:salam
Ada seorg ustaz ditempat saya menyatakan tidak boleh sama sekali tanya dimana Allah kerana Allah tidak bertempat. dan beliau menyatakn golongan wahabi dengan merujuk kpd Sheikh Abd Aziz bin Baaz yg membolehkannya hanya mentakwil secara zahir hadith yg menceritakan kisah Muawiyah bin Alhakam yg menampar Al-Jariah,Muawiyah berjumpa Nabi S.A.W kerana rasa bersalah dan Nabi S.A.W bertanya kpd Al-jariah di mana Allah. Adakah ini benar?
Al-hamdulillah ......
al-Jawab :
Persoalan menanyakan di mana Allah swt adalah persoalan yang memang telah terdapat contohnya di zaman Rasulullah saw sendiri sebagaimana hadis Muawiyah bin al-Hakam.Malahan terdapat dalil lain selain hadis Muawiyah yang juga menceritakan di mana Allah swt berada.Sebagaimana berikut :
1. Surah al-Mulk ayat 16 :
ÃóÃóãöäÊõã ãøóä Ýöí ÇáÓøóãóÇÁ Ãóä íóÎúÓöÝó Èößõãõ ÇáÃóÑúÖó ÝóÅöÐóÇ åöíó ÊóãõæÑõ
Apakah kamu merasa aman terhadap Allah yang di langit bahwa Dia akan menjungkir balikkan bumi bersama kamu, sehingga dengan tiba-tiba bumi itu bergoncang?,
2. Surah Taha ayat 5 :
ÇáÑøóÍúãóäõ Úóáóì ÇáúÚóÑúÔö ÇÓúÊóæóì
(Yaitu) Tuhan Yang Maha Pemurah. Yang bersemayam di atas 'Arsy
3. Hadis
ÒæÌßä Ãåáßä æÒæÌäí Çááå ãä ÝæÞ ÓÈÚ ÓãÇæÇÊ
Kamu semua telah dikahwinkan oleh keluarga kamu (dengan Rasulullah saw) , tetapi aku telah dikahwikan oleh Allah swt dari atas tujuh langit.
(HR Imam Bukhari : 6870 , Tirmizi : 3137 . Lafaz adalah lafaz Tirmizi dan ia mengatakan bahawa hadis ini hasan sahih )
Berdasarkan dalil-dalil di atas jelas kepada kita bahawa Allah swt berada di atas langit.Cuma bagaimana caranya ia berada adalah diluar kemampuan kita untuk menentukannya.Kita wajib mengimani segala dalil yang menceritakan tentang zat dan sifat Allah swt sebagaimana ianya (dalil) didatangkan.Sebagaimana kata-kata Imam Wakii’ Ibnu Jarrah ( Guru Imam As-Syafie ) :
“Kita menerima segala hadis-hadis yang menceritakan tentang persoalan nama dan sifat-sifat Allah swt sebagaimana yang telah diriwayatkan dan kita tidak mempersoalkan bagaimana bentuk caranya atau kenapa ia dikatakan begitu.”
( Abu Abd Rahman Abdullah bin Ahmad bin Muhamad bin hanbal , Kitab as-Sunnah , tahqiq Dr.Muhammad Sa’id al-Qahthoni , Jld 1 , ms.267 )
Secara kesimpulannya , tidak salah bertanyakan di mana Allah swt…..tetapi mestilah dijawab dengan dalil-dalil di atas tanpa sebarang pentakwilan yang tidak didasari oleh sebarang dalil yang sahih.
Adapun pendapat ustaz tersebut yang mengatakan bahawa kita dilarang bertanyakan dimana Allah swt ,adalah mungkin ianya dikatakan dari sudut ihtiyat , iaitu berhati-hati atau berjaga-jaga supaya masyarakat awam yang tidak mempunyai asas pengetahuan agama yang kuat supaya tidak terjebak kepada perkara-perkara yang boleh merosakkan akidah seperti menyamakan zat dan sifat Allah swt dengan zat dan sifat manusia..…wa allahu A’alam
الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com