SJ-05-0054 : qadha solat

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0054 : qadha solat

Assalamualaikum buat ahli panel forum ini,
Saya pernah mengalami kemalangan menyebabkan tangan saya patah dan terpaksa dibalut simen. Sepanjang tempoh itu saya mengambil wuduk untuk solat seperti biasa kecuali bahagian tangan tersebut di mana saya hanya menyapu air pada bahagian yang tidak dibalut iaitu pergelangan tangan . Masalahnya baru-baru ini saya mendapat tahu bahawa bahagian yang disimen juga perlu disucikan dengan bertayammum.Soalan saya:
1)Adakah sah solat saya pada masa itu sedangkan saya masih tidak tahu mengenai hukum tersebut.
2) Perlukah saya mengqadha solat saya ( 4 minggu saya bersolat sedemikian) memandangkan ia telah berlaku 2 tahun dahulu?

Re: qadha solat

:wassalam

Jawab:

Apa yg anda lakukan itu adalah benar dan sah serta tidak memerlukan qadha'. Berkenaan isu Tayammum itu adalah anda terkeliru dgn hadis Abu Daud dgn sanadnya dari Jabir ra.:
Jabir menceritakan perihal dalam satu ekspedisi, salah seorang sahabat terkena batu dikepalanya dan berlaku pendarahan yg serius. Kepalanya dibalut dan dia bertanya apakah dia boleh bertayammum? Sahabat2 mengatakan tidak boleh. Bila dia mandi, maka dia meninggal dunia dan apabila Nabi :selawat mengetahui akan hal ini baginda marah kerana tidak bertanyakan akan baginda. Baginda bersabda: "Seebenarnya cukup baginya dgn hanya bertayammum. Lalu dia balut lukanya dgn kain, kemudian mengusap kain (pembalut) tsb dan membasuh seluruh tubuhnya."

Status hadis: Dhai'if (alAlbani, alIrwa' Jld 1 # 105)

Komentar Mantan Grand Mufti KSA, Syaikh Ibn Baz walaupun hadis2 dalil dalam bab mengusap pembalut luka ini dha'ef, tapi bila digabungkan kesemuanya membolehkan kita menyapu pembalut luka.

Ini juga pendapat Syaikhul Islam Ibn Taymiyah alHarani dalam Majmoo' Fatawa (jld 21/178), Syaikh Saleh alUthaimeen, Syarh alMumti'1/204)

Maka tayammum dan menyapu jabiirah ÇáÌÈíÑÉ (balutan luka) adalah dua topik yg berasingan.
:aklam