SJ-04-0102 : Hukum pegang Tafsir Al-Quran tanpa wudhuk

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-04-0102 : Hukum pegang Tafsir Al-Quran tanpa wudhuk

:salam

ustaz, persoalannya
1. Bolehkah dibaca AlQuran yg ada tafsir tanpa wuduk dan bgaimana dgn pahalanya.
2. Cara membuat saf baru solat berjemaah yg mana saf pertama sudah penuh.
Saya mohon panduan dan tunjuk ajar dalam beribadat semuga tidak termasuk dlam glgan bidaah.

Terima Kasih

albaruhiyy (not verified)
SJ-04-0102 : Hukum pegang Tafsir Al-Quran tanpa wudhuk

:wassalam

Soalan 1

Baca al-Qur’an sebenarnya tidak disyaratkan wuduk, cuma disyaratkan suci dari hadas besar seperti junub.

Satu lagi perkara, yang disyaratkan wuduk ialah apabila kita ingin menyentuh al-Qur’an sama ada menyentuhnya untuk membaca atau tidak. Firman Allah Taala :
Maksudnya : Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk Yang diakui bersih Suci;

Ini disokong oleh hadis kitab Amru bin Hazm yang mengandungi perintah Nabi agar tidak menyentuh akan al-Qur’an melainkan orang yang suci. [al-Shawkani menyebut : Kitab Amru bin Hazm diterima oleh manusia dan Ibn Abd al-Barr berkata ia hampir kepada mutawatir kerana semua manusia menerimanya] Ruj : Nayl al-awtar 2/35-36.

Adapun menyentuh tafsir al-Qur’an, maka para ulama silam telah berijtihad dalam masalah ini, saya nukilkan kata-kata al-Nawawi :
æÃãÇ ãÇ ßÊÈ Úáíå ÔíÁ ãä ÇáÞÑÂä áÇ ááÏÑÇÓÉ ßÇáÏÑÇåã ÇáÃÍÏíÉ æÇáËíÇÈ æÇáÚãÇãÉ æÇáØÚÇã æÇáÍíØÇä æßÊÈ ÇáÝÞå æÇáÃÕæá ÝáÇ íÍÑã ãÓå æáÇ Íãáå Úáì ÇáÕÍíÍ æßÐÇ áÇ íÍÑã ßÊÈ ÇáÊÝÓíÑ Úáì ÇáÃÕÍ æÞíá Åä ßÇä ÇáÞÑÂä ÃßËÑ ÍÑã ÞØÚÇ
Maksudnya : ”Dan adapun apa yang ditulis di atasnya sesuatu daripada ayat al-Qur’an bukan untuk pelajaran seperti atas wang dirham, pakaian, serban, makanan, tiang, buku-buku fiqh dan usul, maka tidak haram menyentuhnya dan membawanya mengikut pendapat sahih. Demikian juga tidak haram buku-buku tafsir mengikut pendapat yang paling sahih. Dan ada pendapat menyatakan jika al-Qur’an banyak daripada tafsir maka ia tetap haram”.

Manakala soalan tentang pahala, jika ikhlas Allah pasti akan memberi pahala, sebaliknya jika tanpa ikhlas, Allah tidak akan memberi apa-apa pahala.

Soalan 2
Soalan kedua tentang cara membuat saf kedua jika saf pertama telah penuh, mungkin maksud saudara adakah perlu di tarik salah seorang makmun dalam saf pertama atau menunggu orang lain datang untuk membuat saf atau solat bersendirian.

Memang terdapat satu hadis Nabi s.a.w., maksudnya : ”Tiada solat bagi sesiapa yang sembahyang bersendirian di belakang saf”.

Dalam al-Majmuk : ”Dan demikian juga kalau dia solat berseorangan di belakang saf sedangkan ia mampu untuk masuk dalam saf, hukumnya makruh dan solatnya sah......jika orang yang baru masuk masjid mendapati ada ruang atau keluasan pada celah-celah saf, maka ia hendaklah masuk ke dalam saf. Boleh baginya membelah saf terakhir [untuk melalui celahnya] jika tiada ruang, dan saf yang ada ruang kosong berada di saf hadapan kerana jemaah telah cuai meninggalkan ruang itu. Adapun jika tiada ruang kosong, dan keluasan, maka terdapat khilaf yang ulama sebutkan iaitu dua wajh [pendapat ashab syafie] dan yang sebenarnya ia adalah dua qawl [kalam Imam al-Shafie].
Pertama ialah : dia hendaklah berdiri seorang diri di belakang saf, tanpa ia menarik seorang pun. Ini adalah nasnya dalam al-Buwaiti, alasannya agar ia tidak menghilangkan fadilat saf awal untuk orang lain. Ini juga adalah pendapat al-Qadi Abi al-Tayyib.

Kedua : ia adalah yang sahih dan dinukilkan oleh al-Sheikh Abu Hamid dan lainya daripada nas Imam al-Shafie dan diputuskan oleh majoriti ashab kami, hukumnya ialah sunat ia menarik seorang ahli jemaah dari saf kepada dirinya, dan sunat bagi orang yang ditarik membantunya”

[RUJ : al-Majmuk, 4/297-298]

Al-Nawawi menyebut satu hadis mursal dijadikan sebagai isti’nath qawl kedua iaitu hadis riwayat Abu Dawud dan al-Bayhaqi daripada Mutaqil bin Hannan bahawa Nabi s.a.w. bersabda : ”Jika datang ia dan tidak mendapati seseorang, maka hendaklah ia menarik seorang kepadanya dari saf, maka hendaklah ia berdiri bersamanya, alangkah besarnya pahala orang yang ditarik”.

Adapun dalam fatwa Lajnah Daimah Arab Saudi, disebutkan bahawa orang tersebut perlu menunggu orang lain untuk menjadi ahli jemaah safnya, dan ia tidak boleh menarik sesiapa daripada saf hadapan. Dan juga jika ia mampu untuk cuba masuk ke dalam saf atau solat di sebelah imam solat, maka lakukanlah. [Ruj Fatwa Lajnah Daimah 9/475].

Ini juga ialah fatwa Sheikh Ibn Baz r.h dalam rancangan Nur Ala al-Darb dan beliau menyatakan tiada dalil yang sahih menunjukkan pensyariatan menarik orang di saf hadapan.
http://www.binbaz.org.sa/mat/16036

Manakala satu lagi fatwa yang pernah dikemukakan oleh Sheikh Uthaimin r.h, kata beliau solat berseorangan di belakang saf tidak sah atas pendapat yang rajih melainkan jika ada keuzuran untuk berdiri dalam saf-saf yang sudah penuh tersebut. Maka harus baginya solat berseorangan di belakang saf dengan mengikut imam, ini kerana ia menjadi oran yang ma’zur (diuzurkan), dan tiada kewajipan bila ada uzur.
Adapun dalil yang disebutkan dalam hadis : Tiada solat bagi oran yang solat berseorangan belakang saf”, maka hadis ini ditanggung maksud tiada kesempurnaan, bukan makna tidak sah.
http://www.ibnothaimeen.com/all/noor/article_2383.shtml

Kesimpulannya, jika anda tidak mampu untuk mencari ruang kosong juga, maka solatlah di belakang saf kerana anda uzur.
Wallahualam.