Assalamualaikum,
Saya ada baca utk elakkan khilaf, elok berkumur semasa mandi wajib.
Tetapi saya ada masalah iaitu setelah selesai mandi wajib, dah keluar bilik mandi dan menghadap komputer, tiba-tiba timbul was-was samada saya sudah berkumur atau belum.
Adakah saya perlu ulangi mandi wajib saya?
بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد
- Saudara mengatakan "utk elakkan khilaf, elok berkumur semasa mandi wajib", menunjukkan seolah-olah saudara berpegang kepada hukum sunat berkumur semasa mandi wajib. Kerana mengelakkan khilaf adalah sunat, bukannya wajib. Jika demikian, maka tidak berbangkit persoalan ini.
- Jika saudara berpegang kepada hukum wajib berkumur semasa mandi wajib, kemudian berlaku was-was atau syak selepas selasai mandi wajib, tidak perlu dilayan was-was dan syak itu.
- Berbeza jika syak berlaku semasa sedang mandi, maka hendaklah dikembali kepada asal, iaitu masih belum berkumur, maka wajiblah berkumur.
Wallahu A'lam.
http://abuumair1.wordpress.com