SJ – 3218 : NABI CEMBURU TERHADAP WALI ?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ – 3218 : NABI CEMBURU TERHADAP WALI ?

Assalamualaikum,

Saya ingin bertanya, sama ada benar atau tidak, ada nabi yg cemburu dengan wali Allah?

Harap dapat penjelasan.

p/s Soalan ini dikemukan oleh seorang rakan kpd saya.

Re: SJ – 3218 : NABI CEMBURU TERHADAP WALI ?


æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí

***********************
SJ – 3218 : NABI CEMBURU TERHADAP WALI ?

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada Raja Utara di atas soalan tersebut . Baginda Rasulullah s.a.w pernah menyatakan mengenai “ HASAD – DENGKI @ CEMBURU YANG DIBENARKAN OLEH SYARAK “ dengan sabdanya s.a.w :


Úóäö ÇÈúäö ãóÓúÚõæÏò ÑóÖöí Çááøóåã Úóäúå ÞóÇáó ÓóãöÚúÊõ ÇáäøóÈöíøó Õóáøóì Çááøóåã Úóáóíúåö æóÓóáøóãó íóÞõæáõ áóÇ ÍóÓóÏó ÅöáøóÇ Ýöí ÇËúäóÊóíúäö ÑóÌõáò ÂÊóÇåõ Çááøóåõ ãóÇáðÇ ÝóÓóáøóØóåõ Úóáóì åóáóßóÊöåö Ýöí ÇáúÍóÞøö æóÑóÌõáò ÂÊóÇåõ Çááøóåõ ÍößúãóÉð Ýóåõæó íóÞúÖöí ÈöåóÇ æóíõÚóáøöãõåóÇ

Ertinya : Daripada Saidina Ibnu Mas’uod r.a , dia berkata : Aku pernah mendengar Baginda Nabi s.a.w bersabda : “ Tidak boleh seseorang itu mempunyai perasaan dengki MELAINKAN pada dua perkara , iaitu ( 1 ) – Dengki kepada seseorang yang diberikan Allah kepadanya harta – benda , lalu diapun membelanjakan harta itu pada jalan yang benar , dan ke ( 2 ) – Dengki kepada seseorang yang dikurniakan Allah Ta’ala dengan kebijaksanaan ( ilmu dan hikmah ) , lalu digunakannya untuk memutuskan keputusan dan mengajarkannya kepada sesama manusia “ ~ Hadis Sahih diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari di dalam Kitab az-Zakat dan oleh Syeikh al-Albani rh di dalam al-Jamie’ as-Sahih : 1409 .

Kembali kepada soalan saudara di atas :

Quote:
Saya ingin bertanya, sama ada benar atau tidak, ada nabi yg cemburu dengan wali Allah?

Harap dapat penjelasan.

p/s Soalan ini dikemukan oleh seorang rakan kpd saya.

RESPON KAMI :

1 ~ Nabi yang mana satukah yang berperasaan begitu ? .

2 ~ Siapakah wali Allah yang dimaksudkan itu ? . Adakah Bursiso ? , Ashabul Kahfi ? , kepada seorang ‘abid Bani Israel yang beribadat dan berjihad selama 80 tahun ? , Luqmanul Hakim ? , ‘Imran ayahanda kepada Saiyyidah Maryam ? atau kepada siapa ? .

3 ~ Darjat “ WALI “ tidaklah mampu menandingi darjat “ PARA SAHABAT R.A “ . Dan dengan itu , sudah pasti juga darjat “ PARA SAHABAT R.A “ itu juga tidak akan setaraf ataupun lebih drp darjat seseorang “ NABI ataupun RASUL ( ‘alaihimus solatu was salam ) .

4 ~ Kalau benar ada seorang Nabi a.s mempunyai perasaan HASAD – DENGKI & CEMBURU kepada seorang wali Allah , maka untuk apakah Nabi a.s itu berperasaan begitu ? , bukankah darjat baginda a.s LEBIH TINGGI daripada darjat wali itu ? .

Hati – hati saudara !!! . Kemungkinan besar rakan saudara itu telah “ disuntik “ dek ajaran tareqat yang menyeleweng ataupun Batiniyyah , dan tak mustahil juga rakan saudara itu telah “ termakan “ umpan SYI’AH ( Syi’ieyyat ) .

Hati – Hatilah dan berwasapadalah !!! :doa

Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad


æ Õáøì Çááå Úáì ÓíøÏäÇ ãÍãøÏ æ Úáì ÂÇáå æ ÕÍÈå æ Óáøã æÇáÍãÏ ááå ÑøÈ ÇáÚÇáãíä


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
15 / Zulqa’dah / 1424 H
8 / Januari / 2004 M

KHAMIS ~ Bandaraya Kuala Lumpur

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum