØóÇäõ Ãóä íõæÞöÚó Èóíúäóßõãõ ÇáúÚóÏóÇæóÉó æóÇáúÈóÛúÖóÇÁ Ýöí ÇáúÎóãúÑö æóÇáúãóíúÓöÑö æóíóÕõÏøóßõãú Úóä ÐößúÑö Çááøåö æóÚóäö ÇáÕøóáÇóÉö Ýóåóáú ÃóäÊõã ãøõäÊóåõæäó

Ertinya : “Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu) “ .

Judi dan loteri itu bukan sahaja sekadar DOSA malahan ianya adalah di antara DOSA BESAR yang mewajibkan si pelakunya bertaubat bersungguh-sungguh ( Taubat Nasuha ) kepada Allah Ta’ala Yang Maha Gagah Lagi Maha Pengampun .

************************

BAGAIMANA PULA DENGAN DUIT HARAM ITU ? :

Sering timbul persoalan di pemikiran kita : “ Bagaimana pula dengan duit haram itu , adakah perlu dibiarkan begitu sahaja ataupun dimusnahkan ( dibakar misalnya ) ? “ .

Jawapan Kami :

Duit yang didapati dengan dengan cara yang haram itu , sama ada ianya hadiah loteri , hadiah Who Wan’t To Be A Millionare ( Man Sayarbah al-Milyon ) , duit faedah bank ( termasuk dalam akaun simpanan ) dan sebagainya adalah HARAM dan KOTOR menurut ajaran agama kita .

HARAM ini menyebabkan ianya :

1 – Tidak boleh dimanfaatkan oleh mereka yang memenanginya ataupun yang mendapatinya .

2 – Tidak boleh digunakan sebagai nafkah kehidupan sehari-hari , nafkah rumah-tangga apatah lagi untuk belanja dapur dan pakaian atau membeli kediaman .

3 – Tidak boleh digunakan untuk membayar cukai ( tax ) walaupun kepada kerajaan yang zalim dan kafir.

Timbul persoalan di sini :

“ Mengapakah pula tidak boleh dimanfaatkan duit haram itu untuk membayar cukai kepada pemerintah yang zalim sedangkan mereka itu sendiri memang zalim ? . Dan bagaimana pula dengan kata sebahagian ustaz-ustazah bahawa duit haram itu tidak mengapa digunakan untuk membeli minyak petrol untuk kenderaan kita ? “ .

Jawapan Kami :

Duit haram itu adalah haram digunakan dan untuk dimanfaatkannya . Si pembayar cukai apabila membayar cukai dengan hasil duit haram itu bermakna dia sendiri telah memanfaatkan dan menggunakan duit haram .

Kalau duit haram itu digunakan pula untuk membeli minyak petrol ataupun diesel bagi kenderaan kita maka itu pun HARAM sebab itu termasuk di dalam bentuk memanfaatkan , mengambil faedah dan menggunakan DUIT HARAM .

Selagi ianya digunakan untuk KEPENTINGAN PERIBADI maka ia adalah HARAM sebab wang itu sendiri didapati daripada punca yang haram .

************************

JADI APAKAH PATUT DUIT HARAM ITU DIBIARKAN BEGITU SAHAJA ? :

Soalan ini kita jawab dengan bentuk mengajukan kembali soalan :

“ Apa akan terjadi apabila duit haram yang diperolehi itu dibiarkan begitu sahaja ? “ .

Jawapannya :

1 – Kalau duit haram itu adalah hasil faedah bank-bank konvesional , maka tidak boleh ( HARAM ) jika tidak diambil dan ianya hendaklah dikeluarkan daripada akaun simpanan kita . Kerana kalau kita membiarkan begitu sahaja kepada pihak bank-bank konvesional ( bank ribawi ) itu , maka pihak itu akan :

a – Menggunakan kembali faedah itu untuk lebih mengukuhkan lagi institusi kewangan berteraskan riba yang sudah jelas ianya dilarang oleh Islam . Maka yang miskin akan terus miskin ditekan oleh sistem ini dan yang kaya akan terus kaya dan mati dengan dipenuhi wang hasil haram .

Sekaligus ini bermakna kita telah menolong bank itu “ menyembelih “ umat Islam itu sendiri .

b – Menggunakan wang-wang faedah yang dibiarkan oleh umat Islam itu untuk membantu rumah-rumah kebajikan . Walhal kebanyakan rumah-rumah kebajikan ( ataupun persatuan amal kebajikan ) adalah dibawah pengaruh KRISTIAN dan YAHUDI seperti Lion Club dan Tiger Club di bawah pengaruh Freemason .

Jika dibiarkan , maka pihak bank ini tidak diragui lagi akan menggunakan wang itu untuk “ support “ rencana memurtadkan umat Islam ( Krsitianisasi ) dan sebagainya.

Ataupun wang yang dibiarkan itu akan digunakan untuk “ support “ musuh-musuh Islam memerangi umat Islam itu semula . Support Yahudi Israel untuk menyembelih rakyat Palestin . Support Komunis Russia untuk memerangi umat Islam Checnya . Dan support Tentera Amerika untuk melancarkan peperangan ke atas rakyat Iraq !!! .

Itulah senario yang berlaku di dalam negara-negara di Timur .

Maka betapa pula dengan mereka yang mempunyai simpanan di bank-bank konvesional di Barat , seperti di Citibank ??? .

Kalau DUIT LOTERI pula maka ianya tidak boleh juga dibiarkan begitu sahaja . Kalau dibiarkan ( tidak diambil ) , maka sudah tentu syarikat judi @ loteri itu akan menggunakannya untuk mengukuhkan lagi kedudukannya .

Maksiat sudah tentu akan lebih menjadi-jadi sehingga hasil wang judi itu boleh digunakan pula untuk membina sebuah kota di atas bukit dan membina pusat pelancongan dan golf ! .

Nasihat kita kepada mereka yang mendapat @ memenangi wang loteri ataupun faedah bank :

“ Ambilah duit itu dan salurkannya kepada umat Islam itu sendiri demi memenuhi keperluan mereka seperti membina masjid & surau , sekolah-sekolah , kemudahan-kemudahan awam , hospital & klinik dan sebagainya . Duit itu juga akan digunakan untuk membantu saudara-saudara kita yang ditindas seperti di Palestin , Checnya , Sudan dan di seluruh dunia “ .

************************

SOALAN :

“ Bagaimanakah boleh kita salurkan duit haram itu demi kemaslahatan ( kepentingan ) umat Islam walhal Allah Ta’ala itu Maha Baik Lagi Maha Suci dan Dia sekali-kali tidak akan menerima sebarang amalan melainkan yang suci dan baik ??? “ .

JAWAPAN KAMI :

Ya ! memang benar , Allah Ta’ala itu Maha Baik ( Suci ) dan Dia sekali-kali TIDAK AKAN MENERIMA melainkan yang baik-baik ( suci ) sahaja .Dan ini adalah berdasarkan sebuah hadis Sahih al-Imam Muslim rh [ Hadist ke-1015 ] .

Akan tetapi hadist itu adalah berkenaan dengan mereka yang hendakkan pahala sedekah ( dan zakat ) .

Ertinya jika seseorang itu hendakkan pahala sedekah maka dia mestilah memastikan bahawa duit dia benar-benar bersih .

Akan tetapi YANG KITA BINCANGKAN SEKARANG bukanlah dengan niat untuk bersedekah ataupun untuk memperolehi pahala hasil daripada sedekah kita itu ! .

Yang kita bicangkan sekarang ialah bagaimanakah kita hendak menyalurkan duit yang haram itu ? . Dan bagaimana pula hendak melepaskan diri daripada duit haram itu !.

Duit Haram sudah pasti tidak boleh mendatangkan pahala kepada tuan empunyanya .

Akan tetapi adakah semua duit haram itu bermakna ianya tiada faedah langsung ??? .

Siapa kata tiada faedah langsung ??? . Siapa kata ??? . Cuba fikirkan baik-baik ! .

Kalau tiada faedah langsung kenapa pula ianya boleh dimanfaatkan oleh musuh-musuh Islam sebagai mana yang telah kita jelaskan di atas ??? .

Duit Haram itu tidak mendatangkan pahala TIDAKLAH BERMAKNA ianya tidak boleh kita gunakan langsung untuk tujuan SELAIN sedekah dan kegunaan peribadi .

Ianya boleh digunakan sebagai BENTUK BANTUAN & PERTOLONGAN . Iaitu untuk menolong sesama umat Islam yang semakin hari semakin ditindas oleh kaum kuffar yang zalim dan kaum munafiqin yang licik ! .

Kita telah sebut juga bagaimanakah ianya boleh digunakan untuk membantu umat Islam .

Kalau duit haram itu dibakar ( demi untuk melepaskan diri daripada perkara-perkara yang haram ) maka ini bermakna KITA TELAH MELAKUKAN DOSA KUASA DUA ( DUA KALI MELAKUKAN DOSA ) . Dosa Pertama : Dosa kerana mendapatkan duit itu dengan cara dan daripada sumber yang haram . Dosa Kedua pula : Dosa mensia-siakan wang itu sedangkan umat Islam masih ramai memerlukan bantuan kewangan !!! .

Cukuplah dengan satu dosa sahaja , apa perlunya mengganda-gandakan dosa-dosa kita !? .

BEZAKAN DENGAN CERMAT DI ANTARA “ SEDEKAH “ DENGAN “ MEMBERI BANTUAN “ !!! .

Lagipun Duit Haram ( Riba , Loteri dan sebagainya ) adalah haram bagi si pemodalnya ( yang mendapatkannya daripada jalan haram ) akan tetapi ianya adalah Halal bagi mereka yang menerimanya .( seperti para fakir-miskin dan yayasan-yayasan kebajikan ) .

************************

SOALAN : “ AIK ! CAMNA PULA BOLEH JADI BEGITU ? “

“ Bagaimana pula boleh menjadi haram bagi satu pihak ( pemodalnya ) dan halal pula bagi pihak yang lain .( seperti para fakir-miskin dan yayasan-yayasan kebajikan ) ? “ .

JAWAPAN KITA :

Sebabnya :

Si penerima sebarang bantuan , sama ada berbentuk zakat , sedekah , sumbangan , hadiah , biasiswa dan seumpamanya TIDAK PERNAH DITUNTUT untuk bertanya daripada manakah sumber asalnya.

Kalau diselidik-selidik sudah tentu TIDAK AKAN seorang pun orang Islam yang terselamat daripada terkena debu-debu dan cebisan-cebisan duit haram ataupun wang syubhat ( yang diragui sama ada ianya halal ataupun haram ) .

Adakah seorang yang berkerja dengan sesuatu firma perlu menyelidik sampai ke akar-umbi daripada manakah dan bagaimanakah dia boleh menerima gajinya ? .

Adakah dia perlu bertanya kepada bossnya bagaimanakah duit itu “ roling “ dan kemanakah di”rolling”kan duit firma di mana dia berkerja ? .

Adakah seorang pelajar yang mendapat pinjaman pelajaran ( biasiswa ) daripada MARA , JPA , KP dan sebagainya perlu menyelidik terlebih dahulu daripada manakah sumber bantuannya itu ? .

Adakah perlu bagi kita yang menumpang kereta seseorang bertanya daripada manakah tuan kereta itu mendapat pinjaman pembeliaN kereta itu . Adakah dari bank konvesional ( bank yang berasaskan riba ) ataupun daripada bank yang berurusan tepat dengan kehendak syariah ? .

Perlukah kita bertanya kepada jiran yang menghadiahkan kita juadah berbuka puasa adakah juadah itu dibuat menggunakan wang yang halal ataupun haram ? , adakah suami / isteri jiran kita itu berkerja dengan gajinya 100 % bersih dan suci ? . Perlukah bertanya begini ? .

Perlukah seorang ‘amil zakat bertanya kepada orang yang hendak membayar zakat : “ Apakah kerja encik ? . Di manakah slip gaji encik yang menyatakan keluar-masuk wang syarikat encik secara detail ? . Adakah duit encik ini benar-benar bersumber daripada wang yang bersih 100 % ? “ .

TIDAK PERLU sebab kalau diselidik maka tidak akan seorang pun melainkan semuanya pasti akan terkena “ sentuhan “ duit haram . Paling tidak pun ( at least ) dia akan terkena juga “ duit syubhat “ .

KECUALILAH ( lain lah pula halnya ) jika kita sendiri yakin bahawa duit itu memang daripada punca yang haram ( seperti kita diberi zakat fi sabililLah oleh seorang tokey vcd lucah , oleh seorang tokoh korporat yang hanya berurusan dengan judi dan hiburan .

Akan tetapi jika dilihat pula senario umat Islam yang masih ramai yang berhajat kepada wang untuk berbagai tujuan , hatta untuk membebaskan negara mereka ( seperti Palestin dan Checnya ) , mendirikan sekolah-sekolah agama bagi komuniti muslimin di negara-negara Barat , menubuhkan kedai-kedai yang boleh menampung keperluan umat Islam dan sebagainya , maka TIDAK DAPAT TIDAK KITA MESTILAH memanfaatkannya demi kepentingan umat Islam.

Memanfaatkan untuk kepentingan sendiri ataupun untuk nafkah keluarga adalah HARAM .

Memanfaatkannya untuk kepentingan umat Islam dan kepentingan awam adalah HALAL .

Insya-Allah walaupun wang haram itu tidak menyebabkan kita boleh mendapat pahala sedekah , akan tetapi kita tetap akan mendapat pahala kerana :

1 – Menahan diri daripada menggunakannya demi kepentingan peribadi dan keluarga . Dan tidak syak lagi menahan diri daripada memberi nafkah kepada diri sendiri dan keluarga daripada duit haram adalah berpahala di sisi Allah Ta’ala .

2 – Menyekat pihak yang bermusuh dengan umat Islam daripada menggunakan wang hasil daripada modal umat Islam sendiri untuk sebarang usaha menghancurkan sendi-sendi kekuatan umat Islam .

3 – Menjadi “ orang tengah “ yang menyalurkan bantuan – sumbangan itu kepada pihak yang sepatutnya menerimanya .

************************
KESIMPULANNYA :

Semua bentuk duit haram HENDAKLAH disalurkan untuk kepentingan umat Islam dan masyarakat awam dan ianya TIDAK BOLEH SAMA-SEKALI dibiarkan berada di tangan pemilik asalnya kerana ia akan memanfaatkannya untuk tujuan peribadi .

Ianya TIDAK BOLEH juga dibiarkan terus berada di bank-bank konvesional kerana pihak bank itu akan menggunakannya pula untuk melumpuhkan dan memusnahkan kekuatan umat Islam .

Kalau saudara-saudari semua masih tidak tahu bagaimanakah hendak menyalurkannya kepada kepentingan umat Islam maka silalah hubungi al-Ahkam online . Insya-Allah kami tahu bagaimanakah hendak menyalurkan sumbangan saudara-saudari semua untuk kepentingan umat Islam . :smirk:

Jawapan ini bukanlah hanya rekaan saya sendiri dan bukanlah bid’ah yang dicipta oleh al-Ahkam online , akan tetapi ianya berasaskan fatwa-fatwa para ulama’ terkenal dahulu dan sekarang .

Sila lihat di Ruangan RUJUKAN & SARANAN BACAAN di bawah ini untuk penjelasan lebih lanjut .

Insya-Allah jika ada sesiapa yang hendak membantah alasan-alasan kami ini . Kami mempersilakannya . Mudah-mudahan bantahan-bantahan yang dikemukakan itu LEBIH BENAR & LEBIH RELEVAN sehingga kami boleh berpegang pula dengan bantahan-bantahan itu ! .


æ Õáøì Çááå Úáì ÓíøÏäÇ ãÍãøÏ æ Úáì ÂÇáå æ ÕÍÈå æ Óáøã æÇáÍãÏ ááå ÑøÈ ÇáÚÇáãíä

Sekian . Semoga Ada Manfaatnya Bersama .
Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .

************************

RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN


1- FATAWA MU’ASIROH

Oleh : Al-‘Allamah Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi ( ha )
Jilid ke-II , Halaman 409 - 414
Terbitan : Darul Qalam , Kaherah & Kuwait ( Edisi 1994 m ) .


2 - RULES OF SHARI’AH REGARDING FUNDS DEPOSITED IN INTEREST-BASED BANKS

Oleh : Al-‘Allamah Dr. Muzammil Sidqi ( USA )
http://www.islamonline.net/completesearch/english/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=3623


3 - ÃæÌå ÕÑÝ ÇáãÇá ÇáãßÊÓÈ ãä ÇáÍÑÇã

Oleh : Al-‘Allamah Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi ( ha )
http://www.islamonline.net/completesearch/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=1491

4 - SHOULD WE TAKE INTEREST MONEY OR LEAVE IT FOR THE BANK?
Oleh : Al-‘Allamah Dr. Monzer Kahf ( Kaunselor Ekonomi Umat Islam )
http://www.islamonline.net/completesearch/english/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=22183

5 - GIVING AWAY INTEREST MONEY FOR BUILDING A MOSQUE
Oleh : Al-‘Allamah Dr. Monzer Kahf ( Kaunselor Ekonomi Umat Islam )
http://www.islamonline.net/fatwaapplication/english/display.asp?hFatwaID=3510

6 - CAN I PAY TAXES OUT OF THE INTEREST-BASED MONEY?
Dr. `Abdul-Raziq Fadl ( Profesor Syariah di Universiti al-Azhar asy-Syarif )
http://www.islamonline.net/completesearch/english/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=58576
{ Cuba dibandingkan di antara fatwa ini dengan fatwa Syeikh al-Qaradhawi mengenai cukai tidak boleh dibayar dengan menggunakan wang yang haram } .


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
7 / Muharram / 1424 H
10 / Mac / 2003 M

ISNIN – Bandaraya Kaherah

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum