:salam
adakah kita perlu mengambil kisah jika seseorang itu berwuduk
kemudian air basuhannya terpercik kepada kita...
cthnya jika seseorang memakai selipar membasuh kakinya/terkena lantai
kemudian air itu terpercik kepada kita, boleh jadi di tapak selipar itu ada najis. adakah kita perlu membasuh pada anggota yg terkena percikan tersebut.
fenomena kedua jika seseorang membasuh apa2 yg terkena najis,
kemudian air itu terpecik pada kita, adakah kita perlu membasuhnya?
ÈÓã Çááå,
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå
Yang sahih ialah: Air basuhan wudhuk tidak najis, malahan suci.
kerana sabit dalam hadis, Jabir bin Abdullah r.a. jatuh sakit, lalu Rasulullah SAW bersama Abu Bakar dan Umar melawat beliau, ketika beliau pengsan. Nabi berwudhuk dan menyimbah air basuhan wudhuknya kepada Jabir, lalu Jabir tersedar.
Riwayat:
Tirmizi, katanya: hadis HASAN SAHIH. 4/417
Jika tempat tersebut bukan tempat yang bernajis, maka tidak syak air yg terpercik itu tidak menajiskan pakaian.
Cuma, jika tempat itu secara ghalib dan zahirnya ialah tempat yg bernajis, contohnya berlaku percikan itu di dalam tandas. atau di dalam bilik air yg tidak dipisahkan dengan tandas. Maka, air percikan itu sekiranya berubah warna atau bau atau rasa, maka dihukum najis, kerana iktimad pada zahir tempat itu.
Kalau air yg terpercik itu tidak berubah apa2 sifat, maka kembali kepada khilaf air yg terkena najis, dan tidak berubah sifat adakah dihukum najis?
Dalam fatwa Lajnah Daemah: mereka memilih pendapat, percikan seperti itu TIDAK MENAJISKAN pakaian.
rujuk: m/s 5/227
Secara asasnya, hukum air basuhan najis dihukum NAJIS, kecuali setelah tempat basuhan itu dihukum suci, maka air yg mengalir darinya barulah dihukum suci. Selagi tempat atau pakaian itu dihukum bernajis, maka percikannya pun dihukum najis.
wallahu a'lam
http://abuumair1.wordpress.com