SJ-01-0005 : Persoalan bid`ah

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-01-0005 : Persoalan bid`ah

:salam

Bagaimana cara kita hendak menghindarkan dan menjauhkan bid`ah di dalam ibadah seharian kita?
Dalam keadaan masa kini, ada pihak yang telah memperkatakan tentang bahaya bid`ah, namun ianya
tidak begitu meluas, kenapa? Sehingga hari ini, erti kata bid`ah masih lagi kabur. Pihak kerajaan sendiri,
nampaknya masih juga mempertahankan bid`ah seperti amalan mawlid yang tak berapa hari lagi.
Bagaimana nak diterangkan kepada masyarakat, bahawa amal ibadat kita banyak berlaku dan
bercampur aduk dengan perbuatan bid`ah.

re: SJ-01-0005 : Persoalan bid`ah

Wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr syawal19792002 dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Bila melihat soalan sdr syawal19792002 ini, saya fikir ia memerlukan kepada satu Seminar yang khas membincangkan persoalan diatas. Kita boleh namakan seminar itu sebagai : "Penerapan bid'ah didalam amalan harian : suatu penilaian (ÇÎÊÑÇÞ ÇáÈÏÚÉ Ýí ÇáÚÈÇÏÉ ÇáíæãíøÉ : ÇáÊøÞííã)." 'Ala kulli hal, agar tidak menghampakan, diruangan dan ilmu yang terbatas, kami akan memberi sedikit respon.

1. Bagaimana hendak menghindarkan diri dari bid'ah didalam ibadah seharian?

Beberapa perkara yang boleh kita lakukan bagi mengelakkkan bid'ah. Diantaranya ialah :

(a) Definisi bid'ah perlu jelas. Setiap perkara baru yang kena-mengena dengan ibadat adalah bid'ah. Kalau kita kompromi, maka akan menjadi kabur kembali diantara amalan bid'ah dan sunnah. Kita ulangkaji kembali prinsip ibadat dan perkara yang bukan ibadat khusus didalam Islam :-

(1) Ibadat khusus

ÇáÃÕá Ýí ÇáÚÈÇÏÇÊ ÇáÊæÞÝ
"Asal sesuatu ibadat itu diberhentikan".

Maknanya, setiap perkara yang dilakukan didalam ibadat mesti ada dalil! Jika tidak ada dalil, hukumnya adalah terhenti = dilarang/tak boleh buat. Adalah menjadi sunnah untuk kita meninggalkan apa yang Nabi saw tidak buat didalam soal-soal ibadat. Contohnya didalam solat, selepas membaca surah Al-Fatihah dan sebelum membaca "Amin", dibaca dahulu "Rabbrigfirli...". Amalan ini tiada nas, maka ia amalan ini adalah terhenti = tidak boleh dilakukan.

Segala ibadat yang telah dilakukan oleh Nabi saw, adalah menjadi sunnah untuk mengekalnya sebagaimana sedia adanya / secara original. Ibadat mesti bersifat original atau authentik. Ia tidak boleh ditokok tambahkan. Ibnu Mas'ud berkata :-

ÇÊÈÚæÇ æáÇ ÊÈÏÚæÇ¡ ÝÞÏ ßÝíÊã Úáíßã ÈÇáÃãÑ ÇáÚÊíÞ
"Ikutlah (sunnah) dan jangan menambah, dan telah cukup bagi kamu - perbuatan yg lama (kekal dengan cara lama)"

(2) Bukan ibadat khusus

ÇáÃÕá Ýí ÇáÃÔíÇÁ ÇáÅÈÇÍÉ
"Asal sesuatu perkara itu harus (dibenarkan)"

Maknanya, setiap perkara yang bukan ibadat khusus adalah HARUS hukumnya kecuali terdapat nas yang melarangnya. Sebagai contoh, Minum air sirap, Milo, nescafe dibenarkan/harus tanpa dalil dari Al-Quran atau pun hadith, kecuali jika wujud pengharamannya, seperti ARAK.

(b) Sentiasa mempelajari ilmu ibadat Islam dari guru-guru dan kitab-kitab yang muktabar. Carilah Guru-guru dan kitab-kitab yang merujuk kepada Al-Quran dan hadith-hadith yang shahih.

(c) Memperbaiki kualiti ibadat dengan mempelajari nas-nasnya yang shahih. Bukan sahaja dari segi kuantiti amal-ibadat yang dituntun, malah amal-ibadat itu mestilah yang berkualiti - yang terbaik, sebagaimana firman Allah swt :-

ÇáøóÐöí ÎóáóÞó ÇáúãóæúÊó æóÇáúÍóíóÇÉó áöíóÈúáõæóßõãú Ãóíøõßõãú ÃóÍúÓóäõ ÚóãóáðÇ
"Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; " - [Surah Al-Mulk : 2].

Amalan yang terbaik ialah mana-mana amalan yang menurut Al-Quran dan Sunnah Nabi saw yang shahih. Ini merupakan kayu pengukur "kualiti" amalan.

(d) Sentiasa merujuk kepada mereka yang berilmu mengenai apa-apa jenis amalan yang diragui.

2. Pada masakini, ada pihak yang memperkatakan tentang bahaya bid'ah, namun ia tidak meluas, kenapa?

Kami tak pasti pula kenapa pula dikatakan bahaya bid'ah tidak meluas? Bid'ah ini ibarat api didalam serkam. Ada kalanya si-pelaku sendiri tidak mengetahui bahawa amalan yang dilakukan itu merupakan amalan yang tidak ada asalnya. Mungkin yang dimaksudkan tidak meluas itu seperti tidak kelihatan orang yang meminta-minta di kubur secara meluas; mungkin jumlahnya berkurangan. Betapa bahayanya bid'ah boleh dilihat didalam hadith yang biasa kita dengar (yang Rasulullah saw membicara ketika berkhutbah) :-

þ þãä íåÏå Çááå ÝáÇ ãÖá áå æãä íÖááå ÝáÇ åÇÏí áå Åä ÃÕÏÞ ÇáÍÏíË ßÊÇÈ Çááå æÃÍÓä ÇáåÏí åÏí þ þãÍãÏ þ þæÔÑ ÇáÃãæÑ þ þãÍÏËÇÊåÇ þ þæßá ãÍÏËÉ ÈÏÚÉ æßá ÈÏÚÉ ÖáÇáÉ æßá ÖáÇáÉ Ýí ÇáäÇÑ
"Sesiapa yg diberi oleh Allah petunjuk maka tidak ada sesiapa yang dapat menyesatkannya dan barang siapa yang telah disesatkan oleh Allah maka tidak ada sesiapa yang dapat memberi pentunjuk kepadanya. Dan sesungguhnya sebenar-benar perkataan adalah dari Kitab Allah dan sebaik-baik petunjuk ialah Nabi Muhammad saw. Dan seburuk-buruk kejahatan adalah mereka-reka (pembaharuan didalam agama) dan setiap rekaan adalah bid'ah dan setiap bid'ah adalah sesat dan setiap kesesatan adalah tempatnya didalam neraka...." - An-Nasaai.

Sebagai tambahan, di riwayatkan didalam sebuah Hadith, Rasulullah saw menjelaskan betapa bahayanya bid'ah, sabda beliau :-

Åä Çááå ÍÌÈ ÇáÊæÈÉ Úä ßá ÕÇÍÈ ÈÏÚÉ¡ ÍÊì íÏÚ ÈÏÚÊå Ü ÑæÇå ÇáØÈÑÇäí æÇáÖíÇÁ ÇáãÞÏÓí Ýí ÇáÃÍÇÏË ÇáãÎÊÇÑÉ
"Sesungguhnya Allah tidak menerima Taubat kepada sesiapa yg melakukan bid'ah, sehingga ia meninggalkan bid'ah". Diriwayatkan oleh Tabrani dan Ad-Diyaa Al-Maqdisi didalam 'Al-Hadith Al-Mukhtaarah' dan lain-lain , dengan Shahih Isnad, dan dijelaskan oleh Al-Munzari sebagai Hasan.

3. Erti Bid'ah yang masih kabur dan ada pihak yang masih mempertahankan bid'ah.

Sebagaimana yang kita perkatakan didalam point no:1, "Asal sesuatu ibadat itu terhenti", melainkan didatangkan bersamanya dalil yang sahih. Ini jelas, perkara yang bersifat ibadat, hukumnya haram ditambah. Selain dari ibadat, "Asal sesuatu perkara itu harus", melainkan didatangkan dalil yang melarangnya.

Mungkin sdr mengambil contoh tentang amalan maulid Nabi saw. Terdapat dikalangan ulama' yang melarang menyambutnya dan ada juga membenarkannya. Permasalahan ini dilihat dari segi pendekatan dan istilah. Dikatakan bid'ah oleh setengah pihak oleh kerana hanya ada dua sahaja PERAYAAN didalam Islam; iaitu Eid Al-Adha dan Eid Al-Fitr. Perayaan Maulid Nabi dikatakan perayaan yang baru. Kedua-dua Eid ini ialah sambutan yang bersifat ibadat didalam Islam. Manakala setengah pihak yang membenarkan, terutamanya dikalangan ulama' kontemporer, menganggap bahawa "mereka bukan melakukan perayaan ibadat, ia cuma hari PERINGATAN". Tidak salah bagi umat Islam memperingati bulan kelahiran Nabi saw. Yang menjadikan perkara itu bid'ah, jika dijadikan hari tersebut sebagai Perayaan. Tidak ada ritual pada hari tersebut. Yang dikatakan bid'ah, apabila terdapatnya pihak yang mengatakan :-

- Fadilat yang besar akan didapati jika berselawat pada hari kelahiran Nabi saw.
- Disunatkan berpuasa pada 12 rabi'ul awwal, itu hari hari kelahiran Nabi saw.

Ini jelas bid'ah yang terlarang, bilamana ia dicampur-adukkan dengan perkara ibadat; iaitu amalan yang tidak ada asalnya. Mungkin juga ada dikalangan mereka yang pukul rata sahaja menghukum sesuatu. Kalau dibenarkan memperingati Nabi saw, kenapa pula tidak disambut Perayaan Nisfu Sya'baan? Ini memang jelas terdapat kekaburan. Kelahiran Rasulullah saw junjungan besar kita merupakan perkara Realiti. Ini kisah sahih! Fadilat Nisfu Sya'baan, hanya terdapat pada hadith-hadith mawdhu'; diluar realiti amalan umat Islam. Sangat jelas kekaburannya dan mudah kita fahami penyimpangannya.

4. Bagaimana nak diterangkan kepada masyarakat didalam amalan ibadat terdapat percampuranan bid'ah dan sunnah?

Ini merupakan satu soalan yang sukar sekali dijawab dan amat sukar dilaksanakan. Sejarah bid'ah ini berlaku sangat lama. Setelah wafat Nabi saw, telah timbulnya amalan-amalan bid'ah. Persoalan bagaimana diterangan, ia memerlukan pengilbatan dari segenap lapisan masyarakat :- ibu-bapa, guru-guru, dan terutamanya Ustaz-ustaz yang mengajar agama, dll. Salah satu bidang yang perlu diperkenalkan kepada masyarakat ialah Ilmu Hadith atau Ulum Al-Hadith (The Science of Hadith). Kalau dulu anak-anak kecil dihantar mengaji al-Quran, kita tambah lagi satu budaya, iaitu mengajar anak mengaji Hadith. Penyebaran hadith-hadith mawdhu' dikalangan umat Islam merupakan salah satu dari puncanya amalan bid'ah. Kita mulakan dengan diri kita sendiri dahulu, memeriksa amalan ibadat kita. Adakah ia mengikut sunnah Nabi saw? Kalau ada kemampuan, dilihat pula dalil-dalilnya. Kemudian barulah kita jelaskan kepada isteri dan anak-anak kita, dan barulah kepada masyarakat. Insyaallah. WA.

wassalam

----
Rujukan

1. Bid'ah : satu tinjauan : http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=artikel&Number=4037&page=10&view=collapsed&sb=5&o=&fpart=1

2. Bid'ah baik dan Bid'ah buruk - Al-Qardhawi : http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB2&Number=10379&page=6&view=collapsed&sb=5&o=&fpart=1

خيرالأمين