SJ – 2163 : HAJI & UMRAH BEBERAPA KALI VS FIQH KEUTAMAA

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ – 2163 : HAJI & UMRAH BEBERAPA KALI VS FIQH KEUTAMAA

:salam

Ustaz saya nak tanya mengenai hukum mereka yang kerap menunaikan haji & umrah.

Sekiranya umrah dilakukan pada tiap-tiap tahun.Mereka bukan ahli perniagaan/agensi yang membawa Jemaah umrah.Persoalannya sejauh manakah dalam islam membenarkan umrah itu dilakukan. Adakah apa yang saya maksudkan ni adalah tanda akhir zaman dimana saya ada baca buku berjodul 40 hadis tentang Peristiwa Akhir Zaman(hadis ke-40 dlm buku ni)susunan Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi

:confused: :buttrock

Re: SJ – 2163 : HAJI & UMRAH BEBERAPA KALI VS FIQH KEUT


æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊåã

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************
SJ – 2163 : HAJI & UMRAH BEBERAPA KALI VS FIQH KEUTAMAAN :

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih di atas Saudara MATbLINK di atas soalan yang agak menarik itu. :smirk: Beginilah yang kami harapkan daripada sidang pembaca budiman sekalian , iaitu apabila diminta kami memberikan komentar ke atas sesuatu permasalahan yang terkandung di dalam kitab , maka silalah nyatakan apakah tajuknya ? halaman ke berapa ? siapakah penulisnya dan apakah penerbitnya ?.

Begitulah juga , apabila kami – di al-Ahkam online – ini diminta untuk memberikan komentar ke atas sesuatu kenyataan yang dipetik daripada mana-mana halaman-halaman web , maka silalah berikan kami apakah alamatnya ( url ) .

Itu semua adalah untuk memudahkan kerja-kerja kami di al-Ahkam.Online ini.. :yess

Dan alangkah lebih comel lagi sekiranya Saudara MATbLINK dapat memberikan di hadist ataupun halaman ( mukasurat ) ke berapakah dinyatakan hadist berkenaan.

Namun alhamdulillah , dengan izin dan petunjuk daripada Allah Ta’ala, kami telah pun menemui hadist tersebut dan huraian ringkasnya..

Dan berikut adalah hadist tersebut dan komentar daripada penyusun buku itu ; al-Fadhil Ustaz Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi ( ha ) dari Ma’had Tarbiah Islamiah, Derang, Kedah Darul Aman . :bestnyer

***********************************

Teksnya seperti berikut :

Hadist ke-40 : HAJI & UMRAH BUKAN KERANA ALLAH S.W.T :

Ertinya :

Daripada Anas Bin Malik ( ra ) berkata , telah bersabda Baginda Rasulullah s.a.w : “ Akan datang ke atas manusia suatu zaman di mana ketika itu orang kaya mengerjakan ibadat haji untuk makan angin dan orang yang mempunyai pendapatan sederhana untuk berniaga , dan para ulama’ kerana riak dan sum’ah, manakala orang-orang faqir pula mengerjakan haji untuk meminta-meminta “ ~ Hadis diriwayatkan oleh Al-Imam Ibnul Jauzi ( rh ) di dalam “ Mutsirul Gharam “ .

KETERANGAN :

Di akhir zaman banyak orang yang menyalah-gunakan tujuan ibadat yang sepatutnya hanya untuk mencari keredhaan Allah SWT . Ini jelas apabila ramai orang-orang kaya pergi ke Mekkah bukan untuk beribadat, tetapi hanyalah sebagai seronok berjalan-jalan ( makan angin ) . Mungkin ada orang yang pergi ke Mekkah setiap tahun tetapi jiwa mereka tetap tidak berubah menjadi hamba Allah yang saleh . Manakala orang yang berpendapatan pertengahan pula, pergi ke Mekkah sambil berniaga dan mencari keuntungan. Ustaz pula pergi ke Mekkah untuk dikatakan sudah sekian kali dia pergi ke sana. Dan tidak ketinggalan pula , orang-orang faqir juga pergi ke Mekkah, tetapi dengan niat untuk meminta-minta.

Dalam hal seperti ini , Saidina Abdullah Bin Mas’ud ( ra ) pernah berkata ( maksudnya ) : “ Di akhir zaman nanti, banyak orang kaya yang pergi ke Mekkah tanpa sesuatu sebab ( tujuan yang syar’ie ) . Perjalanan mereka ke sana menjadi mudah sekali dan rezeki pun melimpah-ruah. Malangnya mereka kembali dengan dari Mekkah dengan “ tangan kosong “ . Tidak ada pahala atau ganjaran yang mereka dapatkan. Orang ini memecut kenderaannya antara padang pasir ( bersusah-payah dalam perjalanan ) dan mengeluarkan belanja yang banyak sedangkan jirannya yang tinggal di sebelah rumahnya “ mengikat perut “ menahan kelaparan. Dia tidak memperdulikan mereka dan tidak membantunya .

- Tamat Hadits, Terjemahan dan Huraiannya -

***********************************

KOMENTAR DARI KAMI DI al-AHKAM ONLINE :

Hadis di atas turut termuat di dalam Kitab “ Kasyful Khafa’ Wa Muzilul Ilbas ‘Amma Ushtuhira Minal Ahadits ‘Ala Alsinatin Nas “ oleh Al-Imam Ismail asy-Syafi’e al-‘Ajlooni ( rh ) yang diriwayatkan pula oleh Al-Imam ad-Dailami ( rh ) dan Al-Imam al-Khatib al-Baghdadi ( rh ) – Hadis no : 3267.

Apa yang dinyatakan oleh Al-Fadhil Ustaz Abu Ali al-Banjari an-Nadwi ( ha ) itu memang benar sekali. Senario dan fenomena yang berlaku di atas memang benar-benar berlaku di zaman kini. Lihatlah sahaja kepada apa yang berlaku di dalam negara kita tercinta. Ini semua disebabkan masih ramai di kalangan umat Islam yang tidak mengetahui dan tidak pula ingin memahami apakah yang dinamakan sebagai “ FIQH AL-AWLAWIYYAT “ itu.

“ FIQH AL-AWLAWIYYAT “ secara ringkasnya ialah : “ Satu kefahaman mengenai permasalahan yang manakah yang perlu diutamakan terlebih dahulu dan yang perlu diberikan lebih perhatian , berbanding dengan permasalahan-permasalahan selainnya “ .

Ertinya : Fiqh ini membimbing kita mengenal lantas membezakan di antara perkara-perkara yang tidak terlalu penting, yang penting dan yang lebih penting . Dan ia juga mengajar kita agar dapat mengenal dengan baik di antara perkara-perkara yang kurang utama , perkara yang utama dan yang lebih utama .

Maka daripada perkara ini , dapatlah kita mengenal dan mengetahui bahawa :

1 – Kualiti di dalam ibadah dan kerja lebih diutamakan daripada kuantiti.

2 – Lebih perlu didahulukan menuntut ilmu sebelum beramal .

3 – Lebih utama memahami sesuatu ilmu daripada semata-mata hafalan .

4 – Lebih utama memberikan keringanan dan kemudahan daripada sikap memberatkan dan menyukarkan.

5 – Lebih utama beramal secara istiqamah ( terus-menerus ) daripada amalan yang terputus-putus.

6 – Lebih utama melahirkan manfaat untuk orang ramai berbanding untuk kegunaan sendiri.

7 – Keutamaan persoalan-persoalan prinsip dan usul ( asas ) berbanding persoalan-persoalan kecil dan furu’ ( ranting / cabang ) .

8 – Lebih utama menekankan ibadah yang fardhu ke atas ibadah yang sunat.

9 – Lebih utama fardhu ‘ain daripada fardhu kifayah.

10 – Lebih utama mendahulukan permasalahan jemaah ( organisasi / persatuan ) berbanding masalah-masalah peribadi.

11 – Mengenali manakah yang lebih utama di antara bercampur dengan masyarakat daripada ber’uzlah ( mengasingkan diri ) .

12 – Lebih utama mendahulukan tarbiah sebelum jihad.

13 – Banyak lagi .

***********************************

Fiqh Al-Awlawiyat sebenarnya bukan sahaja mengajar kita mengenal setiap persoalan yang ada hubungan secara langsung dengan agama Islam , malahan ia juga mengenai persoalan – persoalan kehidupan dan duniawi.

Maka , daripada Fiqh Al-Awlawiyat yang telah kami bentangkan sepintas lalu tadi, marilah kita mencuba kefahaman kita mengenainya :

1 – Di antara haji fardhu dengan menziarahi Masjidil Aqso di Palestin , yang manakah lebih perlu diutamakan dan disegerakan ? .

A – Haji Fardhu.

B – Menziarahi Majidil Aqso .

C – Menziarahi Masjidil Aqso lalu meneruskan perjalanan ke Laut Mati, Jordan , Syiria dan Mesir .

2 - Di antara haji yang sunat dengan membantu mereka yang mempunyai hubungan persaudaraan dan tetangga. Manakah yang lebih penting ? .

A – Haji Sunat ( sebab boleh dapat banyak pahala ) .

B – Membantu saudara-mara dan tetangga lebih utama sebab kalau mereka tidak dibantu, kita akan dipersoalkan kelak di hadapan Allah Ta’ala .

C – Tidak perlu membantu mereka kalau kita sendiri tidak dapat menunaikan Haji Sunat.

3 – Di antara sedekah yang sunat dengan membantu saudara-mara , jiran-tetangga dan manusia yang berada di dalam kesusahan , manakah di antara itu yang lebih utama ? .

A – Bersedekah dengan membantu saudara-mara lebih perlu diutamakan . Kemudian barulah jiran-tetangga dan seterusnya selain mereka.

B – Tidak perlu membantu mereka , lebih baik membantu kucing dan anjng dengan memberikan binatang-binatang itu makanan yang lebih mahal daripada apa yang manusia makan , seperti friskies dan whiskas .

C – Tidak perlu melakukan semua di atas sebab “ nafsi – nafsi “ ( diriku ialah diriku : biarkan aku berseorangan ) .

4 – Di antara solat sendirian di rumah dengan menunaikannya di masjid secara berjemaah , yang mana satukah lebih utama ? .

A – Solat sendirian di rumah sebab lebih khusyuk ( konon-kononnya ) .

B – Solat berjemaah di masjid sebab lebih besar fadhilatnya dan lebih berkesan merapatkan silatur rahim .

C – Tidak solat langsung lebih baik sebab kalau tak solat belum tentu dianggap penjenayah oleh undang-undang .

5 – Haji-Umrah sunat & berjalan-jalan ( melancong ) dengan membantu mereka yang sedang belajar di jalan Allah Ta’ala , yang mana satukah yang perlu diutamakan ? .

A - Haji-Umrah sunat & berjalan-jalan lebih perlu diutamakan dan dibuat . Sebab kalau bantu pelajar-pelajar di jalan Allah tidak mendatangkan kepuasan hati ( nafsu ? ) dan tak boleh pula nak dijadikan bahan riya’ .

B – Tidak perlu membantu mereka sebab kalau balik nanti mereka akan lawan kita yang nak bermaharaja-lela .

C – Mereka lebih perlu dibantu disebabkan mereka adalah aset pembangunan negara , rohani dan jasmani di masa akan datang .

6 – Di antara melakukan ziarah ke Masjidil Aqso dengan membantu perjuangan dakwah Islam , yang manakah lebih afdhol dan lebih diutamakan ? .

A – Menziarahi Masjidil Aqso sebab ramai “ ustaz-ustazah travel “ cakap begitu.

B – Menziarahi Masjidil Aqso , sebab lebih mendatangkan keuntungan kepada syarikat-syarikat travel dan tidak dilupakan kita juga mengayakan perut-perut zionis Yahudi yang makan hasil perlancongan kita ke sana.

C – Membantu perjuangan Islam lebih patut diutamakan dan lebih didahulukan agar Islam ini terus terpelihara dan tersebar ke segenap pelusuk alam.

7 – Anda belajar di Universiti al-Azhar( contohnya ) , apakah perkara yang lebih utama anda lakukan di sana ? .

A – Belajar dan terus belajar dan apabila pulang jadi seperti sebahagian para profesor yang hanya mengenal universiti sahaja sebagai alam hidupnya dan tidak bercampur dengan masyarakat. Bukankah gelaran “ ulatbuku “ itu satu kebanggaan ? .

B – Menghafal buta setiap pelajaran dan target / score exam sebaik-mungkin. Nak buat apa susah-payah nak fahamkan setiap subjek yang dipelajari, bukannya orang kampung tahu kalau kita setakat “ menghafal buta “ sahaja .

C – Mempelajari lalu menekuni serta menghafal setiap subjek demi menyebarkan kepada masyarakat kelak.

8 – Anda adalah seorang pelajar di Universiti al-Azhar , apakah yang paling utama anda lakukan menurut ilmu yang anda tuntut di sana ? .

A – Jadi “ kera sumbang “ , jarang-jarang ke kuliah , tidak mahu berpersatuan , tidak mahu belajar melainkan apabila sudah dekat musim peperiksaan dan menjadi “ penunggu setia “ di cyber-café .

B – Belajar dengan tekun dan tabah akan setiap ilmu yang didapati di sana, sama ada ianya daripada Al-Azhar, kursus-kursus dan diskusi-disusi anjuran persatuan pelajar dan belajar pula secara kelas tambahan dengan mana-mana pak syeikh Arab ataupun abang-abang senior .

C – Tak masuk periksa . Tak menuntut di kelas-kelas tambahan anjuran syeikh-syeikh tertentu ataupun persatuan pelajar . Tak mengulang-kaji sendiri . Yang penting setiap bulan , terima gaji daripada PAMA ( Papa & Mama ) .

9 – Di antara memberikan ganjaran besar kepada anggota-anggota keselamatan negara dengan bintang sukan ataupun penyanyi/pelakon. Yang mana satukah lebih patut diutamakan ? .

A – Diberikan anugerah terbesar kepada pasukan keselamatan negara daripada bintang-bintang sukan dan hiburan, sebab pasukan keselamatan negara telah mempertahankan negara pertiwi dengan darah dan keringat mereka .

B – Anugerah itu lebih layak untuk bintang-bintang sukan dan hiburan sebab mereka inilah yang lebih banyak mempertahankan dan mengharumkan nama negara dengan keringat-keringat mereka .

C – Diberikan kepada mereka yang betul-betul boleh menjadikan kita sentiasa berbangga dengan mereka sahaja.

10 – Di antara kepentingan agama dengan kepentingan negara , mana satukah yang lebih utama ? .

A - Lebih diutamakan kepentingan agama kerana di dalam agama kita juga diajarkan agar kita berkhidmat kepada negara dan masyarakat .

B – Lebih dipentingkan kepentingan negara kerana mencintai tanah air itu ( sbg mana dalam satu hadis yang tidak diketahui puncanya ) adalah sebahagian daripada iman .

C – Usah dipedulikan hal agama dan negara . Lebih baik mengutamakan kepentingan “perut “ .

- Tamat Sesi Ujian Ringkas –

****************************************

Mensia-siakan pengetahuan ataupun tidak ambil peduli mengenai Fqih Al-Awlawiyat ini kadang-kadang boleh menjadikan kita terjerumus ke dalam dosa dan maksiat tanpa kita sedari. Bukan itu sahaja , ia juga boleh membawa bencana yang besar dan ke”boborok”an yang berlaku, bukan sahaja di dalam persoalan-persoalan hukum-hakam agama malahan di dalam pentadbiran sesebuah organisasi dan negara itu sendiri.

Alhamdulillah, kami yakin saudara-saudari sekalian sudah boleh menjawab sendiri permasalahan Haji-Umrah Sunat itu, dan sejauh manakah afdhalnya amalan tersebut dilakukan selalu .

Dan kami juga yakin , saudara-saudari sekalian sudah mempunyai “ basic “ di dalam membezakan di antara yang “ important – more important – most important “.

Untuk lebih menambah kefahaman saudara/I sekalian di dalam masalah ini , kami sarankan saudara/I mendapatkan rujukan-rujukan yang akan dilampirkan di bawah ini , dan sila lihat SJ – 2156 : DILEMA ANTARA MAJLIS TAHLIL-KENDURI DENGAN MAJLIS ILMU

Semoga dengan adanya pengetahuan asas di dalam masalah Fiqh Al-Awlawiyat di atas , agama kita tidak dikucar-kacirkan oleh kita sendiri dan negara kita tidak pula huru-hara disebabkan kejahilan kita sendiri.

Mudah-mudahan Allah Ta’ala sentiasa membimbing kita ke jalan-Nya yang amat lurus dan lebih sentosa . Amin .

Sekian . Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .

**************************************

RUJUKAN

[="green"] 1 – EMPAT PULUH HADIS TENTANG PERISTIWA AKHIR ZAMAN ( EDISI BARU ) [/]
Susunan : Al-Fadhil Ustaz Abu Ali al-Banjari an-Nadwi ( ha )
Terbitan : Khazanah Banjariyah , Derang, Pokok Sena, Kedah Darul Aman .

[="green"] 2 - FIQH KEUTAMAAN ~ Al-Imam Al-Qaradhawi ( ha ) [/]
Terjemahan : Al-Fadhil Ustaz Ahmad Nuryadi Asmawi ( UIAM )
Terbitan : Thinker’s Library Sdn. Bhd


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
9 / Dzulqa’edah / 1423 H
11 / Januari / 2003 M

SABTU – Bandaraya Kaherah

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum