Persoalan Wahabi ini telah banyak kali dijawab dan dibahaskan oleh Panel Fiqh kita yang berwibawa. Saya akan hanya memetik jawapan dari Sheikh Thtl sebelum ini untuk menjawab persoalan saudara. Saya juga akan menggalakkan kepada sesiapa yang ingin membaca mengenai Wahabi ini klik search dan kemudian masukkan perkataan WAHABI. Insya Allah ia akan memberikan senarai url yang berkaitan di dalam Al-Ahkam ini.
Berikut adalah jawapan Sheikh Thtl kita:
Imam Muhammad Abdul Wahab adalah penegak sunnah dan pembenteras bid'ah. Dari segi feqah, dia boleh dikatakan Hanbaliah tapi memilih pendekatan ajaran yg dibawa Imam Ibn Taymiya dan Imam Ibn Qayyim yg kemudian dikenali dgn gagasan asSalafiyya (satu usaha menghidupkan ajaran agama kembali ke zaman asalnya, era salaf assoleh dengan cara membersihkan agama dari bid'ah dan khurafat)
Mengenai ramai orang di Malaysia yg menyesatkan Imam Wahabi. Ia sebenarnya adalah silap-faham dalam mentafsirkan cara Imam Wahabi membenteras bid'ah dan khurafat. Cara Syaikh Muhammad Abdul Wahab itu memang suatu kesilapan kerana pendekatan kerasnya. Metod kekerasan itu akhirnya disebarkan dan dianggap suatu tindakan yg sesat.
Sikap kita: kita tidak mengkufurkan Imam Wahabi atau menyesatkan beliau. Kita menolak kesilapan beliau dalam cara beliau menegakkan sunnah dan membenteras bid'ah tapi kita menerima sumbangan beliau yg besar terutama dalam menjelaskan kembali aqeedah asSalafiyyah atau aqeedah al wasitiyah (akidah yg pertengahan) yg sepatutnya dianuti oleh umat Islam. sekian
:salam

:wassalam
Ditulis/Disusun oleh
g@y@t
http://Al-Ahkam.net
http://www.eashoppingcentre.com
http://membelahlautan.