000003: SJ-Puasa- Menelan air liur ketika puasa

Primary tabs

1 post / 0 new
000003: SJ-Puasa- Menelan air liur ketika puasa

Menelan air liur ketika puasa

Nama penuh: Khairil
E-email: [email]mkhas@usa.net[/email]

Dalam berpuasa, bagaimanakah yang dikatakan menelan air liur itu membatalkan puasa. Adakah ianya hanya meliputi menelan air liur yang sengaja dikumpul dalam mulut? Bagaimana sekiranya menelan air liur dalam kuantiti yg kecil dengan niat supaya tidak tertelan sebelum air liur menjadi semakin banyak? Sekiranya ini juga boleh menyebabkan terbatal puasa, bolehkah berikan cadangan untuk mengelakkannya kerana bagi saya, kadang-kadang dirasakan air liur menjadi amat banyak dan susah dikawal.

Jawab

Jumhur fuqaha' berpendapat tidak batal puasa menelan air liur (saliva). Air ludah termasuk dalam sesuatu yang amat sukar dihindari seperti juga dengan debu jalanan, debunga dan serbuk tepung.

Madzhab Syafi'iy berpendapat batal puasa jika menelan kembali air liur yang telah keluar dan berada di antara dua bibir, begitu juga batal puasa menelan kahak dan hingus di atas alasan ahak dan hingus termasuk sesuatu yang boleh dihindarkan.

Rujukan:
1. Prof Hasbi asSiddiqeiy, Pedoman Puasa, Bulan Bintang , Jakarta
2. Prof Dr Abdul Karim Zaidan, alMufassal, Kuwait
3. alMarhum asSyaikh Sayyid Sabiq, FiqhusSunnah, cairo.

thtl